February 24, 2018

Penang Cat Studio and Spa


Assalam semua.
Siapa sini minat kucing? Rasanya ramai orang kita minat kucing tapi tak semua mampu bela kucing mahal-mahal. Jadi mungkin sebab tu makin banyak Cat Café bercambah dalam Malaysia ni untuk bagi peluang orang ramai untuk bermain dengan kucing.

Dulu aku Cuma tau ada satu saja Cat Café dekat Penang. Viral satu Cat café yang baru saja buka tahun lepas di Bayan Lepas , Pulau Pinang. Tapi tempat yang aku pergi ni bukan sahaja beroperasi sebagai café, tapi sebagai spa. Sebab tu nama dia Penang Cat Studio and Spa.


Aku pergi berpandukan kordinat yang ada dalam page facebook Penang Cat Studio and Spa. Nak lebih tepat, bukak kordinat tu dengan apps Google Maps. Aku bukak guna Waze tapi tak jumpa. Waze bawak aku pusing keliling Cat Studio tu ja. Lokasi dia tersembunyi dekat tempat yang agak sunyi. Kalau guna Google Maps tu dia akan tunjuk direct sampai betul-betul dekat Cat Studio. Jadi aku suggest guna Google Maps.


Bayaran untuk orang dewasa ialah RM9 untuk sekali masuk. Dekat pintu tu ada tulis, satu sesi diorang suggest untuk satu jam. Tapi bagi aku sejam memang tak puas kalau nak main dengan kucing-kucing sini. Bila korang masuk sini, petugas tu akan letak sikit sanitizer dekat tangan korang. Harus la cuci tangan sebab nak sentuh kucing mahal yang sensitif ni.
Macam kebanyakan Cat Café, sini pun ada peraturan bermain dengan kucing. Tapi aku tengok ramai jer tak ikut peraturan, terutamanya jangan angkat kucing. Ramai angkat dan peluk kucing.
munchkin cat
Menurut owner Cat Studio ni, ada lebih 30 ekor kucing dari pelbagai jenis baka. Masa aku sampai tu, nampak macam berapa belas ekor ja. Elok-elok masa nak balik tetiba owner masuk studio dan bawak keluar kucing-kucing lain. Tak jadi aku nak balik. Duduk situ lama sikit huhu.




kitten



Aku paling geram dengan kucing baka ragdoll ni. Comel giler. Nasib ada owner dan pelanggan lain. Kalau tak dah lama aku gomol-gomol sampai leper.

Ragdoll....cantik mata dia

Si munchkin kaki pendek ni suka gigit sikit. Owner studio bagitau kalau nak peluk dia ni, kena cepat-cepat peluk dia. Kalau takut-takut tu yang dia nak gigit. Nama munchkin ni Tengku apa entah.
si Tengku
asyik je dia tido



Si putih sekor ni kuat tidoq. Tapi dia manja sikit. Tengok tu, dia tidur dekat kaki aku 😊
tidur dekat kaki

Putih kedua ni pun rajin tidoq. Aku sentuh dia ok je. Tapi bila aku tengok orang lain sentuh bukan main marah lagi dia.

Kebanyakan kucing sini jinak, tapi macam tak kisah sangat dengan pelanggan. Mungkin sebab tak familiar dengan pelanggan. Tiap-tiap hari tengok muka orang berbeza kan?
Dekorasi dalaman memang cantik dan sesuai untuk kucing-kucing bermain. Cuma kalau boleh luaskan sikit lagi bagus. Bukan apa, kucing banyak, pelanggan ramai, rasa sesak sikit. Ada juga jual minuman ringan kat dalam ni. Aku bawak air masak sendiri masuk dalam ok ja.
dekorasi dalaman


si ragdoll tido atas

Studio ni juga sediakan perkhidmatan grooming, jualan kucing dan mating. Harga aku tak tau. Boleh rujuk dalam page facebook diorang.

Dah hampir 2 jam duduk dalam ni, aku pun plan nak balik la. Dah lama duduk dalam. Bagi turn pelanggan lain main dengan kucing. Masa nak balik tu korang mungkin akan nampak si putih ni atas kaunter. Memang owner cakap tu spot kegemaran dia.
si penjaga kaunter
owner kedai
Sebelum melangkah keluar korang akan diberi satu roller yang ada gam untuk lap baju yang lekat dengan bulu-bulu kucing.



Satu pengalaman yang seronok dapat bermain dengan kucing-kucing gebu gebas sebab kat rumah ni bela kucing kampung ja.



P/s : mungkin akan ke sini lagi sekali.  

Terima kasih kerana sudi baca, assalam