Sebuah buku travel yang tajuknya tak ada perkataan "travel". Jadi korang tak akan tahu buku ni tentang travel kalau korang tak baca sikit isi kandungan dalam. Publisher PoJok yang pertama kali aku dengar. Sebenarnya makin bertambah publisher buku-buku indie. Tapi tak semua ada kandungan berkualiti. Lebih sekadar "trend" sejak ada penerbit buku Lejen dan Fixi yang popular.
Apa pun bagi aku, buku ni sangat baik. Mengisahkan sorang lelaki yang travel sebab nak lupakan kisah silam dia. Based on true story la kiranya. Pengalaman penulis sendiri. Goji tu nama sejenis buah ceri yang penulis petik semasa bekerja di ladang dekat sana. Bundy pulak tu nama panggilan penduduk di Bundarnberg (lokasi penulis lawat).
Cara penulisan yang agak santai dan tak terlampau berbunga bunga. Aku memang alergik dengan novel atau buku buku yang guna bahasa berbunga sangat ni. Geli. Mungkin sebab tak ada unsur unsur ni yang buatkan aku mampu baca habis tanpa rasa bosan. Lagi lagi penulis ada selitkan tips travel. Bagi aku sangat berguna untuk pembaca.
Penulis juga bijak menggambarkan suasana tempat dilawati dalam penulisan sampai aku sendiri boleh bayangkannya. Bukan senang nak bagi pembaca rasa macam berada dekat lokasi yang penulis ceritakan. Tapi penulis ni berjaya!
Penulis juga bijak menggambarkan suasana tempat dilawati dalam penulisan sampai aku sendiri boleh bayangkannya. Bukan senang nak bagi pembaca rasa macam berada dekat lokasi yang penulis ceritakan. Tapi penulis ni berjaya!
Selain itu, aku suka buku ni sebab tak ada cerita sejarah sejarah lokasi yang terlampau panjang lebar. Sejarah dan fakta tu boleh google jer, jadi pandangan aku memang tak perlu nak cerita sangat. Melainkan kalau penulis tu memang nak buat buku tentang sejarah tak per la. Tapi kalau nak buat buku pasal pengalaman, nasihat aku. JANGAN. Membosankan. Kalau nak jugak, sikit sikit cukup.
Keseluruhan, aku bagi 9/10. Boleh dapat markah pernuh kalau tak ada langsung bahagian jiwang jiwang.
Siapa yang suka mengembara, aku suggest korang baca buku ni.
Suka baca blog travel, buku dah lama tak baca😊
ReplyDeleteAda gak tanam pokok goji tapi belum lagi berbuah
ehh? pokok Goji boleh tumbuh dekat Malaysia ke?? :D
DeleteSuka baca blog travel, buku dah lama tak baca😊
ReplyDeleteAda gak tanam pokok goji tapi belum lagi berbuah
cantik cover buku ni
ReplyDeletelain drpd yg lain kan...
Delete