Beberapa hari lepas Facebook dah beli applikasi Whatsapp yang fofular gitu haaaa...aku pun perasan kawan-kawan aku banyak guna whatsapp berbanding chat dekat Facebook. Jadi mesti ramai tertanya apasal Facebook beli Whatsapp?? Ini kerana....
Foto dari Google |
1. Whatsapp mempunyai lebih banyak pengguna seluruh dunia (419 juta ) berbanding Facebook (145 juta)....Fakta ni agak "wow" ...tak sangka applikasi ringkas ni lagi banyak pengguna walaupun usianya lebih muda daripada Facebook...
2. Whatsapp menyimpan pelbagai data seperti nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak
lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp. Hurmmm, apasal si Mark ni nak sangat semua data tu ekkk???
3. Facebook nak kalahkan Google. Maybe Google merupakan pencarian paling top ...tapi kalau
Google+ tu memang jangan harap nak lawan Facebook, hahaha...Sebelum ni Google nak beli
Whatsapp dengan USD10 bilion, tapi tawaran tu ditolak....sebelum Google buat tawaran baru, baik
Facebook sambar cepat-cepat kan?
4. Mark Zuckerberg ni gedik gak nak industri mudah alih tapi aplikasi yang Facebook Messenger agak
lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Nak senang, beli saja aplikasi sedia ada yang dah popular.
5. Lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari berbanding Facebook
hanya 350 juta foto. Ni aku pelik...aku rasa Facebook lagi banyak foto...memang dalam Whatsapp
ada gak kawan-kawan share foto tapi tak la banyak...saper punya keja hantar foto banyak-banyak? Foto apa pulak tu??? hurmmm...
7. Bilangan SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan. yeapp, sebab
applikasi camni free jer...wifi pun kadang-kadang senang dapat, so why bother to use sms?? why bother why bother, haaaa....
8. Kos operasi lebih murah?Whatsapp sekarang cuma ada 55 pekerja dan jika kosnya hanya
USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta
setahun. Kos keuntungan pulak dijangka RM1 bilion setahun, jadi Facebook boleh kaut untung
berlipat-lipat gandawalaupun ratusan staf ditambah. Ini memang....kaya la si Mark ni...huh!!!!
Lepas ni tunggu jer la update Whatsapp...dan harap lepas ni free, tak payah bayar! hehehe~~~
Info/berita asal oleh Yahoo.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen~~~