January 11, 2018

Melancong ke Perth. Day 4.

Post sebelum:


DAY 4 ( 15 NOVEMBER 2017 )

MURRAY STREET – CHEMICAL HOUSE – CORRICA PASTRY – FREMANTLE PRISON -WATERBRAND OUTLET -ELIZABERTH QUAY – BELL TOWER





Assalam…berjumpa lagi untuk post melancong ke Perth. Hari terakhir kami bermula dengan aktiviti mencari sarapan. Walaupun ada saki baki makanan dari Charcoal Chicken yang dibeli semalam, tapi masih tak cukup mengenyangkan. Jadi kami bercadang untuk sarapan di Insan Café yang dijamin halal. Insan Café terletak berdekatan dengan Murray Street. Masa kami tiba, Insan café baru sahaja nak buka. Jadi kami cuba jalan-jalan dulu di sana. Parking cuma dihadkan 30 minit sahaja dekat situ. Entah apasal tetiba ada peraturan maksimum 30 minit saja.

sarapan


murray street
Aku teman Syam pergi cari topup Optus untuk kredit dia. Entah tak tau macam mana kredit Syam boleh habis cepat. Sedangkan yang kami bertiga satu hari pun tak boleh habis data dan kredit. Ujet dengan Sazlee masa ni tak pasti merayau dekat mana. Di Perth, mesin ATM ni dekat luar, bukan dalam kawasan tertutup. Boleh jumpa dekat sebahagian bangunan sepanjang Murray Street ni. Tak takut kena rompak ke apa.

Kemudian kami berempat bertemu kembali dan masuk ke dalam Chemical House. Sini ramai orang kata boleh jumpa banyak perfume yang murah-murah. Aku ni bukan peminat minyak wangi, jadi aku cuma masuk dan cuci mata saja. Memang ada banyak perfume yang murah, tapi kami tak beli apa pun. Mungkin tempat ni lebih sesuai untuk pelancong wanita.

perfume di chemical house
Habis cuci mata, kami kembali ke Insan Café. Nampak macam masih tak siap buka. Jadi kami tak jadi makan situ dan terus ke Corrica Pastry untuk makan Apple Strudel. Corrica Pastry ni berhadapan dengan Malaysian Hall. Kami mulanya dah parking berdekatan dengan Malaysian Hall. Tengok dalam GoogleMaps pun tunjuk Corrica Pastry dekat situ. Tapi kami tak nampak pula kedai dia. Jadi kami keluar dan cuba cari dengan jalan kaki. Ternampak satu van yang tertulis “Corrica Pastry”. jadi kami yakin depan tu kedai dia.

Add caption



macam-macam kek dalam corrica pastry




Harga Apple Strudel tu $24. Beli satu saja sebab untuk sarapan. Walaupun dah ramai orang Malaysia makan apple strudel dan katakana halal, tapi saja aku tanya lagi sekali sama ada terkandung alkohol atau tak. Dia kata tak ada, terus kami sambar satu. Besar jugak sekotak apple strudel ni. Kami bahagi 4 pun boleh kata nak kenyang. Rasa apple strudel ni sangat lembut, berkrim dan manis. Sedap! Korang harus beli apple strudel kalau datang ke Perth!



besar kot apple strudel

sangat lembut dah rapuh




Perut dan berisi, baru ada tenaga dan mood nak teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya adalah Fremantle Prison. Tapi sebelum pergi sana, kami pergi cuci kereta dulu. Kotor sangat dah kereta dalam dan luar. Kami pergi ke Kwik n’ Kleen untuk cuci kereta. Kalau suruh staff cuci, mahal giler kot. Boleh lari bajet. Jadi kami pergi cuci “self service”. Habis juga la hampir $7 macam tu. $2 bersamaan dengan lebih kurang 1 minit 45 saat kot. Jadi kami kena kejar masa sebab dia ada banyak step macam pre-soak, rinse, foaming dan etc. Mana sempat nak buat semua tu dalam 1 minit lebih. Sebab tu kena topup selalu duit dalam mesin. Aku jadi tukang letak duit dan penukar token. Ujet la yang jadi tukang cuci kereta.




cara-cara nak basuh



Habis cuci, kami singgah ke Coles Mart. Beli barang untuk makan malam. Aku sempat beli air Chills perisa coklat. Rasanya sedap juga, tapi aku lebih suka Dare. Tiba di Fremantle Prison lebih kurang pukul 2pm, kami cuma bayar parking 15 minit sebab tak bercadang nak masuk dalam. Mahal juga kot kalau nak masuk dalam. Jadi kami cuma bergambar di luar dan terus ke Waterbrand Outlet pada pukul 3pm. Sini tempat untuk bershopping sakan. Katanya sini banyak barang-brang branded yang dijual harga murah. Tapi mungkin harga murah tu ikut musim kot sebab masa kami datang tu tengok harga barang tak murah pun. Ke kami kena tipu? Huhuhu….



