Post sebelum:
DAY
4 ( 15 NOVEMBER 2017 )
MURRAY
STREET – CHEMICAL HOUSE – CORRICA PASTRY – FREMANTLE PRISON -WATERBRAND OUTLET
-ELIZABERTH QUAY – BELL TOWER
Assalam…berjumpa lagi untuk post
melancong ke Perth. Hari terakhir kami bermula dengan aktiviti mencari sarapan.
Walaupun ada saki baki makanan dari Charcoal Chicken yang dibeli semalam, tapi
masih tak cukup mengenyangkan. Jadi kami bercadang untuk sarapan di Insan Café
yang dijamin halal. Insan Café terletak berdekatan dengan Murray Street. Masa
kami tiba, Insan café baru sahaja nak buka. Jadi kami cuba jalan-jalan dulu di
sana. Parking cuma dihadkan 30 minit sahaja dekat situ. Entah apasal tetiba ada
peraturan maksimum 30 minit saja.
sarapan |
murray street |
Aku teman Syam pergi cari topup Optus
untuk kredit dia. Entah tak tau macam mana kredit Syam boleh habis cepat.
Sedangkan yang kami bertiga satu hari pun tak boleh habis data dan kredit. Ujet
dengan Sazlee masa ni tak pasti merayau dekat mana. Di Perth, mesin ATM ni
dekat luar, bukan dalam kawasan tertutup. Boleh jumpa dekat sebahagian bangunan
sepanjang Murray Street ni. Tak takut kena rompak ke apa.
Kemudian kami berempat bertemu kembali
dan masuk ke dalam Chemical House. Sini ramai orang kata boleh jumpa banyak
perfume yang murah-murah. Aku ni bukan peminat minyak wangi, jadi aku cuma
masuk dan cuci mata saja. Memang ada banyak perfume yang murah, tapi kami tak
beli apa pun. Mungkin tempat ni lebih sesuai untuk pelancong wanita.
perfume di chemical house |
Habis cuci mata, kami kembali ke Insan
Café. Nampak macam masih tak siap buka. Jadi kami tak jadi makan situ dan terus
ke Corrica Pastry untuk makan Apple Strudel. Corrica Pastry ni berhadapan
dengan Malaysian Hall. Kami mulanya dah parking berdekatan dengan Malaysian
Hall. Tengok dalam GoogleMaps pun tunjuk Corrica Pastry dekat situ. Tapi kami
tak nampak pula kedai dia. Jadi kami keluar dan cuba cari dengan jalan kaki.
Ternampak satu van yang tertulis “Corrica Pastry”. jadi kami yakin depan tu
kedai dia.
Add caption |
macam-macam kek dalam corrica pastry |
Harga Apple Strudel tu $24. Beli satu
saja sebab untuk sarapan. Walaupun dah ramai orang Malaysia makan apple strudel
dan katakana halal, tapi saja aku tanya lagi sekali sama ada terkandung alkohol
atau tak. Dia kata tak ada, terus kami sambar satu. Besar jugak sekotak apple
strudel ni. Kami bahagi 4 pun boleh kata nak kenyang. Rasa apple strudel ni
sangat lembut, berkrim dan manis. Sedap! Korang harus beli apple strudel kalau
datang ke Perth!
besar kot apple strudel |
sangat lembut dah rapuh |
Perut dan berisi, baru ada tenaga dan
mood nak teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya adalah Fremantle Prison.
Tapi sebelum pergi sana, kami pergi cuci kereta dulu. Kotor sangat dah kereta
dalam dan luar. Kami pergi ke Kwik n’ Kleen untuk cuci kereta. Kalau suruh
staff cuci, mahal giler kot. Boleh lari bajet. Jadi kami pergi cuci “self
service”. Habis juga la hampir $7 macam tu. $2 bersamaan dengan lebih kurang 1
minit 45 saat kot. Jadi kami kena kejar masa sebab dia ada banyak step macam
pre-soak, rinse, foaming dan etc. Mana sempat nak buat semua tu dalam 1 minit
lebih. Sebab tu kena topup selalu duit dalam mesin. Aku jadi tukang letak duit
dan penukar token. Ujet la yang jadi tukang cuci kereta.
cara-cara nak basuh |
Habis cuci, kami singgah ke Coles
Mart. Beli barang untuk makan malam. Aku sempat beli air Chills perisa coklat.
Rasanya sedap juga, tapi aku lebih suka Dare. Tiba di Fremantle Prison lebih
kurang pukul 2pm, kami cuma bayar parking 15 minit sebab tak bercadang nak
masuk dalam. Mahal juga kot kalau nak masuk dalam. Jadi kami cuma bergambar di
luar dan terus ke Waterbrand Outlet pada pukul 3pm. Sini tempat untuk
bershopping sakan. Katanya sini banyak barang-brang branded yang dijual harga
murah. Tapi mungkin harga murah tu ikut musim kot sebab masa kami datang tu
tengok harga barang tak murah pun. Ke kami kena tipu? Huhuhu….
fremantle prison |
Jadi cuma pusing-pusing dalam kawasan
tu dan akhirnya tak beli apa pun. Tak ada apa yang murah. Semua harga normal.
