April 21, 2014

Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu ( Travel Sabah ! )

14 April 2014

Ok, dah lama tak menaip entry ni, dah hilang rentak sikit...terus kepada cerita lawatan sambil belajar ke Sabah, negeri di bawah bayu... perjalanan bermula dari hadapan perkarangan uiTM Bandaraya Melaka...kitorang tunggu bas dalam pukul 12.30 pagi.. sambil tu AJK agih-agihkan badge dan baju kelas yang aku sendiri design ( hehehe )... Ada 3 kelas yang gi trip Sabah ni; kelas A, C dan D ( aku kelas C ) ... Lepas semua kawan kelas sampai, terus bas bertolak ke LCCT.. perjalanan dari Melaka amik masa dalam sejam lebih...ingatkan lama mana, kejap je kot, tak sempat nak tido...

semua excited 

Sampai kat LCCT hampir kul 3.00 pagi kalau tak silap...ada dua jam sebelum bertolak ke Kota Kinabalu...first time datang kat LCCT ni baru tau camna keadaan kat situ...takda tempat untuk rehat..surau pulak kecik, masa nak masuk tu dah penuh dengan pak cik dan brother bermacam-macam size dah... kepala dah sakit, mata pun dah rabak, takda cara lain selain tido kat kawasan foodcourt tu...tapi takleh lelap mata gak sampai solat subuh, huk alorhh!!!!

bosan, jadi minum air banyak2 isi masa..

luggage kumpul satu tempat...bahaya tinggal berselerak..


Lepas solat subuh, dalam kul 6.22am, kitorang bergegas untuk boarding pass semua bagai nuhh...nasib baik semua lepas tanpa masalah...

LCCt yang busy awal pagi...
Ok, ni pun pertama kali aku travel naik flight, sama la dengan kawan-kawan aku yang lain... jadi memang perak buih/jakun sikit dok atas tu... semua view nak snap gambar, hehehe....dari tingkap, seat, belt, blah blah blah.... kitorang guna perkhidmatan Air Asia...ramai orang kata pekerja diorang ni sombong dan kurang ajar...hurmm, boleh nampak gak hari tu, tapi tak semua kot, sebab ada ja yang senyum dan bercakap dengan nada elok...

wajib snap foto celah tingkap flight !

sunrise di LCCT..
Perjalanan dari LCCT - Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 30 minit... dengar masa perjalanan agak lama naik nervous gak, takut muntah. Tapi serius naik flight aku tak rasa pening pun berbanding naik bas atau kereta...cuma seat dia memang sempit ( kesian sapa yang berbadan besar tu )... sempit sempit pun sempat gak aku tido, gara-gara tido cuma 20 minit dalam 24 jam sehari sebelum tu...

arrhh!!! seat bukan sebelah sayap la...

Dalam ticket flight kitorang dah ada order sekali dengan breakfast Nasi Lemak Pak Nassir... nasi lemak yang ramai orang puji nuuhh... ingatkan besar mana, sikit giler kot portion dia, tak caya tul...aku tenung kawan sebelah seat yang dok tersengih gak tengok nasi lemak ciput tu...Ok la, makan jer la... huhhh!!! *sambil ada bling bling ... sedap gilossss...serius rendang ayam dan sambal dia sedap yang amat..auroma nasi kukus dia pun kuat... aku bagi 4/5 .. tak cukup satu point sebab ciput sangat...
nanti aku order kau lagi yer nasik lomak!!

Habis berakfirst breakfast, sambung dengan aktiviti tido menambahkan kilogram badan...
Awan berkepul kepul dari atas flight

dah nampak bandar....wuhuuuu~~~

Kitorang turun flight dalam pukul....lupa lak, lantaklah kan.... lepas turun flight, amik luggage semua, terus naik bas tour ... tour guide Sabah kitorang ialah Mr. Charles ( sori tak tau ejaan betul )...dia la yang akan guide kitorang selama 4 hari 3 malam kat Sabah ni... 

Mr. Charles karoke... *tipu ja

Destinasi pertama kat Kota Kinabalu ialah Menara Tun Mustapha... Bangunan ni siap pada tahun 1977 ( acah - acah berilmiah sikit ) dan bangunan tertinggi di Sabah, no.2 di Borneo... tak paham leh google ( hahaha ) ... Disebabkan masa kitorang sampai kat situ awal 10 pagi dengan cuaca agak panas, sampai peluh menitis nitis ke ladang gandum, jadi kitorang amik gambar kat depan sini ja...tak sampai betul-betul depan menara tu...

nampak macam tabung gergasi ja..

Destinasi seterusnya ialah Masjid Likas, atau dikenali juga sebagai masjid terapung... hurrmm, terus terang aku agak tak puas hati datang sini...sebab waktu dia tak kena laa...tempat ni selalu orang datang start dari senja sampai malam sebab nak snap cahaya lampu dari masjid ni...tapi apa leh wat sebab masa senja nanti nak gi Tanjung Aru, malam lak gi Perdana Park...redha jer la...wuuwuuuuuu~~~

 
panaih terik !!!

Ok, part sini bosan nak citer sikit...kitorang gi Promenade Hotel untuk sesi utama kitorang datang Sabah iaitu dengar talk dari Sabah Tourism Board...patutya buat pagi, tapi sebab bilik kat Tourism Board tu tak dapat nak tampung hampir 90 pelajar, jadi ubah la masa dan ke lokasi ni...aku tak tau nak citer apa sebab aku tido je time tu...explanation daripada wakil Tourism Board tu best, tapi badan ni dah letih sangat, dok dalam bilik aircond, memang kroohh krooh jer la...

awal-awal cergas la.. 10 minit kemudian *krohh krohh

Wakil Tourism Board untuk bagi ucapan...sori tertido..hiksss~~

Masa yang sangat ditunggu tunggu..check in bilik!!! wuhuuu!!!! tempat penginapan kitorang kat KK ni ialah Marina Court... aku ada google sikit pasal tempat ni masa aku bosan praktikal awal bulan Februari dulu...ramai gak puji tempat ni...Penginapan ni merupakan apartment, bukan hotel, tapi servis macam hotel...

Nampak baru je kan...

construction depan penginapan

Bilik aku tingkat 10...ingatkan boleh nampak laut, tapi terhalang dengan construction ni..caitt!!!! 
view dari bilik aku...

Apartment ni serius luas dan kemas...furniture semua elok dan terurus (nanti dah kawin dapat umah camni pun dah puas hati) ... satu rumah ni boleh duduk dari 6 - 8 orang ...

ruang tamu luas dan kemas...

Aku main serbu ja masuk bilik masa jejak kaki dalam rumah ni... mana tau serbu masuk master bedroom... katil besar, tandas besar, tapi malang shower tak berfungsi sangat..mandi guna bilik air satu lagi jer la.. 


Untuk yang melawat KK, saya syorkan korang stay kat sini..sebab bagi aku penginapan ni selesa dan rasa macam duduk kat rumah sendiri...peti ais ada...mesin basuh ada...hair dryer, iron...lengkap! harga tu kena survey sebab tak semua rumah sama harga..owner lain-lain 9 kalau tak silap )....

Entri seterusnya: Tanjung Aru

Terima kasih kerana sudi baca, assalam