June 10, 2014

D'Olundus View Lodge

Semasa di Kundasang, kitorang menginap di D'Olundus View Lodge yang warna warni ni...untuk harga dan foto dalaman lodge ni, korang leh check kat website D'Olundus... Aku lupa nak snap foto dalam bilik ni sebab best kecut dalam selimut...dah la selimut dia fluffy giler...



 
Halaman depan lodge..warna warni kan?

pemandangan dari halaman depan...

Kebanyakan resort, lodge atau apa apa je penginapan ada beranda..sebab diorang tau pelancong ni nak lihat pemandangan Gunung Kinabalu bila bangun tido...





Rezeki la masa tu dapat bilik yang paling atas...dapat la tengok view gunung tu masa sunset...masa senja camni pun dah boleh rasa sejuknya kat sini...selalu tengok jer foto lawa dari blog orang, sekarang aku sendiri dah snap! puas hati! tapi yang tak bestnya, ada halangan bangunan depan tu, enterframe je... Kat sini dalam 5.30 camtu matahari dah mula terbenam...yang nak snap foto tu jangan la ikut waktu semenanjung lak, nanti melepas...

5.26pm

5.29pm, pemandangan sebelah kanan dari bilik

6.11pm, dah nak maghrib



Dekat perkarangan lodge ni ada banyak tanaman bunga..tapi mungkin tak sebanyak macam kat Kiram's Village. 






Haaaa...jarang nak jumpa foto Gunung Kinabalu waktu malam dalam internet...jadi aku try la snap waktu malam, perhhhh, ohsem view! Kalau korang perasan ada lampu atas gunung tu...tu lampu dari lodge yang ada atas gunung tu, aku tak ingat nama lodge tu...lodge tu selalu jadi tempat menginap untuk pendaki gunung...


wuwuwuwuuuuuuuu~~~~

Jumpa lagi kumbang badak depan beranda pada keesokan pagi...korang digalakkan pakai sarung kaki kalau nak pijak lantai kayu awal pagi dan lewat malam, sebab serius sejuk! 


"good mornink!!"

Ni rupa beranda lodge... *abaikan baju tersidai tu...


Foto ni lepas pergi desa cattle farm dan hot spring..

Secara kesuluruhan, aku bagi 8 bintang darida 10... bilik ni tak la besar sangat, tapi bersih...bilik air ada sabun badan dan shampoo lengkap...almari ada hanger, dan turut disediakan water heater. Tv ada siaran, tapi sapa la nak tengok sangat kan? Pemandangan cantik, tapi sedikit terganggu dengan pokok dan bangunan-bangunan kat depan tu...

sarapan kat sini menu biasa ja macam nasi goreng dengan telur goreng, bersama teh panas *tapi sedap! Cuma masalah kat sini, bekalan elektrik dijana dengan generator, jadi masa kitorang datang hari tu berapa kali bekalan lektrik terputus...mungkin sebab terlebih guna, fullhouse la katakan...hehehe... tapi pekerja situ akan cuba on balik lektrik walaupun banyak kali lektrik terputus...selain tu, sini takder aircond, sebab tak perlu pun...suhu sini lagi sejuk kalah aircond rasanya...

*Untuk baca entri Travel Sabah yang lain boleh klik SINI

Tips: Cuba dapatkan bilik paling atas untuk pemandangan lebih jelas...beli la apa-apa uncang minuman, kopi ke, milo ke, susu pekat sekali untuk buat minuman sambil melepak kat beranda...

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

June 8, 2014

Kundasang War Memorial

Hari ke-2 di Sabah diteruskan dengan lawatan ke Kundasang War Memorial...suatu tempat untuk korang mengimbau memori berperang dengan pasangan hidup...Ok, tipu ja...

Tempat ni ditubuhkan pada tahun 1962 ( aku tak lahir lagi..who cares?). Bangunan ni ditubuhkan dengan niat untuk memperingati Banduan Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan Perang Dunia ke-2. Kebetulan kami lawat tempat ni pada hari ke-2 gak...apakah ini kebetulan??? huhuhuhu...

Tempat ni dibuka setiap hari dari pukul 8.30am - 5.30pm... Bayaran masuk adalah RM2 sahaja untuk warganegara...

bendera British, Astralia, dan Sabah di hadapan pintu masuk

Kumbang badak ni real OK..bukan patung plastik apa, tapi real punya...kumbang ni pasif ja, sentuh pun tak gerak banyak...


"jangan kacau aku tido la manusia!"


Sebelum masuk lihat tapak sejarah tu layan ais krim dulu...harga ais krim tak da la jauh beza sangat dengan semenanjung punya...lebih 20sen je kot kalau tak silap...


yummehhh~~~




jom start jejalan!


Kat dalam ni banyak sangat bunga-bunga yang jarang nak nampak di semenanjung...aku sendiri pun tak sangka ada banyak bunga sini sebab tak ramai blogger cerita pasal taman kat sini...