fremantle prison



Jadi cuma pusing-pusing dalam kawasan tu dan akhirnya tak beli apa pun. Tak ada apa yang murah. Semua harga normal. Cehhh…. Kecewa sebab tak ada apa yang mampu kami beli, jadi kami bercadang nak lunch. Lunch lewat giler kot. Mulanya kami nak makan dekt Ispa Kebab dekat Waterbrand Outlet. Ispa Kebab sini lebih besar dan ada lebih banyak pilihan makanan. Tapi Ujet kempunan lagi dengan Charcoal Chicken. Kami tercegat depan Ispa Kebab tu hampir 10 minit juga la nak buat keputusan. Nak pusing pergi Charcoal Chicken tu ambil masa juga. Staff Ispa Kebab pula dah mula panggil-panggil kami untuk beli makanan situ. Tapi sebab Ujet nampak macam teringinnnnnn sangat nak Charcoal Chicken, jadi kami pergi juga sana.



waterbrand outlet






Boleh kata kami dah pergi makan Charcoal Chicken 3 hari berturut-turut. Rasanya kami kot pelancong dari Malaysia yang makan sana 3 hari berterusan? Pecah rekod! Walaupun lamb ribs memang sedap, tapi aku dah rasa muak. Jadi aku dengan Syam order menu ayam. Rasa ayam panggang dia pun sedap meletup! Nyumm nyumm….

charcoal chicken round 3



Habis makan balik dulu ke apartment. Rehat sekejap dan kemas diri. Lebih kurang 9.20pm kami keluar ke Bell Tower dan Elizaberth Quay. Kami berjalan kaki saja sebab dekat dengan apartment. 10 hingga 15 minit sampai ke lokasi. Sebenarnya hari kedua dan ketiga aku dah datang sini sorang-sorang waktu petang. Sini lebih cantik dengan menarik kalau datang masa senja. Pemandangan waktu senja dekat sini sangat cantik!



bell tower pada waktu senja

ni kawasan rumah orang kaya rasanya...


elizaberth quay waktu senja






ni pada waktu malam...lampu warna warni







Dekat Elizaberth Quay ada free wifi. Sebelum boleh gunakan wifi, kena jawab dahulu soal selidik berkaitan Elizaberth Quay. Lepas tu baru boleh dapat akses internet. Boleh tahan laju internet! Sini ada satu jambatan, waktu senja boleh nampak pemandangan laut luas. Tapi bila malam gelap gelita namun, ada lampu warna warni yang menghiasi sepanjang jambatan tersebut.

Kami berjalan melalui jambatan tu sampai la ke Bell Tower. Tak ada apa sangat dekat sini. Bell Tower ni dengarnya boleh masuk. Tapi dah malam, dah tutup pun. Jadi kami ambil sikit gambar dan pulang ke apartment. Suasana sangat sepi waktu malam. Tapi ada nampak juga beberapa orang penduduk situ rasanya berkumpul dan berborak tengah gelap dekat kawasan taman situ.


Balik apartment, kami makan malam. Kami kena pulangkan kereta sewa pukul 3am, jadi dalam pukul 2am kami dah mula checkout. Kami tak banyak bersembang dalam kereta sebab masih penat dan semestinya la sedih nak kena tinggalkan bumi Perth.

Kami tiba di pejabat Aries di Kewdale pada pukul 2.50am. Selang 10 minit staff Aries datang dan sekejap saja dia periksa kereta sewa kami. Dia hantar kami ke Perth International Airport. Semasa dalam perjalanan ke Airport, staff tersebut cakap South Perth cantik berbanding West Perth. Kemudian dia tanya sama ada kami akan datang lagi ke Perth. Kawan-kawan teragak-agak nak jawab bila teringat kena soal siasat dengan imigresen. Memang spoil mood betul.


pulangkan kereta sewa

pukul 5am macam tu...dah cerah


bye-bye perth


Flight kami pukul 6am rasanya. Aku dah tak berapa ingat. Ok. Selanjutnya dah tak ada apa-apa yang menarik nak diceritakan dah. Jadi terima kasih kepada semua yang baca kisah travel saya ni. 😊

**bawah ni foto apartment kami...sempat snap masa nak balik.









Terima kasih kerana sudi baca, assalam

3 comments:

  1. bestnyaa... satu pengalaman yg menarik.. bilalah busyra dpt jejak kesana. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! takpa, ada rezeki boleh pergi.... :)

      Delete
  2. klu u check out pukul 2am.. die kira rate aprtment ni mcm mana ek?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~