Semasa di Kundasang, kitorang menginap di D'Olundus View Lodge yang warna warni ni...untuk harga dan foto dalaman lodge ni, korang leh check kat website D'Olundus... Aku lupa nak snap foto dalam bilik ni sebab best kecut dalam selimut...dah la selimut dia fluffy giler...
Halaman depan lodge..warna warni kan? |
pemandangan dari halaman depan... |
Rezeki la masa tu dapat bilik yang paling atas...dapat la tengok view gunung tu masa sunset...masa senja camni pun dah boleh rasa sejuknya kat sini...selalu tengok jer foto lawa dari blog orang, sekarang aku sendiri dah snap! puas hati! tapi yang tak bestnya, ada halangan bangunan depan tu, enterframe je... Kat sini dalam 5.30 camtu matahari dah mula terbenam...yang nak snap foto tu jangan la ikut waktu semenanjung lak, nanti melepas...
5.26pm |
5.29pm, pemandangan sebelah kanan dari bilik |
6.11pm, dah nak maghrib |
Dekat perkarangan lodge ni ada banyak tanaman bunga..tapi mungkin tak sebanyak macam kat Kiram's Village.
Haaaa...jarang nak jumpa foto Gunung Kinabalu waktu malam dalam internet...jadi aku try la snap waktu malam, perhhhh, ohsem view! Kalau korang perasan ada lampu atas gunung tu...tu lampu dari lodge yang ada atas gunung tu, aku tak ingat nama lodge tu...lodge tu selalu jadi tempat menginap untuk pendaki gunung...
wuwuwuwuuuuuuuu~~~~ |
Jumpa lagi kumbang badak depan beranda pada keesokan pagi...korang digalakkan pakai sarung kaki kalau nak pijak lantai kayu awal pagi dan lewat malam, sebab serius sejuk!
"good mornink!!" |
Ni rupa beranda lodge... *abaikan baju tersidai tu...
Foto ni lepas pergi desa cattle farm dan hot spring.. |
Secara kesuluruhan, aku bagi 8 bintang darida 10... bilik ni tak la besar sangat, tapi bersih...bilik air ada sabun badan dan shampoo lengkap...almari ada hanger, dan turut disediakan water heater. Tv ada siaran, tapi sapa la nak tengok sangat kan? Pemandangan cantik, tapi sedikit terganggu dengan pokok dan bangunan-bangunan kat depan tu...
sarapan kat sini menu biasa ja macam nasi goreng dengan telur goreng, bersama teh panas *tapi sedap! Cuma masalah kat sini, bekalan elektrik dijana dengan generator, jadi masa kitorang datang hari tu berapa kali bekalan lektrik terputus...mungkin sebab terlebih guna, fullhouse la katakan...hehehe... tapi pekerja situ akan cuba on balik lektrik walaupun banyak kali lektrik terputus...selain tu, sini takder aircond, sebab tak perlu pun...suhu sini lagi sejuk kalah aircond rasanya...
*Untuk baca entri Travel Sabah yang lain boleh klik SINI
*Untuk baca entri Travel Sabah yang lain boleh klik SINI
Tips: Cuba dapatkan bilik paling atas untuk pemandangan lebih jelas...beli la apa-apa uncang minuman, kopi ke, milo ke, susu pekat sekali untuk buat minuman sambil melepak kat beranda...