August 4, 2019

TRAVEL KANSAI TRAVELOG ( PRE – TRAVEL )


Assalam semua. Lama tak update blog. Saya nak update tentang pengalaman melancong ke negara matahari terbit, Jepun, pada bulan Mac lepas. Ya, Mac. Dah lama baru saya nak update. Masalah malas nak update betul.

Ok, terus pada kisah melancong. Trip kali ni sangat last minit plan. Mulanya bercadang nak ke Hokkaido nak main salji tebal. Tapi kawan aku Syam, dia nak juga travel ke Kawasan bandar Kyoto. Kalau nak pergi dua-dua kawasan ni bajet duit lebih dan kena amik cuti panjang.

Jadi tukar plan ke Kansai saja. Tiket ke Kyoto kami tak dapat yang murah, dalam RM1500++ termasuk luggage. Tak kisah la mahal sebab teringin sangat nak main salji dah. Kami melancong dari 1 Mac sehingga 6 Mac. Aku pergi bersama Syam dan Aidil.

Kami beli dua pass iaitu Takayama Hokuriku RM532 dan Kansai Area Pass RM239 (4 hari). Kami beli melalui agen HIS Travel Malaysia. Aku cuma Messenger je agent tu dan semua selesai. Mudah! Agen HIS sangat membantu jugak menjawab soalan korang kalau tak paham pasal kawasan Jepun ni. Harga pass ni sentiasa berubah, jadi pastikan periksa harga terbaru di lama web HIS travel.

Kansai Area Pass 

Kena tukar dalam bentuk Pass di Kansai International Airport.


Bab makanan pulak, aku ada beli banyak makanan Kembara Meal. Kembara Meal ni senang makan, sebab tak perlu cari microwave nak bagi panas. Cuma letak air dalam paket tu dan akan panas sendiri. Sebab dalam tu ada satu benda kimia yang boleh panas bila kena air.

Duit pulak aku dah lupa aku tukar berapa ke Jepun hari tu. 40000yen kot? Entah.
Ok setakat ni saja pre-travel. Sambung dengan DAY 1 KANSAI.







Terima kasih kerana sudi baca, assalam