October 13, 2012

Vlogger yang aku layan...

Haaaaa...selalu dengar blogger jer kan??? 
Pernah dengar vlogger tak???? Vlogger tu lebih kurang macam blog gak la, cuma penceritaan tu disampaikan melalui video....kebanyakannya dalam youtube la...

Jadi, aku pun sebenarnya ada layan vlogger nih...dah lama gak la....
Antara vlogger yang aku layan :

1. MATLUTFI
Aku tak ingat sejak bila aku layan bila dia...tapi yang menariknya, dia nie selalu guna pelat orang utagha dalam setiap vlog dia... dah aku nie pun orang utara, memang seronok la layan... tambahan, vlog dia ni lawak abes, santai dan rileks ja...
Dia nie dah pernah masuk dalam rancangan Majalah 3 dan remaja... popular sampai camtu sekali... ni channel dia... http://www.youtube.com/user/matluthfi90

2. AMANWAN
...OK, yang ni pun aku tak ingat camna aku leh follow vlog dia...entah mana jumpa...
dia nie....errrrr....jenis tak berapa nak segan kot??? hahah, boleh ja pakai macam perempuan dalam sesetengah vlog ... orang cakap muka dia iras Aaron Aziz....entah la, tu korang kena tengok sendiri laaa... vlog dia nie pun lawak gak... rajin jugak dia nie wat filem pendek...

3. NIGAHIGA
Dia nie bukan vlogger tempatan....aku baru jer tau pasal dia nie walaupun sebelum nie pernah ternampak orang komen nama dia dalam vlog-vlog tempatan... memang best la dia punya blog...tapi untuk rasa lawak tu, korang kena pastikan pemahaman bahasa inggeris boleh tahan gitu, pastu korang jenis boleh paham lawak sinis/tersirat... setiap vlog dia sekurang kurang mencapai 2 juta view....mak datuk popular giler dia nie... dah la tu, Jay Par (ex-2PM) pun ada belakon sekali dalam vlog dia.... Tak lupa gak, bekas peserta American Idol, Andrew, pun banyak belakon dalam vlog dia.... 

....ada banyak lagi vlogger terkenal sebenarnya cuma aku tak layan sebab tak pasti kena selera aku...huhuhu...
Aku pun pernah terfikir nak wat vlog...tapi rasa segan gilerrrrrrr... hahahhaa... mungkin pada masa akan...akan....akan...akan datang~~~~~~

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

4 comments:

  1. kita cuma kenal Matluthfi aje..yang lain tu baru nak try load vid dorang..heee :)

    ReplyDelete
  2. Fendy> hahaha.. dia ada dtg melaka ari tu..

    ReplyDelete
  3. Nurfarahana A.Aziz > try la tgk yg lain2 tu,...lawak kot....heheeee..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~