Hari ni terbaca satu status yang menimbulkan kekecohan pasal videografer dekat FB....
ceritanya ada pelanggan ni tak puah hati sebab hasil video dia tak seperti diharapkan....
Menurut dia, dia beli groupon yang ditawarkan oleh studio berkenaan...
bayaran sebenar adalah RM2400, tapi pelanggan tersebut kena bayar RM240 jer sebab groupon tu berdiskaun 90%.....yeah very cheap for wedding videographer right??? Doesn't there is something suspicious???
OK, pastu si pelanggan ni cakap hasil video perkahwinan dia sangat ler mengecewakan....
Dia ingatkan boleh dapatkan hasil yang macam RM2400 dengan RM240, seperti yang diberitahu, tu diskaun, maknanya dia anggap harga murah dan kualiti sama bagus.....but meleset jangkaan dia....
Dia ada kata gak, macam kalau jualan murah kat mana-mana pasar, kalau harga barang asal RM1000, pastu ada diskaun 50%, dia hanya perlu bayar RM500 tapi kualiti tetap sama....Yeahh..pasal ni memang betul, tapi jangan la samakan dengan videografer OK???
Kena takleh samakan????
First pikir la sikit, barang-barang yang ada diskaun tu barang baru atau lama??? Walaupun barang tu maybe berkualiti tapi maybe dah lama tak terjual sebab mahal....
..dan kadang-kadang tu barang tersebut murah tapi dijual mahal tapi dijual mahal sikit daripada harga sepatutnya,bila ada diskaun baru diorang turunkan harga pada yang sepatutnya/asal...Buktinya korang kadang boleh terjumpa baju yang sama jenama berlainan harga dekat pasar lain and pasar yang lain...betul tak???
Kalau barang makanan pula maybe sebab dah nak dekat expired...(aku biasa jadi sale assistant, jadi tau juga sikit-sikti bab ni...lalalala)
Videografer pulak bukannya barang yang diperam berkurun lama dan ada expired....so jangan samakan dengan diskaun beli barang laaa...
lagi sendiri boleh fikir kan walaupun mana-mana pasaraya yang buat diskaun pasti ada untungnya kan???
Rasa-rasanya kalau RM240 untuk buat video perkahwinan boleh dapat untung ker??? Kalau orang yang tau apa benda yang diperlukan untuk buat video perkahwinan(walaupun sikit...) mesti korang tau tak cukup untuk mengaut keuntungan pun!!!
Cuba pikir, diorang ni(videographer) kena tanggung duit minyak,tol(kalu perlu),insuran,elektrik,masa,kerosakan alat yang mungkin dihadapi,shutter count,upah,kos kulit album,CD,etc......
Ada lagi rasanya benda yang aku tak tulis sebab aku tak tau....
jadi jangan terkejut la kalau kualiti video sangat mendukacitakan....
Diorang hanya akan tanggung kerugian kalau bagi kualiti yang sama macam pakej Rm2400 tu....
Pesanan aku:
1)Saper yang nak upah videografer tu selidik la dulu dan jangan terpedaya dengan helah camni....kalau nak buat video wedding JANGAN TENGOK DISKAUN TAPI TENGOK HASIL KUALITI DAN RESPON ORANG RAMAI TENTANG HASIL STUDIO TERSEBUT!
2)Kepada studio-studio videografer, jangan la buat diskaun kalau sekadar nak menipu/kaut untung cikai-cikai dan jika tak dapat hasilkan video seperti yang ditawarkan..korang bernasib baik orang Malaysia baik hati tak saman korang, lalalala....
kesian kpada yg tertipu.huhu
ReplyDeleteアヌムちゃん > yup...tp xleh salahkan studio tu 100%, huhuhu
ReplyDelete