May 25, 2014

Perdana Park, Kota Kinabalu

Perdana Park ni dekat jer dengan Tanjung Aru, jadi kitorang jalan kaki ja nak gi situ...Perdana Park ni terkenal dengan persembahan air pancut berirama...
Pintu gerbang apa ntah


Restoran dalam perdana park

Perdana Park ni boleh tahan luasnya..ramai orang berjoging kat park ni sampai ke malam! Maybe lokasi dan kemudahan dia best kot jadi orang gemar jogging kat sini...

Kitorang tengok persembahan air pancut berirama waktu 6.30pm punya kalau tak silap aku lerrr... persembahan katanya 30 minit...tapi aku rasa dalam 20 minit camtu ja..ke 15 minit??? aku tak ingat sebab sebok snap foto hahahah~~~

Waktu persembahan:
Sesi 1: 7.00pm
Sesi 2: 7.30pm
Sesi 3: 8.00pm
Sesi 4: 8.30pm
Sesi 5: 9.00pm
Sesi 6: 9.30pm (Jumaat - Ahad sahaja)
jauh la pulak aku duduk
Actually korang boleh ja duduk betul betul depan air pancut ni..cuma aku ingat lokasi aku duduk nampak cun...tapi sila bebenar lak...haihh...nak gerak gi depan balik malas dah..duduk jer la situ...

Tamat persembahan air tu, kitorang gi dinner... aku tak ingat nama tempat ni..tapi dia macam pasar malam sikit...terduduk sebelah laut dan semua menu sini seafood...kitorang makan besar malam tu...seafood sini semua fresh dan besar giler !!! isi ikan gebu-gebu habes!!! Tukang masak pulak pakai semua macam chef dalam restoran...kira tampak bersih dan kemas la..Aku tak sempat gak snap foto kawasan sini sebab segan aiihh....ramai sangat orang... :P
semua seafood sedap belakoo!!!!



Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~