October 26, 2012

Channel youtube aku~~ weeheee~~~


Assalam, dan selamat hari raya Aidil Adha kepada para bloggers...
Camna dengan raya korang??? Aku dok kat perantauan jer ( Melaka ).... huhuhu

Ok, aku bukan nak citer pasal raya, tapi pasal aku baru update channel youtube aku yang dah bersawang sejak beberapa tahun lalu.... aku dah mula wat masa tingkatan 5 lagi.... tapi sekarang baru terasa nak aktif dalam upload video....

Tambah-tambah lagi bila aku mula berjinak dengan Sony Vegas Pro 8 ( sejenis menatang untuk edit video ).... aku dah mula boring dengan movie maker ddaaaaaaa.....
Aku belajar guna software nie daripada youtube gak, korang pun boleh jer kalau ada minat tu...

Niat aku aktif kembali dalam youtube nie sebab nanti aku ada banyak outdoor assignment, jadi aku terpikir nak rakam semua aktiviti kat sana dan upload kat youtube....
Ni semua gara-gara dok tengok vlogger kat youtube lerrrr, terasa gedik gak nak wat video, wwaaaaaaahahahahaha.....

OK, jadi nie link untuk ke channel youtube aku https://www.youtube.com/user/kuronofusite 
..setakat nie baru ada 2 video, dan kedua-duanya sangat la teruk...
sebab masa nie aku masih dalam proses pembelajaran rakam dan edit video....

p/s : makin bertambah la akaun alam maya aku nie... :P

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

7 comments:

Terima kasih kerana sudi komen~~~