Post sebelum:
DAY 2 (13 NOVEMBER 2017). Part 2
KINGS
PARK – BLUE BOAT HOUSE – ISPA KEBAB
Setelah
perut kenyang makan lamb ribs kami menuju ke Kings Park. Kami
bertolak dari Charcoal Chicken pada pukul 2.30pm dan sampai di Kings
park pukul 3pm. Kings Park sangat luas. Kami tak sempat untuk pusing
seluruh taman ni sebab kami akan menuju ke Blue Boat House pula lepas
ni. Parking di sini ada yang berbayar dan ada yang tidak berbayar.
Kami bernasib kami terjumpa kawasan yang tak perlukan bayaran.
Kawasan Kings Park agak terkenal dengan kes pecah kereta sewa
pelancong. Jadi kepada yang nak datang sini jangan tinggalkan apa-apa
barang berharta dalam kereta.
Kings
Park sangat cantik dan udara sangat nyaman sejuk sebab kedudukannya
yang di atas bukit. Dari atas sini kita boleh nampak bandar Perth.
Boleh kata seluruh tempat sini cantik kalau nak bergambar. Kami
bergambar dengan latarbelakang bandar Perth di salah satu look out
point di Kings Park. Kemudian kami rehat dan baring di atas rumput.
Rumputnya sangat pendek kemas dan bersih. Kelihatan ramai orang
berbaring di situ. Kawan aku semua nampaknya dah malas bergerak bila
dah mula rehat di situ. Jadi aku cuba jalan sendiri meninjau lebih
kawasan situ dengan niat boleh tangkap apa-apa foto menarik.
bandar Perth dari Kings Park |
wefie jangan tak wefie |
lompat riang! |
bunga apa tak tau |
boleh baring atas rumput. Bersih! |
sambil makan coklat dari Margaret River Chocolate |
Aku
berjalan sampai di kawasan yang kelihatan ramai orang berjoging. Ada
satu tangga untuk turun ke bawah. Dari situ aku nampak hujungnya
boleh nampak laut. Aku cuba turun ke bawah. Kebanyakan orang yang
naik turun tangga situ tercungap-cungap kuat. Mat saleh pun
tercungap-cungap, ni pula aku yang jenis tak bersukan. Nampak macam
masih jauh kalau turun tangga ni nak menuju ke laut. Jadi aku
batalkan niat saja dan patah balik.
Aku
ambil keputusan balik ke lokasi kawan aku berbaring. Tapi aku cuba
ambil laluan lain. Aku tiba di satu kawasan yang ada banyak bunga
cantik. Aku tangkap sedikit foto bunga tersebut. Kemudian aku perasan
ada miscall dari Sazlee. Mungkin mereka dah nak bergerak ke Blue Boat
House. Jadi aku percepatkan langkah ke sana. Semasa aku dah mula
hampir sampai, aku ternampak pula satu kawasan ni penuh dengan bunga
berwarna unggu. Bunga lupin agaknya. Aku ambil sedikit foto
sebelum bergerak kembali ke tempat kawan-kawan.
Sebelum
mereka nak bergerak pulang, aku ada beritahu mereka ada bunga-bunga
cantik berdekatan situ. Saja aku bagitahu sebab cantik jiga kalau
bergambar di situ. Tapi kawan-kawan aku ni memang buat tak endah
saja. Nasib baik aku dah ada beberapa gambar bunga situ. Setibanya di
kereta, kami berasa lega sebab keadaan kenderaan tiada apa-apa
kerosakan.
Kami
bergerak dari Kings Park pada pukul 4.50pm dan tiba di Blue Boat
House pada pukul 5.15pm. Jalan menuju ke Blue Boat sangat cantik
kerana melalui di sebelah sungai dan masa tu pula matahari mula turun
dan permukaan bumi dipancari cahaya silau oren. Kami menghadapai
masalah untuk mencari kawasan parking yang dekat dan selamat.
