March 6, 2013

Kembali blogging !!!

 Assalam....berjumpa kembali setelah hampir 2 bulan lebih aku rehat daripada berblogging semasa cuti sem... sebenarnya tiada apa yang menarik sangat aku alami sepanjang cuti lalu...setakat makan tido, makan tido jer, tapi berat badan tak naik...harharhar~~~


 ...selain tu aku baru jer selesaikan lesen P motor, yeappp, memang agak lewat sebenarnya, tapi OK la daripada takder lesen langsung kan?? Lesen kereta entah bila lagi nak amik, aku nyampah proses nak siapkan lesen, agak melecehkan.... --__--"


 Memandangkan semasa cuti sem tu musim hujan, dan sunset agak cantik, aku amik peluang untuk asah skil gua lens manual 50mm tu, yeahh!!! ada kemajuan sikit bab nak fokus objek jauh, dulu selalu out of fokus..dan model aku semestinya kucing generasi baru aku ni..manja, tapi nakal gak, suka babab kaki aku...


...masa cuti sem ni juga aku dapat berita kurang menyeronokkan...mulai sem ni, tiada lagi cuti sem, sebab pelajar tourism akan gi praktikal... mungkin tiada raya tahun nie, sob,sob~~~ apa pun, aku akan cuba la bertahan dengan semua cabaran nie....nak wat camner kalau dah masuk sem 4, membazir jer kalau aku stop kat sini...dah separuh jalan dah.... Ok, lain kali aku update tentang aktiviti baru kat sini.... aku agak blur dan hilang rentak perisa, rencah, etc untuk update post... :\

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

8 comments:

  1. encik kacang > eeiihh??? korang pun xda kan??? harharhar

    ReplyDelete
  2. Cantik lah pic kat sini memang seni tak join nuffnang credit card...

    ReplyDelete
  3. Mahamahu > nak join... tp sibuk dgn study la pulak...alahai...

    ReplyDelete
  4. Nice pics :) 50mm punya pukulan memang terbaik !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~