December 23, 2013

2013 throwback


Assalam warga bloggers... long time no see...
Mengikut tahun bukan Islam ( barat ), 2013 sudah hampir menutup tirai...
Jadi nak kenang-kenang balik la aktiviti penting sepanjang tahun 2013 sewaktu di UiTM Bandaraya Melaka ni....

   Jamuan kelas FO ( front office ): Jun 2013
Subjek ni jer kot yang buat jamuan makan pada semester 4 lepas....walaupun makan biasa-biasa ja, tapi best sebab bukan selalu makan ramai-ramai, termasuk dengan lecturer sekali...
*spot two lecturers in this photo.


Praktikal di Mutiara Taman Negara, Pahang:  Akhir Julai - awal September 2013


Banyak experience yang aku dapat sepanjang praktikal di resort ni... terutamanya berkomunikasi dengan pelancong asing dari Eporah dan negara-negara Asia lain...Pertama kali, tiap-tiap hari ulang-alik naik bot gi kerja dan overtime... Jumpa banyak spesis serangga dan juga melihat haiwan liar secara dekat... vavi hutan, landak, kancil, etc... lepas tu, dapat join semua aktiviti rekreasi secara free !! Muaahahaha ~~~ padahal orang lain kalau nak join kena bayar berpuluh-puluh ringgit dan ada yang mencecah ratus!!! nak wat camna, target market diorang orang asing, mesti la mahal...

 Interview Avillion Melaka : Oktober 2013


Interview ni untuk memenuhi kehendak matapelajaran subjek Layout and planning, bukan kehendak aku yerr..... Kami kena pilih salah satu area dalam hotel ni dan redesign dengan kreativiti sendiri, jadi kami pilih Coffee House...masa nak design balik tu nyesal tak sudah pilih area ni, besar giler...sampai lag laptop bila design guna Googlesketch... lagi tensen bila design dengan kawan-kawan kat Tun Mamat, nak download file untuk letak dalam design tu lembab sangat ! Internet kolej slow macam sembelit, tak paham ke kami suka wat keja last minute ??!!! Nasib baik lecturer suka dengan design baru kami, weeheee ~~~~


Event How to Sell Yourself for Future Career :  November 2013


Ni bukan event nak ajar "jual" diri OK...?? Ni cara nak memasarkan diri korang semasa alam pekerjaan nanti...tapi event yang diuruskan oleh kami ni lebih menekankan soal pemakan dan gaya hidup sihat... Penceramah kali ni ialah encik Redza( dalam foto ) , bukan Redza Minhat tau...dengar citer hidup dia ni memang boleh bagi harapan sikit kepada penghidap kanser di luar sana... menurut beliau, dia dah koma dan disahkan oleh doktor hanya mampu hidup untuk beberapa hari lagi...tapi dengan kekuatan mental, dia kini terus hidup dan sihat walafiat... hurrmmm, dengar kisah kejayaan dia ni agak menginspirasikan diri aku...ehhh...jap, umur 12 tahun baru boleh membaca, straight A's dalam UPSR,PMR,SPM dan semasa di alam universiti, dah tamat pH.d dan umur beliau sekarang 29 tahun....Ok...hurmmm


Aku rasa macam loser sangat!!!!!!!!!



 Annual Grand Dinner: Disember 2013


Merupakan dinner terakhir kami... next sem cuma ada induction jer... malas nak mention kat hotel mana ni sebab ada insiden tak best berlaku...cuma boleh bagi hint, hotel ni baru bukak dekat Bandaraya Melaka dan ada perkataan "hijau" kat nama hotel ni... servis makanan yang buruk pernah aku alami setakat ni... makanan tak sedap !!! first sekali, appetizer dia udang marinate apa entah... marinate kepala hotak kambing dia, rasa sejibik macam udang rebus biasa tak masak !!! lepas tu sup mushroom, hangit~~~~ aku pening kepala lepas makan sup tu, mungkin neuron otak aku pun hangit sekali... makanan utama tu yang buat satu fakulti naik hangin.. chicken chop dia busukkk~~~entah camna hotel ni boleh serve ayam busuk kat guests... baru bukak je hotel ni, patut tak leh la layan guests camni...gggrrrrr... pastu, hidang desert... nipisssss giler, dah la bukan semua orang dapat desert...paling lawak, diorang bagi kami minum air sejuk je dari awal sampai habes event...padahal dalam menu kami pilih tu ada air jus apa entah...hotel ni taknak ngaku salah dan tak nak bertanggungjawab... serius aku cakap, servis korang level tahap sampah...gi recycle OK??

