January 5, 2018

Melancong ke perth. Day 3.

Post sebelum:



DAY 3 ( 14 NOVEMBER 2017 )

PINNACLES – HANGOVER BAY – LANCELIN DUNE



Destinasi kami pada hari ketiga adalah The Pinnacles. Perjalanan sangat jauh dan memakan masa 2 jam dari bandar Perth. Awal pukul 5.45am kami sudah bangun sarapan. Langit pun dah cerah masa ni. Kami cuma bersarapan nasi goreng bersama kuah ayam Brahim’s dan telur goreng.

pukul 5am tapi dah cerah giler...

sarapan untuk hari ke 3

Kami bergerak keluar pukul 7am. Pemandu kami hari ni ialah Ujet. Perjalanan jauh dan kiri kanan hanya mempunya ladang serta tanah kosong. Ladang di sini sangat cantik. Staff Aries ada nasihat kami supaya keluar dan pulang awal sekiranya ingin ke sini kerana bila lewat petang kanggaru dan haiwan liar suka melintas. Memang boleh nampak beberapa bangkai kanggaru ditepi jalan.

Setelah hampir 1 jam setengah perjalanan. Kami berhenti seketika untuk ke tandas. Terdapat satu tandas awam di tepi jalan. Boleh tahan kotor juga tandas awam ni, tapi tak ada bau busuk langsung. AKu dan Ujet saja yang pergi ke tandas, Sazlee dan Syam tunggu di kereta. Masa kami nak mula bergerak kembali, ada satu trak besar ni lalu di sebelah jalan pemandu dia jerit kuat-kuat dekat kami dengan gembira. Mungkin dia tahu kami pelancong dan pakai baju bertuliskan “Australia” . Yer, hari tu kami bersetuju pakai baju sama jenis yang dibeli di Megabes, hahahah.


tandas awam


Kawasan ni juga banyak dengan serangga yang kami tak pasti spesis apa. Habis kereta kotor penuh dengan cecair badan serangga tersebut. Melekit dan susah betul nak cuci bila terlanggar haiwan tu. Beberapa minit sebelum tiba ke Pinnacles, kami berada di kawasan yang agak tinggi, jadi masa ni kami boleh nampak laut yang terbentang luas. Sangat cantik! Ujet ni bagus, bila nampak aku nak tangkap gambar, dia perlahankan sedikit kereta, haha… Kemudian ada juga boleh nampak bukit pasir. Tak pasti macam mana bukit pasir tu boleh terbentuk di tengah-tengah kawasan yang penuh dengan pokok-pokok.

Kami tiba di Pinnacle 10.12am. Harga masuk $13 untuk satu kenderaan. Dah naik harga juga. Dulu $12 sahaja. Nak masuk sini boleh berjalan kaki atau malas, boleh saja pandu kereta masuk. Semestinya kami pilih untuk memandu sebab cuaca agak terik. Ujet pandu sehingga sampai ke satu bahagian untuk mengambil gambar. Cuaca sini terik tapi udara tak berapa hangat. Pinnacles ni satu kawasan yang penuh dengan batu-batu berbentuk unik. Dengar cerita, asal batu ni adalah pokok, kemudian bila selalu kena pasir jadi terbentuklah batu ni. Entah betul ke tidak.













Agak merimaskan apabila tempat ni sebenarnya penuh dengan lalat. Entah datang dari mana lalat ni. Banyak betul! Nak ambil gambar pun sampai berkerut muka sebab lalat ni sibuk hingap. Kita dilaran juga untuk duduk atau sandar di batu-batu tersebut. Tapi aku tengok banyak saja pelancong buat aksi terlarang tu. Habis bergambar, kami cuba cari jalan keluar. Ternampak pula satu lookout point. Ujet berhentikan kereta. Tapi cuma aku seorang saja yang naik ke atas. Lalat banyakkkk!!!! Tapi sini sejuk sikit dan boleh nampak laut cantik disebelah hujung.


untung la ada topi lindung dari lalat

x silap tu indian ocean....fuhhh


Aku masuk dalam kereta dan Ujet terus memandu cari jalan keluar. Nak cari jalan keluar pun jauh, sampai ingatkan kami dah sesat entah ke mana. Beberapa minit lepas tu kami berjaya jumpa jalan keluar dari Pinnacle. Aku sedang cari jalan ke Hangover Bay. Liputan internet di sini agak lemah jadi ambil masa sedikit nak tunggu encik GoogleMaps tunjuk arah jalan. Ujet pula tanpa sedar terhenti kehadapan lebih sikit di tengah jalan. Datang pula satu kereta ni dari arah kanan dan bunyikan hon, kemudian angkat tangan seolah olah cakap “what the heck man….??”. Kali kedua dah kena. Pertama semasa di bandar Perth pada hari pertama hahaha. Hangover Bay tak jauh pun dari Pinnacles. Pukul 11.30am kami tiba di lokasi. Aku singgah sekejap di tandas awam. Agak kotor, tapi tak ada bau busuk.
Dekat sini pun ada lalat. Lagi banyak dari Pinnacles pula tu. Silap-silap boleh tercekik lalat! Tapi pemandangan di Hangover Bay sangat indah. Angin sejuk sangat kuat. Ada beberapa orang pelancong bermain pasir dan berjemur di situ. Laut dan langit sangat biru.



abaikan muka yang berkerut tu...huhuh

cantik....tapi panas dan banyak lalat..jadi tak tunggu lama sini...

bukit pasir yang tak tahu macam mana boleh terbentuk....

