June 6, 2014

Jambatan Tamparuli dan Pekan Nabalu, Sabah!

Lepas abes lawatan ke Rumah Terbalik, kitorang ke Jambatan Tergantung Tamparuli... Sampai kat sini cuma jalan-jalan dan snap foto, selfie (aku tak) kat atas tu ja...

Kayu yang agak usang...
Ni pemandangan di sebelah kanan...lawa kan? Dalam sungai bawah jambatan ni banyak sangat ikan...sambil tengok bawah tu boleh tahan gayat gak la...


gunung ganang yang subur menghijau





Kat hujung jambatan tu pulak ada pasar...pasar apa aku tak sure sebab time ni aku kalut cari kawan-kawan dan guide...aku sesat tak pasal...

banyak jualan baju, dan makanan kering


Lepas puas merayau kat Jambatan Tamparuli, terus kitorang bertolak ke Pekan Nabalu...perjalanan dari Jambatan Tamparuli ke Pekan Nabalu dalam sejam ja... Aku ingat Pekan Nabalu tu untuk tengok aktiviti culture orang Sabah.... tapi dah sampai.....boleh nampak dah Gunung Kinabalu dari sini....




Udara kat sini pun dah nyaman dan suhu boleh sikira sejuk gak la... masa ni pukul 11.15am...kitorang banyak snap foto melompat lompat tapi takda pun yang berpeluh...boleh agak camna tahap sejuk dia??? kalau kat Melaka, duduk dalam rumah pun boleh berpeluh...

Banyak awan tebal, berkepul kepul lindung Gunung Kinabalu...ni pun dah edit bagi terang, kalau tak kelam ja gunung...



Kat pekan ni banyak anjing liar, tapi jangan risau, diorang tak ganas pun...diorang cuma nak minta makanan ja...



Menara ni...menara ke? Entah la, tapi dah ditutup sebab dah rosak teruk...rugi ja, kalau tak leh tengok pemandangan lebih jelas Gunung Kinabalu dari atas ni...


Camni la rupa Pekan Nabalu...tapi ni separuh ja...ada lagi pekan kat belakang tu...kiri kanan penuh dengan kedai souvenir...




Ni la rupa salah satu kedai souvenir... penuh dengan beraneka jenis souvenir..ada fridge magnet, keychain, baju, etc... aku cuma beli fridge magnet, keychain, topi, dan baju jer...


Selesai borong souvenir, kami makan dekat kedai makan depan kedai souvenir tu... lauk serius sedap sampai lupa nak snap foto... sambil makan tu boleh la main dengan kucing Sabah...banyak kucin oren....manja lak tu..miaawww~~~~




Tips: Better korang beli cenderamata dekat sini daripada beli di Pasar Filipina...sebab sini lebih murah kot??kot?? lagipun lebih banyak pilihan...
Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~