February 29, 2012

Mulakan hidup baru...

DSC_0624

haiii.....
dah lebih seminggu aku menyepi dari dunia blogging ni...
bukan apa, sebab nak rileks puas-puas kat rumah tu...

Hummm...keputusan peperiksaan aku kurang memberangsangkan, tapi alhamdullillah lulus semua.....
target aku memang sekadar tak kena repeat subjek.....

Sem baru ni kena tambah usaha la jawabnya....
..dan bila dah masuk sem 2, bermakna aku kena tinggal kat rumah sewa dah....

harap-harap rumah tu selamat la sampai habis study kelak....
banyak yang nak kena settle nanti bila sampai Melaka.....

...dan aku harap sangat-sangat ada internet la kat kawasan rumah aku tu....
mampus la kalau takder internet.....
Bukan setakat susah nanti nak study online, nak cari bahan....
Paling teruk, internet jer la satu-satu cara aku dok lepaskan tension.....

...kalau internet takda, tergendala la aktiviti berblogging aku sem ni....
adooiiii......

Apa-apa pun, aku takkan berhenti berblogging.....
Cuma mungkin kurangkan saja.......

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

February 18, 2012

Giveaway Abg Eqbalzack ( ALAIN DELON )~~~



1
Sudah lama aku tak join giveaway abg Eqbal sebenarnya ni....
Dulu abg Eqbal ada buat contest bulanan, tapi masalahnya contest menulis karangan...
Masa sekolah menengah dulu sering kali ada cikgu yang puji karangan aku(bukan nak belagak), tapi disebabkan dah lama tak menulis karangan, jadi idea nak menulis dah hancus!!! Bila taip jer, delete balik...taip, delete!!!ggrrrrr~~~


2
Tapi giveaway kali ni bukan pasal karangan....
Pastu tak nampak pun abg Eqbal tulis "no drawing, etc..."
Tak tau la kalau abg Eqbal terlupa tulis atau apa...tapi ni la peluang aku, muaaaahahahaha!!!!! Lagipun dah lama aku tak melukis....



3
Aku join memang nak hadiah tu puun!!!! (hahaha, terus terang giler~~~)
Tipu la kan sapa yang join giveaway sebab bukan hadiah kan?kan?kan?
Sebenarnya aku berkenan ngan dompet tu, sebab dompet saya dah....(rujuk foto atas ni...)
Sebenarnya boleh jer beli dompet baru, tapi masalahnya aku ni memilih sangat kalau nak beli dompet, sampai berapa jam dok belek-belek dompet sebelum beli yang baru....
Kalau dapat hadiah ni, tak yah la aku nak fening kefala sangat nak pilih....hahaha...


4

Akhir sekali...saya rasa belum terlambat saya nak ucapkan tahniah kepada abg Eqbal kerana telah berjaya merangkul award Best Lifestyle Blog of the Year 2012....

Tag:

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

February 16, 2012

Lagu baru U-KISS, OK laaa.....

Ok...ni first time aku rasa U-KISS keluarkan lagu yang menenangkan halwa telinga aku ni...
Yup, aku ni peminat K-POP setia, tapi tak la fanatik sampai nak bunuh orang yang kutuk K-POP..
Tapi terus terang rasa bengang gak kadang-kadang bila orang dok kutuk tak sudah K-POP sebab jeles ngan diorang ni, hahahaha.....

Humm..pasal U-KISS ni aku terpaksa cakap diorang ni memang macam guna wajah sebagai tarikan utama group diorang, tapi vokal biasa jer pun.....

Wajah tak penting sebenarnya, sebab diorang ni walaupun kacak-kacak tapi gagal mendapat TOP 1 dalam apa-apa carta lagu sebelum ni dan sekarang.....masa depan nanti aku tak tau laaa....

Tapi lagu Jepun diorang ni agak menarik perhatian aku la.....
Ce cuba dengar....



Untuk lebih banyak informasi tentang K-POP, pergi ja kat www.soompi.com ....



Terima kasih kerana sudi baca, assalam

February 7, 2012

Rancangan permainan Korea VS Malaysia...pfffftttt~~~

Dulu rangkaian televisyen Malaysia sering kali menyiarkan rancangan permainan Malaysia...
Tapi sekarang??? Semakin kurang dah kan???? Kalau ada pun sudah tentu mengarut!
Contoh macam rancangan 1,2 ^%@#*&@ tu.....hahaha...
Rancangan tu serius la aku cakap memang ngarut, dengan pengacara berkelakuan kurang sopan...huhuhu...
Game pulak macam budak-budak...huuuu....




