CAVERSHAM
WILDLIFE PARK – MARGARET CHOCOLAT FACTORY
Aku
agak teruja untuk hari kedua sebab kami akan pergi ke Caversham
Wildlife Park. Di Perth ada zoo juga tapi ramai orang yang cadangkan
lawat Caversham sebab kita boleh sentuh haiwan-haiwan di sana. Antara
haiwan yang popular semestinya kanggaru dan beruang koala.
Pagi
ni kami bersarapan spaghetti Bolognese. Masak ringkas saja, tak ada
daging, sekadar spaghetti dan kuah. Tukang masak selalunya Syam. Aku
sekadar pembantu, hehe. Usai sarapan, kami urus diri dan bertolak ke
Caversham Wildlife Park dalam pukul 9am. Perjalanan dari Adelaide ke
Caversham makan masa lebih kurang 20 minit. Macam biasa, aku penunjuk
arah dan Sazlee nampak dah mula biasa dengan cara memandu di Perth.
sarapan |
Mudah
saja nak cari Caversham. Taip saja nama penuh Caversham Wildlife Park
dalam GoogleMaps kemudian dah boleh jumpa route ke sana. Dengar
cerita ada orang cari Caversham tapi sesat bila guna Waze, sebab tu
aku lebih suka guna GoogleMaps. Hampir beberapa minit kami ternampak
pagar Whiteman Park, maksudnya dah sampai destinasi. Sebelum sampai
Caversham korang kena lepas tembok kecil yang tertulis Whiteman Park.
Caversham berada dalam sana. Jalan menuju ke Caversham selepas tembok
Whiteman Park tadi agak berliku liku.
Kiri
kanan penuh dengan pokok-pokok cantik. Syam kemudian cakap dia nampak
kanggaru di sebelah kanan. Cuaca sangat baik jadi kami bercadang cari
lokasi menarik sikit untuk ambil foto tepi jalan. Kami kemudian
berada di laluan yang sedikit luas. Sazlee hentikan kereta di tepi
dan kami keluar dari kereta untuk ambil foto. Puas ambil foto kami
teruskan perjalanan ke Caversham.
Tak
sampai 10 minit kami dah sampai ke Caversham. Parking di Caversham
adalah percuma. Cuaca terik tapi angin masih dingin jadi aku
tinggalkan saja sweater aku dalam kereta. Kelihatan ramai orang Malaysia di sini. Sebelum masuk ke
dalam kami bergambar dahulu betul-betul hadapan bangunan Caversham.
Kemudian baru kami menuju ke kaunter. Aku buka whatsapp sebab Aries
hantar baucer Caversham melalui media social tersebut. Baucer kami
berbentuk elektronik. Semasa kami masih di Malaysia, harga masuk $28.
Sekarang dah naik sehingga $29. Nasib baik kami beli baucer dari
Aries, iaitu sebanyak $26. Jimat $3.
Staff
perempuan yang menjaga kaunter sangat peramah. Dia bagi kami peta dan
senarai aktiviti di sana. Dia mencadangkan kami pergi lihat pergi
menontotn dahulu Farm Show memandangkan aktiviti tu dah hampir nak
bermula. Bila masuk tu kita ada nampak notis berbahasa Melayu penuh
yang menerangkan pasal Caversham ada sediakan tandas berpaip air khas
untuk pelancong Muslim serta ada menjual makanan halal. Ni mesti
sebab ramai sangat pelancong dari Malaysia huhuhu.
Sepanjang
kami berjalan menuju ke Farm Show, kiri kanan jalan penuh dengan
burung-burung dalam sangkar dah juga haiwan lain. Kemudian kami
sampai di laluan yang bersebelahan dengan kawasan kanggaru. Boleh
nampak banyak kanggaru lompat sana sini dan pelancong sedang memberi
makan haiwan tersebut. Mula dah tak sabar nak main dengan kanggaru,
tapi kami letakkan aktiviti tersebut paling akhir sebab tiada had
masa. Boleh main dengan kanggaru sampai penat.
dah nampak kanggaru |
Ujet tak melepaskan peluang ambil foto kanggaru |
Wallaby...spesis kanggaru tapi kecik sikit |
Kami
terus berjalan dan ternampak satu bangsal. Rasanya situlah Farm Show.
