Sejak kebelakangan ni banyak pulak cerita tentang kes produk krim pemutih kulit yang lebih merosakkan kulit si pengguna. Produk-produk yang disebut pula boleh tahan popular. Tak boleh tulis sini, nanti kena saman. Kalau nak tau jugak, tengok la komen-komen di facebook tentang kes ni dalam page-page sosial popular.
Sebab aku ni lelaki, jadi tak berapa guna sangat la produk krim putih Kulit. Cuma masa tengah belajar dekat universiti, muka naik banyak pulak jerawat dan berparut. Tambah dengan kulit kusam bekas sunburnt masa buat aktiviti luar.
Jadi kakak aku perkenalkan satu produk dari Pakistan khabarnya iaitu Royal White. Masa dulu kena beli online je, sekarang dah boleh jumpa produk ni dekat mana-mana kedai kosmetik. Cara pakai 2 kali sehari, pagi dan malam. Sebab aku ni laki, jadi memang pemalas nak pakai 2 kali. Aku pakai waktu malam ja. Tapi dalam 2 minggu dah boleh nampak kesannya.
Kesan dia bukan la kulit putih melepak. Cuma kulit nampak cerah dan tak kusam. Jadi jangan terlampau berharap kulit jadi putih giler kalau pakai produk ni. Tapi bagusnya bila kulit korang dah cerah dan tak kusam, tak perlu nak pakak bedak bagai.
Aku beli produk ni dua tahun lepas, masih ada banyak lagi. Sebab aku dah malas nak pakai. Guna pun kalau muka naik jerawat atau kusam sebab kena matahari ja.
Lepas berhenti guna,kulit muka ok ja. Tak ada naik jerawat, nanah atau benda benda lain. Harga Royal White ni kalau setakat krim, dalam RM120. Kalau satu set lengkap tak pasti. Aku guna krim ja.
Aku suggest korang beli ja Royal white. Lagipun bau wangi dan tak melekit.