Akhirnya kami sampai di satu kawasan penginapan. Terjumpa satu
kawasan parking yang agak luas, tapi batalkan niat mahu tinggalkan
kereta di situ sebab ternampak bekas kaca-kaca cermin kereta yang
telah dipecah. Jadi Sazlee parking di satu kawasan parking yang
rasanya khas untuk orang yang menginap di satu hostel ni. Kemungkinan
parking kami ni melanggari undang-undang. Tapi sebab dah banyak ambil
masa cari parking sahaja, jadi kami tetap parking di situ dan tawakal
sajalah.
Nak
sampai Blue Boat House kami kena berjalan beberapa meter dari tempat
parking. Di sini ramai penduduk Perth menaiki basikal. Sampai saja di
Blue Boat House, ada pula orang tengah tangkap foto perkahwinan.
Tiada siapa di situ kecuali kami berempat dan pasangan pengantin
serta fotografer mereka. Jadi kami pun tunggu sajalah giliran.
Mentang-mentang nampak kami tengah tunggu dengan sopan di tepi, makin
lama pula diorang tengah ambil foto. Dari kami berempat, sampai
hampir berapa orang lain datang tunggu nak bergambar pun mereka belum
habis lagi. Bayangkan kami sampai pukul 5.20pm, mereka habis ambil
foto pukul 5.30pm. Setengah jam tunggu. Oh ya, fotografer tu
kemungkinan orang Malaysia sebab dia berbahasa Melayu.
Kami
menunggu giliran dengan bersembang sama sendiri. Ada satu insiden
masa ni. Sazlee saja acah-acah beraksi seperti ingin menahan kereta
dengan mengangkat jari di tepi jalan. Memang tiada kereta akan
berhenti. Kemudian Sazlee kembali duduk di satu sudut berdekatan
Ujet. Tiba-tiba ada sebuah kereta ni pandu kereta laju bukan main dan
terlanggar pembahagi jalan betul-betul ditepi kami. Memang boleh
dengar jelas bunyi hentakan namun kereta tu berjaya mengawal kereta
daripada terbabas. Nyawa masih panjang. Silap-silap boleh kereta tu
terlanggar kami. Entah siapalah pemandu kereta tu. Kalut nak pergi
mana pun tak tahu.
Semasa
kami menunggu pasangan pengantin tengah seronok mengambil foto, kami
ditegur pula oleh sepasang warga Malaysia. Katanya semasa melintas
jalan situ menaiki kereta, mereka nampak kami berempat. Jadi dia
tanya sama ada kami menunggu dari tadi. Yer lah, dari kami berempat
sehingga penuh orang dekat situ pun mereka belum habis ambil gambar.
Matahari pun makin tenggelam dah ni. Sebenarnya aku dah nampak abang
dan kakak ni dalam flight dari KLIA2 ke Perth. Tak sangka akan
terserempak dekat sini pula. Kakak tu peramah dan lelaki tu peramah
tapi sedikit pendiam macam aku juga hahaha. Rupa dia ada gaya-gaya
macam ustaz menurut Syam.
Selepas
hampir 30 minit fotografer tersebut mengangkat semua alat fotografi
untuk berangkat pulang. Semasa dia melalui kami dan pelancong lain
dia cakap minta maaf. Tapi tiada siapa-siapa balas balik, huhuhu.
Jadi kami terus cepat -cepat turun sebab dah lama tunggu, bimbang
juga kalau ada yang potong barisan. Tapia da juga seorang lelaki mat
saleh ni turun awal daripada kami dan dia nak ambil foto pemandangan
Blue Boat House. Ujet tak sabar dah dan berjalan jauh menuju ke Blue
Boat House. Kami panggil dia datang ke kami balik sebab tak mahu
ganggu mat saleh tu ambil foto. Mat saleh tu cakap dekat kami yang
dia hampir habis dah ambil foto. Ujet yang baru sampai menuju dekat
kami terus cakap dekat mat saleh tu “ just one minute…one minute
only….”.
