February 12, 2017

Penang Bird Park

Lokasi Penang Bird Park ni tengah-tengah bandar. Cuma agak tersembunyi. Mungkin sebab mahu elakkan kawasan sesak dan banyak pencemaran bunyi.

Taman burung ni berhadapan dengan gelanggan futsal Safira. Nak lebih mudah, guna saja Waze. Cas masuk untuk orang dewasa RM23. Kalau bawak kamera, tambah RM1. Jadi total cas masuk RM24 . Dekat papan tanda harga tunjuk cas kamera RM5, tapi sebenarnya RM1 je. Tak pasti kenapa diorang tak ubah tanda harga tu. Tak kisah la, lagi murah cas lagi bagus.
Aku pergi hari tu dekat pukul 4 petang tak silap. Lepas saja bayar duit masuk, petugas kaunter cadangkan pergi layan persembahan burung dulu. Masuk-masuk je dalam kawasan tu ada petugas situ offer ambil foto dahulu. Free je. Tapi kena bayar kalau korang nak print foto tu nanti.

Aku pun berdiri je la. Dah dia snap, terus aku duduk dekat kerusi yang dah disusun depan pentas untuk persembahan burung tu. Nampak macam persembahan dah separuh jalan. Pengacara tu Chinese auntie, dia tak cuti Raya Cina kot. Ye, aku pergi masa cuti hari raya cina. 

Boleh tahan ramai jugak orang. Kebanyakan datang dengan keluarga. Aku je datang sorang. Motif sebab nak snap foto dan bosan duduk rumah. Ramai orang situ tak tepuk tangan masa burung kakak tua tu buat persembahan. Sehinggalah petugas situ bawak keluar burung-burung yang rare baru penonton nampak teruja. Lagi lagi bila diorang arahkan burung helang terbang lintas tengah tengah penonton.

Tamat persembahan tu aku terus "serang" burung-burung lain. Setengah burung dikurung dalam bilik kaca, ada yang dalam pagar, dan ada yang dibiarkan bebas. Setengah burung dekat sini sangat jinak, nampak saja ada orang, diorang akan datang dekat. Comel.
Susah jugak nak snap foto diorang ni sebab suka lari sana sini..gerak kepala kiri kanan alahai. Mungkin RM23 untuk satu kepala orang dewasa korang rasa mahal, tapi korang akan.berubah fikiran bila masuk sini. Bagi aku harga RM23 tu berpatutan sebab tempat ni tersangat sangatlah luas. Sesuai jugak untuk orang yang malas bersenam macam aku. Boleh anggap sebagai senaman ringan bila pusing pusing dalam ni.
Cantik bunga ni
 
 

Selain tu RM23 ni aku rasa berbaloi sebab korang boleh lihat macam macam spesis burung. Spesis burung dari luar negara semua ada sini. Flamingo, itik yang warna warni tu semua ada lah.

Ada jugak setengah burung burung yang diletakkan dalam kandang luas dan korang bokeh masuk dalam. Maknanya korang boleh duduk betul depan depan burung atau itik tu. Nak sentuh pun boleh. Itu pun kalau dapat la. Jinak jinak burung ni, bila terlampau dekat diorang lari jugak.

 
Dia ni boleh cakap "hello" dan "hai" ....haha
dia ni suka datang dekat dengan orang :)

Dekat tengah taman tu ada la jugak orang jual air. Macam tau ja aku dahaga, penat berjalan.
Selain daripada burung, sini juga ada kura kura, ular sawa, arnab dan buaya. Tapi aku tak berminat sangat sebab dah tengok 3 ekor haiwan ni dekat Melaka dulu. Siap masuk kandang buaya kot!
 
ular sawa dan buaya
arnab sini diletak dekat satu "pulau" kecil
Jenis burung hantu yang ada sini

Ikan koi pun ada. Korang boleh bagi ikan ni makan. Masukkan duit 50sen dalam mesin dekat situ. Nanti keluar satu bekas macam telur, dalam tu berisi makanan ikan. Aku tak bagi pun ikan tu makan. Nak makan pergi cari kerja lah. Nak tunggu orang suap ja! Melawak ja, aku tak mau kamera aku berbau makanan ikan nanti. Tapi bila aku berdiri situ je pun ikan ikan tu dah berkumpul penuh kat tepi nak tunggu makanan.
semasa dalam salah satu "sangkar" gergasi
 

 
Dua sangkar gergasi yang aku masuk sebelum keluar dari taman tu ada burung merpati yang warna agak unik. Sangkar terakhir adalah sangkar burung kakak tua. Sangat jinak. Tak lari dan tak patuk orang hehe. 

Masa aku lawat sangkar kakak tua tu , jam dah nak dekat pukul 7pm. Jadi sebab dah tak ada sangkar apa dah, aku pun menuju keluar. Masa nak keluar, time ni la petugas yang ambil gambar aku semasa masuk dalam tu panggil panggil print foto. Korang memang akan lintas depan diorang jugak time nak balik. Kalau nak pergi la print. Kalau tak nak, senyum dan berlalu pergi je. 

Laluan keluar situ korang kena lintas kawasan cenderahati. Aku tak beli apa pun. Jimat selagi boleh, kah!
Jadi pendapat aku, Penang Bird Park ni best. RM23 berbaloi bagi aku. :)

"Penang Bird Park"
Monday-Sunday
9am-7pm
waktu terakhir masuk 6.30pm

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

4 comments:

  1. Excited tgk gambar2 yang kamu snap nih..lawa lawa semuanya.

    ReplyDelete
  2. Thanks...biasa2 ja...burung2 ni yg cantik hehe

    ReplyDelete
  3. best ni kalau bawak anak2 akak.. kompom depa suka.. salam kenal dari mamajue.com

    akak follower 398

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best....luas...mcm2 spesis ada....

      thanks follow...dah follow back :D

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen~~~