December 23, 2013

2013 throwback


Assalam warga bloggers... long time no see...
Mengikut tahun bukan Islam ( barat ), 2013 sudah hampir menutup tirai...
Jadi nak kenang-kenang balik la aktiviti penting sepanjang tahun 2013 sewaktu di UiTM Bandaraya Melaka ni....

   Jamuan kelas FO ( front office ): Jun 2013
Subjek ni jer kot yang buat jamuan makan pada semester 4 lepas....walaupun makan biasa-biasa ja, tapi best sebab bukan selalu makan ramai-ramai, termasuk dengan lecturer sekali...
*spot two lecturers in this photo.


Praktikal di Mutiara Taman Negara, Pahang:  Akhir Julai - awal September 2013


Banyak experience yang aku dapat sepanjang praktikal di resort ni... terutamanya berkomunikasi dengan pelancong asing dari Eporah dan negara-negara Asia lain...Pertama kali, tiap-tiap hari ulang-alik naik bot gi kerja dan overtime... Jumpa banyak spesis serangga dan juga melihat haiwan liar secara dekat... vavi hutan, landak, kancil, etc... lepas tu, dapat join semua aktiviti rekreasi secara free !! Muaahahaha ~~~ padahal orang lain kalau nak join kena bayar berpuluh-puluh ringgit dan ada yang mencecah ratus!!! nak wat camna, target market diorang orang asing, mesti la mahal...

 Interview Avillion Melaka : Oktober 2013


Interview ni untuk memenuhi kehendak matapelajaran subjek Layout and planning, bukan kehendak aku yerr..... Kami kena pilih salah satu area dalam hotel ni dan redesign dengan kreativiti sendiri, jadi kami pilih Coffee House...masa nak design balik tu nyesal tak sudah pilih area ni, besar giler...sampai lag laptop bila design guna Googlesketch... lagi tensen bila design dengan kawan-kawan kat Tun Mamat, nak download file untuk letak dalam design tu lembab sangat ! Internet kolej slow macam sembelit, tak paham ke kami suka wat keja last minute ??!!! Nasib baik lecturer suka dengan design baru kami, weeheee ~~~~


Event How to Sell Yourself for Future Career :  November 2013


Ni bukan event nak ajar "jual" diri OK...?? Ni cara nak memasarkan diri korang semasa alam pekerjaan nanti...tapi event yang diuruskan oleh kami ni lebih menekankan soal pemakan dan gaya hidup sihat... Penceramah kali ni ialah encik Redza( dalam foto ) , bukan Redza Minhat tau...dengar citer hidup dia ni memang boleh bagi harapan sikit kepada penghidap kanser di luar sana... menurut beliau, dia dah koma dan disahkan oleh doktor hanya mampu hidup untuk beberapa hari lagi...tapi dengan kekuatan mental, dia kini terus hidup dan sihat walafiat... hurrmmm, dengar kisah kejayaan dia ni agak menginspirasikan diri aku...ehhh...jap, umur 12 tahun baru boleh membaca, straight A's dalam UPSR,PMR,SPM dan semasa di alam universiti, dah tamat pH.d dan umur beliau sekarang 29 tahun....Ok...hurmmm


Aku rasa macam loser sangat!!!!!!!!!



 Annual Grand Dinner: Disember 2013


Merupakan dinner terakhir kami... next sem cuma ada induction jer... malas nak mention kat hotel mana ni sebab ada insiden tak best berlaku...cuma boleh bagi hint, hotel ni baru bukak dekat Bandaraya Melaka dan ada perkataan "hijau" kat nama hotel ni... servis makanan yang buruk pernah aku alami setakat ni... makanan tak sedap !!! first sekali, appetizer dia udang marinate apa entah... marinate kepala hotak kambing dia, rasa sejibik macam udang rebus biasa tak masak !!! lepas tu sup mushroom, hangit~~~~ aku pening kepala lepas makan sup tu, mungkin neuron otak aku pun hangit sekali... makanan utama tu yang buat satu fakulti naik hangin.. chicken chop dia busukkk~~~entah camna hotel ni boleh serve ayam busuk kat guests... baru bukak je hotel ni, patut tak leh la layan guests camni...gggrrrrr... pastu, hidang desert... nipisssss giler, dah la bukan semua orang dapat desert...paling lawak, diorang bagi kami minum air sejuk je dari awal sampai habes event...padahal dalam menu kami pilih tu ada air jus apa entah...hotel ni taknak ngaku salah dan tak nak bertanggungjawab... serius aku cakap, servis korang level tahap sampah...gi recycle OK??

Cik Embun giving birth !!!

Kucing yang kami kutip kat tangga setahun lalu dah melahirkan anak buat pertama kali...comel anak dia, bulu-bulu kembang.. satu oren, dua kelabu, sekor lagi warna sejibik macam dia...tapi disebabkan perjalanan pulang aku ke Kedah hampir 8 jam dalam bas, aku takleh bawak sekor pun anak dia.. jadi bagi jer la housemate lain yang amik jaga anak-anak dia..takper, nanti dah keja ada umah sendiri aku bela kucing yang lagi gebusss~~~~

*Aktiviti 2014 : Praktikal
                          Trip to Ho Chi Minh, Vietnam.
                          Konvo, insya' Allah

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~