December 7, 2017

Pre Travel to Perth






**PERSEDIAAN**

Assalam. Alhamdullillah. Nampaknya tercapai juga niat untuk travel ke luar negara. Tahun lepas aku tak dapat nak follow kawan travel ke Korea. Mungkin lain kali kot aku pergi sana. Aku pun yakin tak yakin ja nak pergi Korea tahun lepas sebab Ptptn tak bayar satu sen pun. Tak sembuh lagi pun. Tapi lantak la, kali ni aku nak join jugak pergi Perth. Bukan senang nak travel dengan kawan sekolah. Ramai dah kawin, jadi kami empat yang masih single ni boleh la pergi tavel sekali.

Mula-mula kami plan nak pergi Perth April 2018. Tapi entah macam mana kawan aku sorang ni nampak promosi Air Asia tiket return flight dalam RM600 macam tu ja. Murah giler kan? Jadi kawan aku yang lain-lain pun excited dan terus beli. Travel kami dah jadi awal sebab flight tu 12 November 2017. Tiket tu beli bulan April 2017. Bayangkan macam mana nak kena tahan sabar excited pergi Perth dari April sampai November. Seksa tau. Sampai nak dekat-dekat tarikh flight tu dah takda hati nak kerja, hahaha. Hati dah awal-awal lagi travel ke Perth, badan saja masih dekat sini.
Sepanjang masa dari book tiket sehingga tarikh travel, ada saja macam-macam ujian yang kami hadapi. Nanti aku cerita.

  1. TIKET
Pertama sekali harus la book tiket. Kalau tak ada tiket, apa pun tak jadi. Masalah pertama bermula dari tiket ni la. Sebenarnya kami book flight PEN-KUL-PEN 10 November dan KUL-PER-KUL 11 November 2017. Tiba-tiba pada 17 September kawan aku dapat email dari Air Asia bagitau tiket flight 11 Nov KUL-PER-KUL dibatalkan. Jadi Air Asia bagi pilihan ubah tarikh ke 12 November atau dapatkan sejumlah points yang boleh guna untuk redeem flight tiket. Kami terus serbu kaunter Air Asia dekat Penang Airport, Bayan Lepas.

Sampai saja dekat kaunter, kami cuba mintak kalau boleh dapatkan tarikh 11 November sebab kami dah book penginapan dan sewa kereta pada 11 November jugak. Tapi staff Air Asia kata tak boleh dan bagi pilihan yang sama macama dalam email. Jadi kami semua wat keputusan untuk setuju amik flight 12 November dan ubah jugak tarikh flight PEN-KUL.

Esoknya dah dapat email confirmation tiket flight dah berjaya ubah tarikh. Kemudian baru kami cuba urus hal penginapan dan sewa kereta. Hikmah dari pengubahsuaian tarikh flight tu, kami dapat tambahkan masa kami dekat Perth. Ikut jadual asal, kami akan sampai Perth 11 November lewat petang lebih kurang pukul 3pm. Tapi bila dah ubah tarikh ni, kami sampai awal pagi pada 12 November, jadi ada masa lebih la. Yeah!

Lepas tu, masa nak check in online, aku tersilap masuk passport number pulak! Ni sebab kawan suruh check in cepat-cepat. Kami ada dekat KFC lepas shopping makanan untuk bawak pergi Perth. Jadi memang aku cuma ada foto passport dalam henpon yang agak blur. Digit terakhir tu blur, tak pasti 6 ke 5. Kawan yakin cakap nombor 6. Aku letak jer la 6. Balik-balik rumah aku check balik sebab rasa tak sedap hati. Nah…..nombor 5 rupanya……dah nak kena adjust dekat kaunter KLIA pulak. Errrmm….

  1. PASSPORT


Tiket dah selesai. Sekarang selesaikan hal passport. Cas RM200 untuk 5 tahun. Sekejap ja nak buat passport. Aku baca dalam blog, diorang kata kena isi borang bagai. Tapi aku pergi hari tu diorang cuma amik ic dan salinan ic. Buat bayaran RM200 , tunggu dalam sejam untuk diorang proses passport, dan siap!

  1. VISA / ETA
Kalau nak pergi Perth kena ada Visa melancong. Cuma Rm20 sahaja aku buat melalui ejen. Bagi detail passort, buat bayaran dan tunggu proses dalam sehari dua, dan siap!