Masa aku search pasal tempat ni melalui blog orang lain, ramai yang cakap tempat ni cantik tapi macam tak terurus...oh yeah, dengan ini aku mengesahkan kenyataan tersebut...tempat ni sederhana besar ja...mungkin kekurangan tenaga kerja kot???







serius macam kat eropah !!!




Haaa...dah sampai kat lokasi utama dalam Memorial War ni... nampak memang kosong, tapi kalau sendiri yang datang memang terasa seronok dengan pemandangan sebelah kiri yang ohsem!!!






nyaman!!!

Nasib tak berapa baik...awan berkepul tutup Gunung Kinabalu lagi....


Pak cik tu enterframe arrhh!!!



Sapa yang tak suka lawat tempat bersejarah pun gerenti akan suka tempat ni sebab cantik!!! 


Pintu masuk...ni masa nak balik dahh...


jalan depan memorial... *aku jatuh sebelum snap foto ni..berdarah weyh...who cares weyh...

Kalau datang Kundasang, HARUS datang ke sini...


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

June 6, 2014

Kinabalu National Park

Selepas ber-shopping di Pekan Nabalu, kami menuju ke Kinabalu National Park, di mana menjadi lokasi permulaan kepada para pendaki Gunung Kinabalu... Harga masuk untuk 18 tahun ke atas adalah RM3, manakala 17 tahun ke bawah RM1... murah ja kan?

Udara kat sini dingin habess...rasa macam ada aircond ja kat luar ni...nak berpeluh tu memang susah la walaupun jalan jauh-jauh kat sini....best !!!

halaman depan park

Tour guide bagi pencerahan lokasi
Ada dua arah jalan yang boleh korang lalu...kami amik jalan sebelah kiri...Tempat ni sesuai la untuk korang yang suka dengan kehijauan hutan, sunyi dan dingin....




Kitorang cuma dibenarkan jalan-jalan tidak jauh sangat...sebab tak nak lari daripada itinerary asal...




Sebahagian daripada spesis flora yang dijumpa dalam park tersebut...









labah-labah halus...
Dalam park ni jugak ada beberapa resort yang mungkin korang nak book...park ni lengkap dengan tandas awam, kedai cenderamata, etc...

Tips: errrmmmm....takder kot, sebab jalan-jalan camtu ja...
Terima kasih kerana sudi baca, assalam

Jambatan Tamparuli dan Pekan Nabalu, Sabah!

Lepas abes lawatan ke Rumah Terbalik, kitorang ke Jambatan Tergantung Tamparuli... Sampai kat sini cuma jalan-jalan dan snap foto, selfie (aku tak) kat atas tu ja...

Kayu yang agak usang...
Ni pemandangan di sebelah kanan...lawa kan? Dalam sungai bawah jambatan ni banyak sangat ikan...sambil tengok bawah tu boleh tahan gayat gak la...


gunung ganang yang subur menghijau





Kat hujung jambatan tu pulak ada pasar...pasar apa aku tak sure sebab time ni aku kalut cari kawan-kawan dan guide...aku sesat tak pasal...

banyak jualan baju, dan makanan kering


Lepas puas merayau kat Jambatan Tamparuli, terus kitorang bertolak ke Pekan Nabalu...perjalanan dari Jambatan Tamparuli ke Pekan Nabalu dalam sejam ja... Aku ingat Pekan Nabalu tu untuk tengok aktiviti culture orang Sabah.... tapi dah sampai.....boleh nampak dah Gunung Kinabalu dari sini....




Udara kat sini pun dah nyaman dan suhu boleh sikira sejuk gak la... masa ni pukul 11.15am...kitorang banyak snap foto melompat lompat tapi takda pun yang berpeluh...boleh agak camna tahap sejuk dia??? kalau kat Melaka, duduk dalam rumah pun boleh berpeluh...

Banyak awan tebal, berkepul kepul lindung Gunung Kinabalu...ni pun dah edit bagi terang, kalau tak kelam ja gunung...



Kat pekan ni banyak anjing liar, tapi jangan risau, diorang tak ganas pun...diorang cuma nak minta makanan ja...



Menara ni...menara ke? Entah la, tapi dah ditutup sebab dah rosak teruk...rugi ja, kalau tak leh tengok pemandangan lebih jelas Gunung Kinabalu dari atas ni...


Camni la rupa Pekan Nabalu...tapi ni separuh ja...ada lagi pekan kat belakang tu...kiri kanan penuh dengan kedai souvenir...




Ni la rupa salah satu kedai souvenir... penuh dengan beraneka jenis souvenir..ada fridge magnet, keychain, baju, etc... aku cuma beli fridge magnet, keychain, topi, dan baju jer...


Selesai borong souvenir, kami makan dekat kedai makan depan kedai souvenir tu... lauk serius sedap sampai lupa nak snap foto... sambil makan tu boleh la main dengan kucing Sabah...banyak kucin oren....manja lak tu..miaawww~~~~




Tips: Better korang beli cenderamata dekat sini daripada beli di Pasar Filipina...sebab sini lebih murah kot??kot?? lagipun lebih banyak pilihan...
Terima kasih kerana sudi baca, assalam