May 14, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Assalam...
Esok 16 Mei 2012...bermakna rakyat Malaysia akan menyambut hari Guru...
 Terimbau kembali kenangan-kenangan menyambut hari guru pada zaman persekolahan dulu....
Seronok menonton macam-macam persembahan pelajar dan juga guru......

Tak lupa jugak rasa segan-segan bila nak ucap dan bagi hadiah kat cikgu-cikgu, terasa macam nak bodek bagi markah tinggi pulak, hahaha.....
 ...dan rasanya Hari Guru ni bukan ideologi dari barat macam Valentine Day, mothers and fathers Day....
Jadi boleh la sambut dengan aman....

Pada pendapat saya, hadiah paling ikhlas ialah ucapan "Selamat Hari Guru"....
Tapi kalau nak bagi hadiah lebih tu memang rezeki cikgu-cikgu la dapat anak murid yang murah hati...

...paling penting, para pelajar jangan la rosakkan sambutan hari guru dengan masalah disiplin...
Spoil bebenor.....
Sebab aku dah banyak kali experience kena handle bebudak problem ni...
tengah dok seronok sambut hari guru, adalah sesetengah pelajar ni merokok, lompat pagar.....
Serius, nampak sangat tak menghargai guru.....

kalau tak da rasa nak sambut hari guru pun, duduk jer la diam-diam....
Cikgu pun akan puji tiba-tiba....

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah mengajar saya dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah....
Terima Kasih Cikgu!
 



Terima kasih kerana sudi baca, assalam

2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen~~~