Ujet
maksudkan kami akan ambil foto sekejap saja dalam seminit. Aku pula
risau mat saleh tu ingat Ujet cuba bagi dia masa seminit sahaja untuk
habiskan ambil foto. Boleh gaduh nanti ni, hahahah. Syam beritahu
Ujet untuk tunggu sekejap dan ketawa bila teringat Ujet bertegas nak
ambil foto tadi. Lebih kurang seminit, mat saleh tu siap ambil foto.
Aku pun suruh Ujet, Sazlee dan Ujet cepat-cepat ambil giliran untuk
ambil foto. Aku tekan butang kamera cepat-cepat sebab ramai lagi yang
beratur dekat belakang tu. Hasilnya, kebanyakan foto kami dekat Blue
Boat House tu “blur” sebab fokus point kamera tak tepat.
Sedih…….huhuhuhu.
Kami
pun berlalu pergi saja dari situ selepas bergambar. Alhamdullillah.
Kereta kami selamat daripada dipecah dan sebarang saman. Kami
bernasib baik kerana ketika November, Perth mengalami waktu siang
yang panjang. Jadi matahari terbenam hampir sama waktu dengan
Malaysia iaitu sekitar 7pm. Kalau datang Perth pada musim sejuk waktu
siang agak pendek.
Sampai
saja di apartment, seperti biasalah, semua rebahkan badan diri atas
tilam empuk dahulu. Kemudian baru uruskan diri apa yang patut. Malam
ni kami akan pergi makan Ispa Kebab. Malam ni mesti pergi sebab
semalam kami dah terlepas sebab semua penat tidur awal.
Kami
bergerak keluar pukul 8.30pm. Kebanyakan parking berdekatan Ispa
Kebab penuh, jadi kami terpaksa cari di tempat lain. Kami jumpa
parking kosong, tapi kena jalan agak jauh ke Ispa Kebab. Parking di
Perth, kebanyakannya percuma selepas pukul 6pm. Sekitar Perth sangat
sunyi walaupun baru pukul 9pm. Orang Perth ni tidur awal agaknya.
Malam di Perth memang tiada “life” sangat. Teringat hidup di
Melaka yang lebih hampir sama pada waktu malam.
Sampai
saja di Ispa Kebab, aku dan Syam kongsi beli Kebab Doner The Lot. Aku
lupa Ujet dan Sazlee beli apa. Ispa Kebab pun boleh saja kongsi dua
orang. Besar saiznya, cuma agak liat sikit. Tapi rasanya boleh tahan.
Cukup la untuk sekadar isi perut sebelum tidur nanti. Semasa aku
dengan Syam menunggu Ujet menukar menu, sebab pekerja tu silap bagi
menu, kami berdua ditegur oleh seorang lelaki yang menaiki basikal.
Syam tak beberapa faham apa yang lelaki tu tanya. Apa yang aku
dengar, dia tanya sama ada kami ada pemetik api. Aku pun balas saja
kami tak ada pemetik api. Lalu dia pun pergi saja tempat lain. Aku
ingatkan ni salah satu taktik nak peras ugut ke apa, nasib baik
bukan, fuhhh….
menu di Ispa Kebab |
dinner malam ni. errrmmm..... |
Sazlee singgah kedai beli spek mata untuk persediaan ke Lancelin Dune esok hari. |
owner orang Malaysia rasanya ni.... |
Semasa
kami menuju pulang. Ternampak lagi sepasang warga Malaysia. Kami cuma
berbalas senyum. Mungkin mereka pun tinggal berdekatan dengan lokasi
kami. Balik saja ke apartment baru kami makan kebab yang dibeli. Kami
tidur awal sebab esoknya nak kena bangun awal sebab jauh perjalanan
destinasi seterusnya.
boleh la...sedap jugaa... |
.
.
.
.
.
.
.bersambung
post seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen~~~