Kami merupakan orang terawal datang situ dan kemudian diikuti dengan
pelancong lain dari Malaysia. Dalam beberapa minit saja lepas kami
tiba, tempat tu dah mula penuh. Boleh kata 70 peratus penonton pada
sesi itu adalah warga Malaysia. Farm show ada beberapa sesi. Kami
datang yang sesi pukul 10am. Akitiviti ni dikendalikan oleh seorang
lelaki dan dibantu oleh seorang perempuan. Staff perempuan tu masuk
dengan menunggang kuda. Kuda tu sekadar saja-saja, bukan untuk
persembahan pun. Aktiviti pertama adalah menunjukkan bagaiman mereka
menghalau kambing biri biri masuk ke dalam kandang. Kambing biri-biri
dikejar oleh seekor anjing diberi nama Rocky kalau tak silap. Lagi
sekor nama Billy kot? Aku dah lupa sebab sibuk nak tangkap foto.
Aktiviti
diteruskan dengan petugas lelaki tu menunjukkan bagaimana dia
menghayun pusing satu baldi yang penuh dengan air. Baldi tu sama saja
macam baldi yang orang kampung di Malaysia guna untuk ambil air dari
telaga. Lepas petuga lelaki tu habis tunjuk demonstrasi dia panggil
seorang penonton untuk mencuba aksi tersebut. Penonton tu berjaya
buat aksi tersebut tanpa tumpahkan air atas badan dia. Kalau tumpah
mesti malu habis.
Tiba
masa untuk pertunjukkan “membogelkan” kambing biri-biri. Petugas
lelaki tu bawa seekor biri dan dibaringkan atas lantai. Kambing tu
duduk senyap saja, mungkin sebab dah biasa. Badan lelaki tersebut
ditampung dengan satu alat khas supaya dia tak sakit pinggang kot?
Dari tebal berbulu kambing tu sampai bogel licin dicukur oleh petugas
tersebut. Lepas bercukur, badan kambing tersebut akan disapu sedikit
jika ada luka-luka. Memang boleh nampak ada darah sikit.
Seterusnya
petugas lelaki tersebut keluarkan satu alat yang kita biasa nampak
orang sarkas gunakan untuk ajar haiwan. Pedati kot rasanya nama benda
tu. Dia tunjukkan bagaimana objek tu boleh keluarkan bunyi yang
sangat kuat. Macam bunyi mercun pun dah ada. Masa dia libas dan
“letupkan” pedati tu sebahagian kanak-kanak dah mula menangis.
Terkejut agaknya. Macam biasa, dia akan panggil penonton untuk
mencuba. Aku buat-buat sibuk ambil foto kerana tak mahu dipanggil.
Setelah beberapa kali dia pujuk penonton untuk mencuba, namun
akhirnya gagal. Tak ada siapa yang berani mencuba. Jadi dia teruskan
pula dengan memanggil 4 orang kanak-kanak ke bawah untuk menyertai
“pertandingan” menyuap anak kambing minum susu. Tak ada hadiah
pun untuk pemenang, hehe.
Takda sapa nak turun cuba libas benda ni, huhuhu |
Anak kambing ni tengah kunyah kad dekat rantai tu |
Tamat
semua aktitivi, kami dibenarkan turun bawah dan mendekati kambing
biri biri atau memerah susu lembu. Geli la aku nak perah susu lembu,
haha. Lagipun ramai sangat orang berkumpul dekat lembu tu untuk
tunggu giliran perah susu. Jadi aku cuma ambil beberapa gambar dan
keluar. Kawan-kawan lagi awal keluar tinggalkan aku seorang di sana.
