December 31, 2016

Pesta Pulau Pinang 2016

Selamat tahun baru! Agak lewat sikit posting ni sebab event 2016, tapi post tahun 2017.
Pesta Penang ni dah lama dah pun ada. Tiap tiap tahun. Tapi ni kali pertama saya pergi. Tu pun sebab kawan aku paksa pergi. Saya join saja memandang boleh cuba asah balik skil fotografi (dah beli nikon d7000) huhu.
Plan nak pergi pukul 3pm. Tapi bergerak pukul 4.30pm macam tu sebab kawan datang lewat dan saya kena ambil motosikal dekat kedai.
Sempat sampai dekat lokasi tepat-tepat pukul 5.30(waktu operasi). Mungkin bukan sebab last day, jadi tak susah cari parking kereta. Beli tiket pun tak perlu beratur...diulangi, tak perlu beratur...keluarkan duit dari dompet , pergi kaunter, terus dapat tiket. Pelanggan bukan sikit. Mungkin sebab ada 4 kaunter tiket, sebab tu cepat. Dua di kanan, dua di kiri. Harga tiket untuk dewasa adalah RM3 untuk seorang. 
 First time datang pesta ni, aku cuma agak kagum sikit dengan dekorasi dalam lokasi tu....kagum sikit ja, sikit....cuma agak crowded jadi susah nak snap foto dengan lens 50mm. Asyik orang lain masuk dalam frame. 

Pesta Penang ni aku ingatkan dia macam Pesta Sungai Air Melaka yang ada acara dan macam-macam pertandingan. Tapi pesta ni sebenarnya macam fun fair, konsert dan jualan makanan serta barangan jer.

Jualan makanan dekat sini ada banyak, tapi lebih kurang sama jenis jer. Saya beli coconut shake sebab dahaga. RM2. Rasa coconut shake tu biasa ja...urmm...nak kata sedap...tak sedap pun...nak kata tak sedap, tekak masih boleh terima.

Kawan-kawan plan nak main game dejat fun fair yang buat kepala rasa pening-pening loya tekak tu haa...dan diorang target main game "Challenger" . Benda tu berputar macam nak gila. Satu token dijual dengan harga RM2. Game Challenger kena guna 8 token, jadi bermaksud kena belanja RM16. Saya jarang main game macam ni, jadi tak tahu sama ada harga mahal atau standard. Tapi pendapat saya, mahal woiii...

Game Challenger bermula agak lewat. Tak pasti sama ada disebabkan waktu operasi game tu memang bermula lewat atau petugas tunggu orang ramai nak main baru diorang akan start. Saya tak jadi nak main game Challenger ni lepas nampak singboard amaran kepada orang awam yang ada masalah kesihatan dilarang bermain. Buat pengetahuan korang, saya ada penyakit GERD(gastroaesophagus reflux acid). Tak tau eja betul ke tidak. Saya risau asid perut buat hal pulak lepas main game tu. Dah la saya memang selalu pening-pening sebab GERD ni. Jadi saya cancel main game tu sebab tak mahu ambil risiko, dah la esoknya tu kerja.

Lepas pukul 7.30pm baru kawan saya naik game Challenger. Dalam 2-3 minit macam tu kot jangka waktu game Challenger. Kalau game kereta yang rempuh langgar tu 4 token (RM8). Ingatkan nak main game tu, tapi sorang sorang segan la pulak.

Jadi saya cari ja game apa yang ada. Niat nak habiskan token saja dan cepat-cepat balik. Saya pilih ja game pecahkan 6 belon. Kalau pecah 6, dapat patung besar. Kalau dapat pecahkan 4 daripada 6, dapat patung kecik.

Saya tak harap pun nak menang. Tapi......menang la pulakkkk.... Hahahaha....ada 3 dan 4 jenis patung besar. Saya tak nak ambik Hello Kitty sebab gugurl sangat. Jadi saya pilih Stich, watak kartun Disney Lilo & Stich. Saya dapat patung besar gebu dengan harga RM8 jer (4 token)....

Kemudian saya pergi main satu lagi game pecahkan belon jugak. Tapi ni susah sikit sebab belon diletakkan dalam kayu berbentuk rak. Jadi panah kecik tu selalu terkena kayu. Dah habis 3 token. Satu token terakhir saya tak dapat habiskan sebab tak ada game yang guna 1 token saja.

Duit kena simpan untuk masa depan. Jadi kitorang pun mula langkah nak balik. Tak boleh belanja lebih dah dekat sana. Permandangan lokasi waktu malam cantik dengan lampu lampu LED pelbagai warna dan bentuk. 

Adakah aku akan pergi kali kedua? Kalau ada kawan paksa tahap gila baru pergi. Bagi aku, Pesta Penang ni event biasa yang meriah. Tu je. :)


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

December 4, 2016

Book review: Kompilasi Travelog 7 Benua

Aku bukan seorang yang minat sangat membaca buku, kecuali majalah fotografi. Cuma timbul rasa nak mula baca buku selepas membaca sebahagian buku travelog indie yang aku jumpa atas meja kawan sepejabat. Tajuk buku tu aku tak ingat, tapi gaya penulisan dia memang buat tertarik nak teruskan membaca. Nanti aku cari dekat MPH bookstore dan buat ulasan kalau jumpa.

Aku cari buku tu dekat Popular tapi tak jumpa. Sebenarnya dah agak mungkin tak ada sebab MPH je yang jual buku dan novel indie. Sedang cari tu aku terjumpa la buku travelog 7 benua ni. Buku ni mengandungi sebahagian pengalaman travel 7 orang di negara-negara yang berlainan. Jadi gaya penulisan pun berbeza la untuk setiap kisah.


Pendapat aku, buku ni tak mencapai sangat expectation aku. Tak bermakna buku ni teruk. Mungkin cuma cara penulis-penulis karang pengalaman tak kena dengan taste aku?

Terutama bila ada penulis yang cerita tentang sejarah kawasan dilawati. Tak salah pun nak tulis, bagus kerana lebih infomatif. Tapi kalau dah penuh satu muka surat, memang aku naik bosan. Pembaca yang gemarkan sejarah mungkin akan suka.

Aku lebih suka kalau mereka ceritakan keadaan atau persekitaran tempat mereka lawati daripada sejarah. 

Foto-foto dalam buku ni sangat menarik. Menarik sebab tiada foto selfie tapi penuh dengan foto landscape di negara dilawati. Terutama foto pemandangan alam semula jadi. Self portrait takper, selfie tu yang annoying haha.

Overall saya bagi buku ni markah 6.5/10. Tak bosan sangat, tak seronok sangat. 

Kepada yang suka travel dan nak isi masa lapang masa lapang, boleh la beli dan buku ni.


Terima kasih kerana sudi baca, assalam