Cik Embun giving birth !!!

Kucing yang kami kutip kat tangga setahun lalu dah melahirkan anak buat pertama kali...comel anak dia, bulu-bulu kembang.. satu oren, dua kelabu, sekor lagi warna sejibik macam dia...tapi disebabkan perjalanan pulang aku ke Kedah hampir 8 jam dalam bas, aku takleh bawak sekor pun anak dia.. jadi bagi jer la housemate lain yang amik jaga anak-anak dia..takper, nanti dah keja ada umah sendiri aku bela kucing yang lagi gebusss~~~~

*Aktiviti 2014 : Praktikal
                          Trip to Ho Chi Minh, Vietnam.
                          Konvo, insya' Allah

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

December 5, 2013

Musim hujan


Semoga rakyat Pahang dan Johor selamat.


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

October 22, 2013

Website fotografi yang AWESOME !!!

Assalam..dah lama tak berblogging... macam biasa la, makin sibuk dengan assignment...
Aktiviti snap foto pun makin lembab ja, sebab tak ada ada event yang best semester ni...
..jadi nak menghilangkan bosan aku ada la layan website fotografi...
Antara website fotografi yang aku sangat berkenan :
(klik pada nama mereka untuk ke website)



    Serius sangat berkenan dengan konsep "ceria" dan comel dibawa oleh fotografer profesional ni. Contrast warna yang tampak natural dan cerah memang sangat sesuai dengan konsep diorang. Dia jugak kelihatan sangat mengambil berat dengan detail lokasi dan prop untuk fotografi. Pasti klien berpuas hati dengan duit yang dilabur untuk sesi fotografi mereka. 


Apa yang aku perasan, fotografi diorang lebih nampak kepada "glam" camtu... Mereka juga menyediakan pakej videografi yang memang "awesome" !! dah layan videografi diorang, apa yang saya boleh cakap, memang pro habes... 


Dia ni bukan la local fotografer... tapi serius sangat suka dengan idea-idea fotografi beliau. Bijak bermain dengan warna untuk menaikkan mood dan perasaan dalam foto- foto. 

Banyak lagi website fotografi yang tak sempat nak explore sebab yang sedia ada pun belum habis layan :)

p/s: klien diorang semua kaya. :P


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

September 11, 2013

Mutiara Taman Negara Pahang.

WARNING
Super duper extraordinary grammar error in the information...soon...brace yourself...

Hi, seems I come back from hiatus as too much work in the few month ago got my mood down to blog. So, here I am to clean up my dusty blog.

On, 21 July , my friends and I went to Mutiara Taman Negara to fulfill our subject needs. The resort located at Kuala Tahan, Pahang which really far away from the town ( Jerantut ).

If you go by yourself (not by any travel agency) you might have to cross the river by boat which cost just RM1 per person to reach the resort. Sorry I didn't snap the photo of the pit stop to ride up the boat :P...

Mutiara resort provides you various type of chalets such as normal chalet, family chalet,chalet suite, bungalow,and hostel/dormitory. The rate is depends on the type of chalet and usually higher on the peak season.


The restaurant has separated section.. usually the front and the outside section would be full...

the restaurant.

Wild animal is let be free here, you might snap photos, but not to touch them because they might harmful.

Yeah... this barking deer might looks cute, but it used to bite people... touch it on your own risk... but you can take photos near it... it won't bite if you just sit still beside.... other wild animal that you might see is boar, tapir, and porcupine.

You may enjoy several activities that provided by the recreation department....