  1. PENGINAPAN
Mula-mula kami tempah penginapan dekat 178 Backpackers dekat CBD. Selang beberapa hari kawan aku (Ujet) dapat email dari lodge tu kata kad dia invalid. Lepas update, lodge tu reply kata kad dah ok. Masa tiket kami diubah tarikh, kami ada update dengan staff sana. Saya tolong whatsapp staff lodge, dan diorang kata akan tolong ubah. Tapi tak ada apa-apa email confirmation yang kami dapat. Kami dah rasa tak sedap hati. Jadi kawan aku ni plan nak book tempat lain. Jadi plan book Scarborough Apartment yang berdekatan dengan pantai. Lepas beberapa hari book, kawan aku yang sorang ni (Syam) tunjuk komen orang yang stay dekat Scarborough Apartment tu yang kereta diorang kena pecah walaupun parking dalam apartment. Kes pecah kereta tu baru saja jadi. Jadi cancel booking apartment tu dan akhirnya kami book Comfort Inn & Suites Goodearth Perth dan gunakan kad debit Maybank aku, sebab kad kawan aku masih lagi dapat email invalid walaupun dah aktifkan transaksi luar negara. Agak mahal pilihan ketiga kami ni, tapi sesuai la dengan keselesaan tempat tinggal tu. Bagusnya Comfort Inn & Goodearth ni terima bayaran cash dekat sana.

  1. KENDERAAN
Kesilapan kami adalah sewa kereta 4 hari terus, termasuk untuk jalan-jalan dekat CBD Perth sedangkan boleh saja guna public transport dekat situ. Tapi memandangkan kami pergi 4 orang, jadi bila dah bahagi 4 untuk sewa kereta tu, tidaklah mahal sangat. Kami sewa kereta dengan Aries Car Rental. Duit kereta sewa tu Aries Car Rental dah tarik siap-siap secara online. Bond Aries agak mahal, iaitu $400. Aries ni ada talian whatsapp, jadi dari tarikh kami book kereta sampai la tarikh pick up, aku selalu whatsapp Aries kalau ada apa-apa masalah atau benda yang aku tak paham dan Aries akan reply ja semua pertanyaan aku. Sangat mesra pelanggan. Pasal perubahan tarikh sebab AA ubah tarikh flight pun , senang saja nak adjust dengan Aries. Whatsapp saja dan semuanya settle.



  1. DUIT


    Matawang Australia
Aku tukar duit RM1409 dan dapat la $420. Masa tu kadar pertukaran mata wang $1 sama dengan RM3.30 camtu. Jangan lupa pulak aktifkan traksaksi luar negara, untuk persediaan sahaja kalau tak cukup duit nak belanja sana.

  1. PTPTN
Haaaa….hutang PTPTN kena bayar. Kalau tak, nanti tak pasal sangkut dekat imigresen. Sebab nak travel ni jugak la aku mula bayar PTPTN. Dari tunggakan yang hampir RM4k+++ sampai tinggal RM1K+++ sahaja. Kata orang, kalau kena sekat, nak buat passport pun tak lepas. Aku lepas saja buat passport walaupun masa tu aku masih ada tunggakan RM2k+++ . Jadi mungkin aku lepas kot imigresen nanti? Tawakal saja la.

  1. UBAT-UBATAN
Aku bawak ubat seperti Panadol, Gaviscon dan lain-lain. Sebagai langkah hati-hati. Mana nak tau, kalau tiba-tiba jatuh sakit dekat sana, nak cari farmasi nanti susah dan mahal pulak harga ubat. Semua ubat yang kita bawak kena claim, kalau tak nanti kena rampas.

  1. MAKANAN
Kami juga bawa sedikit makanan dari Malaysia ke Perth. Kami beli produk bungkusan jenama Brahim’s yang selalu jadi pilihan orang ramai ketika ingin melancong ke luar negara. Selain itu kami jugak ada bawa maggi, biskut, sos cili, dan spaghetti.

Dah siap semua persediaan, jadi sekarang tunggu saja untuk berlepas……




Beg kamera



Powerbank penting bila nak travel jauh-jauh


…..bersambung dalam entry seterusnya.



Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~