Kami kemudian teruskan untuk pergi melihat wombat. Dalam perjalanan
menuju sana, kami lalu dalam sebuah bangsal yang ada banyak haiwan
antaranya llama, alpaka, hamster, dan ayam berbulu tebal. Tengah aku
seronok ambil foto haiwan ni aku dah kena tinggal dengan kawan. Nasib
la aku seorang saja yang minat fotografi ni.
Kami
menunggu di luar kawasan pertunjukkan Wombat and Friends. Ramai orang
berpusu-pusu berkumpul di luar tak sabar untuk masuk. Tepat pukul
11am pintu dibuka dan pelancong menuju masuk ke dalam. Sebelum masuk,
korang kena cuci tangan sanitizer yang disediakan dahulu sebelum
menyentuh haiwan di dalam. Luas rupanya dalam ni, dan agak cantik
design-nya.
Kalau
nak bergambar dengan wombat kena beratur ikut giliran. Dah macam
artis wombat ni. Panjang juga beratur. Sampai giliran kami dah. Akan
ada seorang petugas akan tolong ambilkan foto kita. Bagi saja kamera
dan dia akan tolong ambilkan. Kita hanya dibenarkan sentuh lembut
bahagian kaki wombat. Alahai, tak seronoknya. Tapi mungkin ada
sebabnya, jadi ikut sajalah arahan.
Kemudian
kami bergambar pula dengan ular. Tak pasti ular jenis apa. Semasa
kami menunggu giliran dalam barisan, sepasang pelancong dari Malaysia
minta tolong Syam untuk ambil foto mereka berdua. Kami pula bahagi
dua untuk bergambar. Kalau pergi ambil foto 4 orang sekali, siapa nak
tolong ambil gambar kami? Sini tak ada petugas lain untuk tolong
minta ambil gambar. Jadi Syam dengan Sazlee dan aku bersama Ujet. Aku
selalunya beranggap ular ni berlendir dan berbau. Jadi rasa geli saja
nak pegang. Tapi bila fikir boleh guna sanitizer yang wangi dekat
luar tu kalau tangan busuk, jadi aku gagahkan saja pegang ular. Ujet
nak pegang bahagian ular tu yang paling dekat dengan kepala, jadi aku
kena pegang bahagian hampir dengan ekor. Lega sikit. Klau ular tu nak
patuk, Ujet la yang kena, hahaha. Bila petugas perempuan letakkan
ular atas tangan baru aku tahu tak ada la jijik sangat mana pun ular
ni. Berlendir pun tak. Cuma memang badan ular tu kenyal dan lembik
sikit.
cute Possum |
Habis bergambar dengan ular, aku ambil sedikit masa melihat haiwan-haiwan lain lalu terus ke bahagian melihat beruang koala. Dekat sini pun kita beratur untuk bergambar dengan si koala. Barisan sangat panjang walaupun ada 4 koala yang ada untuk bergambar. Sekali lagi kami kena cuci tangan dengan sanitizer. Kita cuma dibenarkan untuk menyentuh koala dengan bahagian belakang tangan dan dilarang untuk sentuh daun pokok yang jadi makanan koala tu. Kalau kita sentuh, koala tak akan makan dah daun tu.
Selepas
melihat beruang koala, tibalah aktiviti terakhir di Caversham iaitu
suap makan kanggaru! Tiada had untuk bermain dengan kanggaru. Tapi
disebabkan kami pergi lihat kanggaru tu semasa sudah masuk tengahari
jadi kanggaru situ sudah kenyang. Kebanyakan sudah baring dan tidur
kekenyangan. Bila hulurkan makanan pun ada yang dah tak layan dan
buat tak tahu. Makanan kanggaru disediakan percuma, jadi kita boleh
ambil banyak-banyak dan main lempar-lempar. Ok, melawak saja. Jangan
main lempar yer, tak baik membazir.