1) Rapid shooting
Experience 7 major rapids; Nusa, Dua, Abai, teras, dedari, Panjang and Terenggan. Enjoy the beautiful flora and fauna along the river bank. Sorry, I didn't snap any photos while on the boat because worried my camera be drenched by the water....but for me, the view is nice along the river :)

2) Visit aboriginal ( orang asli )
The aboriginal village is beside the river bank and quite small. 
their village

Once you arrived there, your mr. guide tell the story/history about the aboriginal then, you have the chance to experience how to hunt animal...actually, you just blow the hunting pipe toward a doll, but it quite interesting.
This kid shows how to make a fire using woods and the dart for the blowpipe.

mr. Sabaruddin giving the explanation about the blowpipe.


These kids show how to blow the blowpipe.

3) Jungle trekking
Experience the canopy walkway, "the longest suspended bridge in the world". Beautiful scenery of flora and fauna, tree species and bird watching. 

Mr. Hasbi whom guide me and other guests on that day.


This is the place people like to stop and snap the breathtaking view on the hill. Well I didn't waste the chance too...

The route to Teresek Hill.

You are not allowed to snap photos on the canopy walk, if you do, do it on your own risk.


Huge ant.


Known as tiger palm tree.



4) Lata Berkoh
The most popular activities. The scenery along the river to reach Lata Berkoh was really awesome to me :D ... If you afraid of bloodsucker, you should wear proper cloth.



This is the place where the boatman will stop and you have to walk about 10 minutes to the destination.

The luck was not on my side..the day before was heavy rain and the water level rose thus, I can't swim .. :(



5)Lubuk Simpun
This activity is not provided on the list, and you don't have to pay any money, unless you book for private guide to show you the way.
Cross the camp site before arrive at Lubuk Simpun.
It is a place you can swim with tranquil atmosphere.


Found natural reflexology stone :)

6) Night Jungle Walk
I didn't manage to snap photos because I forgot to bring my camera, wuwuuuuuu~~~
But you might see snake, spiders, mouse deer, frog, and many more.... the guide doesn't guarantee that you might see all of the animals.... it depend on your luck....

For more information, you can visit their official website here.

*sorry, my mind kinda blank when writing in english.



Terima kasih kerana sudi baca, assalam

June 23, 2013

Pesta Sungai Melaka 2013

Assalam..
aku tau..agak lewat aku nak update pasal pesta tahunan di Melaka ni...
tapi sebab dah berhabuk dan bersarang blog aku ni, jada update jer la...

Aktiviti pesta untuk tahun ni sama ja, tapi aku tak dapat nak gi snap foto sebab sibuk dengan kerja kursus dan SAP ( Sukan Antara Fakulti...Pakulti???what ever~~~)

Aku cuma sempat snap foto Melaka Parade ja malam tu..
Jadi layan jer la foto yang ada nie... :P

sejibik macam rumah2 kat Kampung Morten

"hye, ladies...free tonight??"

Pameran kereta yang nak memecah gegendang telinga dengan speaker diorang!

Warna pink semua...aauuuwww~~~


Add caption


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

June 1, 2013

Review koleksi CERPEN dari Fixi

Assalam....
Lama betul aku menyepi sebab tak da mood nak update....kalau nak kata tak da masa tu tipu la, tiap-tiap hari aku leh main FB?? 
Cuti mid sem kedua ni aku macam biasa la tak balik kampung, membuta jer kat Melaka ni.

Sambil tu aku baca jugak buku himpunan cerpen yang di-publish oleh Fixi.
Aku bukan la minat sangat nak baca buku-buku tebal yang dari awal sampai habis semuanya tulisan ja..
Tapi dah sebab nak habiskan baucer buku yang nak tamat tempoh dah tu, aku beli je la.

Terdetik dalam hati ni nak beli novel sebab ternampak ada instagramer yang update foto novel-novel yang diorang pernah baca, siap dalam bahasa inggeris lagi, dasyat...
Aku cari buku bahasa inggeris semua tak menarik, takut kalau beli tapi baca separuh, atau tak baca terus, buat hiasan atas meja jer...

Kat MPH memang selalu ada carta hati buku-buku terlaris top 5...first sekali, biasa la, novel cinta... aku benci bangat..benci benci bangat sama itu novel cinta...pengeluar dia mesti la karangkraf...karangkraf memang popular, dan popular dengan novel cintan cintun....

