November 25, 2012

Haiwan tomei!!!!! terutamanya kucing...

Hari ni gi jalan-jalan kat Dataran Pahlawan Melaka sebab nak buat kerja kursus yang menjengkelkan....sementara nak tunggu kawan-kawan lain sampai...aku dengan kawan aku masuk jap dalam kedai haiwan nie...

Pertama kali masuk, memang aku nak tengpok kucing jer, hehhehe...tapi banyak gak haiwan-haiwan lain yang boleh tahan kecomelan dia...

Antaranya, hamster, tikus, kura-kura,hedgehog, anjing, arnab, etc...

Arnab kat sini pun macam-macam spesis...selalu tengok dalan internet jer, kali ni baru depan-depan mata...aku lebih suka arnab biasa...sebab arnab yang lain tu tak nampak mata...dengan bulu serabut bukan main...tapi murah jer... dalam RM150 jer...


Burung sini murah jer RM45... cantik memang cantik, tapi tak da rasa nak bela... bukan minatku terhadap burung...huhuhu

Huaaaaa... ni la kucing comel, montel, gebu dan manja... dapat jugak la sentuh kucing camnie, hihhihi... RM800 harga dia nie... bagi aku OK la harga dia sebab kucing ni dah besar dan gebu... ada lagi sekor, RM900, muka dia kemek semacam sikit, dan nakal....kecik sikit, belum membesar habis lagi tuuu... apa pun, aku lebih suka yang nie.... tunggu la bila dah dah keje, nak sambar sekor camnie...gggrrrrrr~~~ 

menunggu sesiapa untuk membela diorang dengan penuh kasih sayang~~~

malu2 lak dia nie...
nak tengok haiwan-haiwan comel nie??? gi la Dataran Pahlawan....hahaha




Terima kasih kerana sudi baca, assalam

2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen~~~