Kanggaru
sini semua jinak-jinak belaka. Seronok sentuh badan kanggaru, bulu ia
gebu lembut macam karpet mahal. Kena hati-hati juga bila berjalan
sebab kawasan ni penuh dengan najis kanggaru. Tapi walaupun penuh
dengan sisa kumbahan haiwan tersebut, kawasan ni tak berbau. Mungkin
sebab kawasannya terbuka dan sentiasa terdedah dengan matahari.
Malangnya, entah bila aku dah pun terpijak tahi kanggaru. Apa lagi,
aku pun seret-seret kasut atas rumput dan tanah. Walabi juga ada
dalam kawasan ni. Walabi ni spesis kanggaru juga, cuma sedikit kecil.
Masa ni takut lagi nak sentuh. Lepas suap makan baru berani sentuh betul2 haha |
Tak perlu bayar untuk ambil makanan ni untuk bagi kanggaru |
Nak makan pun dah malas bangun Kanggaru ni |
banyak kanggaru albino dekat sini |
Best pegang.. lembut bulu kanggaru |
burung apa tak tau, ada dekat belakang kawasan kanggaru |
banyak najis kanggaru. boleh nampak yang hitam-hitam tu haha |
pelancong dari Malaysia yang kakak bertudung dan abang pakai baju hitam tu. |
Seekor wallaby yang tengah berehat. Dia wat tak kisah ja dengan aku. |
Kami
habis bermain dengan kanggaru lebih kurang pukul 12.30pm. Lebih
kurang hampir 3 jam juga kami di dalam Caversham Wildlife Park.
Lokasi kami seterusnya adalah Margaret River Chocolate Factory iaitu
empat penjualan pelbagai jenis coklat dan korang boleh lihat
bagaimana mereka proses coklat. Perjalanan dari Caversham ke Margaret
River Chocolate ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Parking sini
juga percuma. Jimat duit lagi! Bila masuk dalam kedai coklat tu benda
pertama cari tester coklat. Korang boleh ambil coklat tester tu
sebanyak mana yang korang nak tapi dilarang bungkus sahaja. Selain tu
korang kena ambil menggunakan sudu yang ada dalam mangkuk besar tu.
Aku baca ramai orng Malaysia makan saja coklat tester ni dan
InsyaAllah halal. Tapi coklat lain kemungkinan tak halal sebab ada
kandungan alkohol. Jadi kalau nak beli coklat lebih baik tanya dahulu
petugas situ.
dark chocolate |
white chocolate |
free testing. Kena guna sudu untuk cedok. |
aiskrim. Mahal giler. |
Sebelum keluar ambil sikit. Tapi cepat cair bila biar atas tangan. |
Aku
dan Syam beli coklat yang sama jenis yang tester. Sekotak $4.90. Aku
beli dark chocolate dan Syam beli yang coklat susu. Sebelum keluar
dari situ, aku ambil satu genggam lagi coklat tester, hehehe. Coklat
ni mudah cair bila letak atas tangan, jadi kalau letak atas tangan
baik telan cepat-cepat.
Perut
dah mula lapar. Jadi kami bercadangkan makan di Charcoal Chicken yang
dijamin halal. Ramai pelancong dari Malaysia sarankan untuk makan di
sini dan harus cuba menu lamb ribs. Katanya lamb ribs sini sangat
sedap. Parking sini pun percuma juga, terbaiklah! Waktu operasi
adalah bermula pukul 10.30am hingga 9pm dari Isnin sampai Sabtu. Ahad
cuti. Saya dengan Syam kongsi lamb ribs, manakala Ujet dengan Sazlee
kongsi menu ayam. Portion makanan sangat banyak sebab tu kami kongsi
dua. Walaupun dah bahagi dua pun masih kenyang giler. Lamb ribs dia
sangat lembut dan manis. Tak ada bau hanyir langsung! Memang sedap
tip top! Korang harus datang sini kalau dah sampai Perth.
charcoal chicken |
Waktu operasi |
pelbagai jenis salad |
lembut dan manis Lamb Ribs ni. Sangat recommended! |
mana-mana ada saja orang Malaysia, hehe |
sampai licin aku makan. Sedap! |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.bersambung
entry seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen~~~