Kami cuma ambil gambar kemudian beredar pula ke Lancelin Dune. Lancelin Dune ni merupakan kawasan berpasir tandus seperti di Pantai Klebang, Melaka. Cuma sini lebih luas, pasir lebih halus dan sejuk. Kalau datang sini korang boleh main sandboard atau jalan-jalan saja. Tiada bayaran masuk dikenakan. Tapi kalau nak main sandboard, kena sewa dahulu papan tu dekat satu kedai ni. Nama kedai tu Lucky 7. Lucky 7 ni macam kedai runcit dekat Malaysia. Nak cari Lucky 7 ni memang kena pandai-pandai cari, sebab tak ada dalam GoogleMaps.

kedai Lucky 7

Sewa satu sandboard adalah $10 untuk dua jam dan juga bayaran deposit sebanyak $20. Dia akan bagi juga dua batang lilin untuk kita tenyeh dekat bawah sandboard tu nanti supaya lebih licin dan mudah meluncur. Lancelin Dune ni cuma berada belakang sedikit dari kedai Lucky 7. Kepada sesiapa yang nak datang sini, sila beli spek mata walaupun tak rabun sebab angin sangat kencang dan pasir-pasir halus ni boleh masuk dalam mata dan mulut. Aku pun tak berani nak ambil gambar guna DSLR sebab pasir-pasir halus boleh masuk celah-celah lens. Jadi kebanyakan foto dekat sini diambil dengan handphone saja.

Jauh juga nak berjalan sampai ke satu bukit pasir ni. Ada satu area di sini yang boleh nampak laut. Tapi kami mungkin berada di lokasi yang lain sebab tak nampak langsung laut. Semuanya putih pasir saja. Agak susah juga nak meluncur. Kami semua tak berjaya meluncur dengan berjaya. Asyik terjatuh. Baru main 30 minit saja tapi semua sudah tercungap-cungap. Penat betul! Penat sebab susah nak mendaki bukit pasir tu. Syam yang rajin marathon berkilometer pun penat tahap gaban, ni pula aku yang tak aktif bersukan.


boleh sewa sandboard dengan depa ni juga...








Kami bergerak kembali ke Lucky 7 selepas 1 jam setengah bermain. Penat sangat dah. Kami pulangkan sandboard dan terima balik deposit $20. Semua dah penat, jadi bercadang untuk terus pulang. Ujet kadang-kadang pandu kereta terhoyong-hayang sebab terlampau mengantuk. Syam dan Sazlee pula dah tak sedarkan diri di belakang. Kami juga secara tak sengaja terlanggar seekor burung. Tak pasti burung apa. Burung tu berdiri di tengah-tengah jalan. Ingatkan dia akan terbang bila nampak kereta kami dekat. Tapi burung tu tak terbang pun. Jadi kami pun terlindih burung tu. Rasanya memang mati burung tu. Minta maaf yer burung, huhuu…


Ujet berhentu dua kali untuk segarkan mata. Makan apa yang patut untuk bagi cergas sikit badan. Alhamdullillah. Kami selamat tiba di apartment. Kereta terlampau kotor. Tak boleh jadi ni, esok kena cari carwash untuk cuci. Nanti tak dapat balik deposit. Dalam kereta pun penuh pasir.



mungkin tak nampak, tapi ada banyak burung kakak tua atas pokok ni...


Malamnya kami tak tahu nak makan apa. Jadi semua setuju untuk pergi makan Charcoal Chicken untuk kali kedua. Malam ni ramai sikit orang berbanding semalam. Kebetulan kakak dan abang yang kami jumpa di Blue Boat House pun tengah makan di situ. Kami cuma lambai-lambai tangan saja. Penat main sandboard tak hilang lagi. Hari ni kami bungkus saja makan di apartment sebab tempat duduk sudah penuh. Menu hari ni masih lamb ribs. Yummeh!


cuba tgk nombor plat kereta tu







sazlee sakit kepala jemur panas seharian....



Lepas makan, kami tidur. Penat sangat dah. Esoknya kami tak tahu nak pergi mana. Sebab kami dah habiskan semua itinerary untuk 4 hari dalam 3 hari! Jadi aku suruh Syam saja yang cari tempat untuk lawati esok. Kami senarai beberapa lokasi dan terus tidur. Esok saja redah. Penat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung post seterusnya.



Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~