Cehhh…. Kecewa sebab tak ada apa yang mampu kami beli, jadi kami bercadang nak
lunch. Lunch lewat giler kot. Mulanya kami nak makan dekt Ispa Kebab dekat
Waterbrand Outlet. Ispa Kebab sini lebih besar dan ada lebih banyak pilihan
makanan. Tapi Ujet kempunan lagi dengan Charcoal Chicken. Kami tercegat depan
Ispa Kebab tu hampir 10 minit juga la nak buat keputusan. Nak pusing pergi
Charcoal Chicken tu ambil masa juga. Staff Ispa Kebab pula dah mula
panggil-panggil kami untuk beli makanan situ. Tapi sebab Ujet nampak macam
teringinnnnnn sangat nak Charcoal Chicken, jadi kami pergi juga sana.
waterbrand outlet |
Boleh kata kami dah pergi makan
Charcoal Chicken 3 hari berturut-turut. Rasanya kami kot pelancong dari
Malaysia yang makan sana 3 hari berterusan? Pecah rekod! Walaupun lamb ribs
memang sedap, tapi aku dah rasa muak. Jadi aku dengan Syam order menu ayam. Rasa
ayam panggang dia pun sedap meletup! Nyumm nyumm….
charcoal chicken round 3 |
Habis makan balik dulu ke apartment.
Rehat sekejap dan kemas diri. Lebih kurang 9.20pm kami keluar ke Bell Tower dan
Elizaberth Quay. Kami berjalan kaki saja sebab dekat dengan apartment. 10
hingga 15 minit sampai ke lokasi. Sebenarnya hari kedua dan ketiga aku dah
datang sini sorang-sorang waktu petang. Sini lebih cantik dengan menarik kalau
datang masa senja. Pemandangan waktu senja dekat sini sangat cantik!
bell tower pada waktu senja |
ni kawasan rumah orang kaya rasanya... |
elizaberth quay waktu senja |
ni pada waktu malam...lampu warna warni |
Dekat Elizaberth Quay ada free wifi.
Sebelum boleh gunakan wifi, kena jawab dahulu soal selidik berkaitan Elizaberth
Quay. Lepas tu baru boleh dapat akses internet. Boleh tahan laju internet! Sini
ada satu jambatan, waktu senja boleh nampak pemandangan laut luas. Tapi bila
malam gelap gelita namun, ada lampu warna warni yang menghiasi sepanjang
jambatan tersebut.
Kami berjalan melalui jambatan tu
sampai la ke Bell Tower. Tak ada apa sangat dekat sini. Bell Tower ni dengarnya
boleh masuk. Tapi dah malam, dah tutup pun. Jadi kami ambil sikit gambar dan
pulang ke apartment. Suasana sangat sepi waktu malam. Tapi ada nampak juga
beberapa orang penduduk situ rasanya berkumpul dan berborak tengah gelap dekat
kawasan taman situ.
Balik apartment, kami makan malam.
Kami kena pulangkan kereta sewa pukul 3am, jadi dalam pukul 2am kami dah mula
checkout. Kami tak banyak bersembang dalam kereta sebab masih penat dan
semestinya la sedih nak kena tinggalkan bumi Perth.
Kami tiba di pejabat Aries di Kewdale
pada pukul 2.50am. Selang 10 minit staff Aries datang dan sekejap saja dia
periksa kereta sewa kami. Dia hantar kami ke Perth International Airport.
Semasa dalam perjalanan ke Airport, staff tersebut cakap South Perth cantik berbanding
West Perth. Kemudian dia tanya sama ada kami akan datang lagi ke Perth.
Kawan-kawan teragak-agak nak jawab bila teringat kena soal siasat dengan
imigresen. Memang spoil mood betul.
pulangkan kereta sewa |
pukul 5am macam tu...dah cerah |
bye-bye perth |
Flight kami pukul 6am rasanya. Aku dah
tak berapa ingat. Ok. Selanjutnya dah tak ada apa-apa yang menarik nak
diceritakan dah. Jadi terima kasih kepada semua yang baca kisah travel saya ni.
😊
**bawah ni foto apartment kami...sempat snap masa nak balik.
bestnyaa... satu pengalaman yg menarik.. bilalah busyra dpt jejak kesana. haha
ReplyDeletememang best! takpa, ada rezeki boleh pergi.... :)
Deleteklu u check out pukul 2am.. die kira rate aprtment ni mcm mana ek?
ReplyDeletemaaf bertahun tak reply, tak perasan sbb blog tak ada notification. Rate sama saja, huhu...tak ada discount apa pun.
Delete