Ternampak la buku tebal "CERPEN" yang dalam ranking ke-3...cover sangat ringkas ( rujuk foto bawah )

Foto ni untuk instagram sebenarnya.


Jadi aku pun baca la ringkasan yang ada kat belakang buku ni...dah nama CERPEN, mesti la tak bosan baca sebab pendek ja, tak meleret leret. Aku letak balik, pastu ternampak buku-buku lain dari Fixi dan penulis yang sama ( Shaz Johar ) ... aku perasan yang penulis nie jarang buat novel cinta... baca semua ringkasan kat cover belakang novel tu ( MENTAL, TABU, KOUGAR ) , rasa macam OK ja... jadi aku beli la CERPEN ni...

...dah habes baca kecuali cerpen bahasa inggeris...bagi aku, berbaloi la beli buku ni dengan harga tak sampai RM20... selama ni aku ingat kalau nak publish novel, ayat jalan cerita mesti "berbunga" , ayat mesti gramatis romantis tis tis tis habis, tapi ayat CERPEN ni ringkas ja... tapi still menarik dan ada "kelas" ...

Bila aku baca nie aku rasa macam tengah layan short filem yang ada dalam youtube....cerita yang ada kaitan dengan masyarakat sekarang, sinis, dan lawak jugak... 

Kepada yang gi kedai-kedai buku, kalau tak tau nak beli novel apa, try la beli novel dari Fixi ni... BEST ~~~




Terima kasih kerana sudi baca, assalam

April 19, 2013

Tido masa kuliah

Dulu masa sekolah menengah, banyak kawan-kawan aku ni selalu sangat mengantuk dalam kelas... terutamanya lepas rehat dan dekat  waktu zohor camtu...


Aku pun tak paham apasal diorang ni selalu ngantuk... sampai kepala terhangguk hangguk... mata merah menyala macam kena sampuk...


Bila aku tanya diorang tido kul berapa, ada yang jawab kul 11 atau 12... sama jer kot dengan waktu aku tido... aku pun selalu datang awal daripada diorang... jadi perasan bangga semacam sebab takder rasa ngantuk.... hewhewhew...


Tapi bila aku masuk alam universiti ni baru aku mula terjebak dengan wabak ngantuk dalam kuliah... biasa la, sebab ada kemudahan internet, asyik on9 tak ingat dunia... kadang-kadang tu buat assignment last minute, kena la sengkang mata depan laptop...



ouuuhh.... betapa seksanya ngantuk time lecturer mengajar... kena struggle nak berlakon tumpu perhatian semasa penyakit ngantuk ni menyerang...



Sampai ada satu masa tu aku tertidur betul-betul depan lecturer...
nasib baik lecturer tu cool jer.. kalau tak mesti kene pelempang dah...


Sampai sekarang aku masih ngantuk dalam kelas walaupun cukup tido...entah apa kes --__--"


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

April 12, 2013

Budak housekeeping mcm alien ker???

Lagi citer pasal praktikal housekeeping untuk memenuhi kehendak, nafsu, keinginan subjek...
Macam biasa la, cuci dan kemas, diganggu "awwwwwww" , blaa blaa blaaaaa~~~
Habes sudah praktikal tu....kami ada gap masa satu jam sebelum kelas front office, jadi time kami memang lunch awal dalam pukul 10.30pg...


Apa yang aku rimas ialah....


Yer laa.. kami pakai baju putih lengan pendek berkolar berpoket berbutang berjahit dan ber ber ber yang sewaktu dengannya... apa yang aku perasan dalam perjalanan nak gi cafeteria tu, semua orang mesti pandang kami...


Terus terang... diorang tengok kami macam tengok alien... rasanya pakaian kami tak macam Lady Gagap Malaysia tu pun...


Kiri, kanan, atas, bawah, semua pandang kami.... reaksi pompuan tu aku terlukis over lak...


...mungkin kena bawah board besar camni baru diorang tak pandang...



Terima kasih kerana sudi baca, assalam