Kalau bandingkan dengan rancangan mainan Korea, memang jauh ketinggalan laaa...
Contohnya macam rancangan Running Man dari Korea Selatan yang semakin hangat di kaca TV....
Rancangan ni seronok ditonton sebab artis dan pengacara yang terlibat bijak membuat lawak hanya dengan sembang ringkas....
Tapi bagi peminat drama melayu setia mungkin sukar faham gaya lawak orang Korea ni, hahaha....
Ni sebab orang korea gemar melawak secara tersirat....
Jadi dengan cara ni diorang tak perlu sangat nak beraksi membodohkan diri 100% macam rancangan tempatan demi meraih gelak tawa penonton(sori, tapi ni kenyataan~~~~)

Paling penting, game ni mencabar daya minda peserta dengan pelbagai teka-teki yang diberikan....
Selain tu, apa yang aku nampak orang korea ni sopan-sopan, selalu hormat senior diorang...

rancangan ni bertambah menarik bila editor rajin letak pelbagai ayat lucu berwarna-warni semasa perlumbaan tersebut sedang berjalan...

Ohh, aku nampak ada rancangan menyanyi realiti yang dah musim berapa entah yang masih nak buat tahun ni...
Hadoooiii, sudah-sudah la tu.......semua pemenang sebelum ni pun, lepas menang entah hilang ke mana.....








Terima kasih kerana sudi baca, assalam

February 3, 2012

Pendapat aku tentang kualiti drama Melayu sekarang???

The glam is yours

Pendapat aku tentang drama Melayu sekarang ni????
Ok....

Dari segi plot, aku rasa banyak lagi drama Melayu yang klise....
Contohnya, mesti ada watak yang mempunyai hubungan dengan orang kaya dengan orang kurang berada....rasanya korang pun perasan tentang ni kan???
Cuma sesetengah drama jer yang dapat keluar daripada plot macam ni....
Hummm...ada ker???? Aku tak tau nak bagi contoh..... Nur Kasih boleh???huhuhu~~~

Kualiti gambar???
OK, bab ni aku kena bagi pujian....
Aku sebagai fotografi wannabe ni memang boleh nampak peningkatan sinematografi dalam drama kita ni...
Bukan setakat mood visual, tapi cara fokus kamera tu pun ada peningkatan.....

Dialog???
OK, klise!!!!! Tu jer......

Pelakon???
Boleh nampak sangat produser drama kita ni takut sangat nak ambil pelakon baru, balik-balik muka pelakon sama jer.....
Tak boleh ker ambil contoh dari drama-drama luar???
Boleh tengok banyak siri TV popular luar negara tu kadang-kadang amik pelakon baru atau kurang terkenal, tapi siri tersebut boleh jer pun kan???
Jadi tak logik la kalau ada pengarah drama bagi alasan amik pelakon sedia ada gara-gara takut drama gagal dapat sambutan penonton....


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

February 2, 2012

Wajib ke shopping ramai-ramai???

Glam

Apabila ajak jer pergi shopping mesti ada yang terloncat-loncat riang seronok....
terutamanya bagi kaum perempuan, betul tak??? Kaum laki selalu pergi shopping kalau perlu jer, ini fakta betul, hehehe....

Tapi kebanyakan orang kalau nak pergi shopping mesti beramai-ramai....
Kalau niat bershopping ramai-ramai atas alasan keselamatan, masih boleh diterima akal...selain itu?????

Aku faham sesetengah orang memang akan berasa bosan kalau shopping sorang-sorang.....
Tapi menjadi satu kehairanan kalau ada kawan yang merajuk bila tak diajak bershoopping....mula la mencebik mulut tu....ingat orang suka sangat dengan mimik muka camtu??? hahhaa....
Bila ada orang yang buat macam tu, aku pun hairan la...perlu ke setiap kali bershopping mesti berteman???

Bagi aku sebagai seorang yang suka shopping sorang-sorang memang tak faham...
Pada pendapat aku la, shopping sorang-sorang lebih mudah sebab tak terikat dengan kerenah teman...
Contohnya, kita kena ikut diorang ke mana diorang nak pergi....
Selain tu, kelebihan shopping sorang-sorangt, korang boleh lihat dan tengok barang-barang yang diminati selama mana yang boleh, takder teman yang mendesak kita pergi tempat lain.....itu yang aku suka shopping sorang-sorang.....

Aku rasa nak pergi bershopping tu ikut suka hati la nak berteman atau tak....
yang penting tak payah nak buat muka masam bila tak diajak kawan.....
Buruk sangat tau perangai tu.....hahahaha

Terima kasih kerana sudi baca, assalam