January 18, 2020

MELANCONG KE OSAKA : DAY 2 : IZUMISANO – KANAZAWA – SHIRAKAWAGO


Aku terjaga dari tidur. Tak pasti pukul berapa aku tertidur, yang pasti, aku tak cukup rehat. Aku biarkan Syam dan Aidil urus diri dulu. Aku pula masuk ke tandas. Tandas dia kecil sungguh tapi kemas. Aku tak tahu la macam mana kalau orang berbadan besar nak masuk tandas ni mesti susah nak pusingkan badan. Kemudian aku bersarapan nasi goreng Sharifah saja bersama sambal yang Aidil bawa dari Malaysia. Bungkusan nampak saja kecil, tapi kenyang bila dihabiskan.


Usai makan, kami kemas semua barang. Tak lupa juga kami tinggalkan tanda tangan dan sedikit nota dalam Guestbook yang ditinggalkan di atas meja reception. Aku perasan ramai pelancong dari Indonesia pernah menginap disini. Aku tak jumpa nota dari orang Malaysia selain kami. Sama ada aku terlepas pandang atau mungkin memang kami orang Malaysia pertama singgah di sini.

tinggalkan tandatangan dan nota


Tak nampak bayang pemilik rumah. Pergi bekerja sudah mungkin. Kami pun check-out sendiri sahaja ada pukul 7.44am. Kami bergegas ke stesen keretapi untuk ke Kanazawa. Hari pertama aku waktu pagi di Jepun. Kawasan Jepun ni pesat dengan bangunan tapi penduduk yang boleh kelihatan sangat sikit. Berbeza dengan di Malaysia walaupun kawasan tersebut tak berapa pesat tapi mudah jumpa dengan penduduk.

bergambar depan Bighem Maison



kad icoca




Kami menuju ke Stesen Tsuruhara dan menaiki keretapi di barisan Nankai-Namba. Kami perlu menaiki dan menurun dalam beberepa stesen. Kami menggunakan kad Icoca sebab keretapi ni tak boleh guna Takayama Hokuriku pass. Kena la lari sana sini untuk kejar keretapi ke Kanazawa awal pagi ni. Tak pa la, anggap saja bersenam. Menurut GoogleMap kami kena naik keretapi Nankai-Namba, kemudian tiba di stesen Shin-Imamiya kena tukar keretapi iaitu JR Osaka Loop Line. Buat pengetahuan korang, mana-mana keretapi yang ada “JR” di depan kita boleh naik dengan menggunakan JR Pass.


Selepas turun dari JR Osaka Loop Line, kami menaiki keretapi JR Thunderbird 13 di stesen Osaka dalam pukul 9.40am. Sepanjang perjalanan ke Stesen Osaka kami selalu saja tanya pegawai yang berdiri di stesen tersebut. Aku buka saja siap-siap GoogleMap dan tunjuk nama keretapi yang kami nak naik. Nanti pegawai tu tunjuk la mana arah walaupun kami tak paham apa diorang kata. Sekurang kurangnya boleh kurangkan peluang tersalah naik keretapi.


Perjalanan ke Kanazawa mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan ni aku mainkan saja lagu-lagu dalam smartphone. Kami naik gerabak yang tak book tempat duduk. Maksudnya kalau masa tu keretapi penuh dan tiada tempat duduk, terpaksalah berdiri. Nasib kami baik, pagi tu gerabak kami kosong saja. Jadi kami duduk pun asing-asing tapi masih berdekatan. Penumpang dibenarkan bawa makanan dari luar dan makan di dalam keretapi.



pak cik ni minum alkohol rasanya.

bukit cantik




Aku berasa lapar, ingatkan nak makan Kembara Meal. Tapi bila fikir tandas situ macam ada censor asap. Kembara Meal ni keluarkan juga sikit asap. Aku tak tahu sensitif mana cencor tu. Takut sikit saja asap dah berbunyi. Tak pasal nanti viral keretapi kena berhenti mengejut sebab ada warga Malaysia panaskan makanan. Tak sanggup aku, malu. Jadi aku tahan saja perut ni dari lapar.


Aku juga sempat meninjau tandas dalam keretapi Thunderbird. Memang canggih dan bersih. Nak flush tandas pun guna censor. Letakkan saja tapak tangan dekat bulatan dekat dinding dan tandas tu akan flush sendiri. Sabun tangan semua jenis cencor juga kecuali kotak tisu. Bila guna cencor ni tak payah sentuh alat yang mungkin ada kuman.


Perjalanan ke Kanazawa sangat menenangkan. Sampai satu area entah di mana aku mula boleh nampak bukit bersalji. Cantik! Aku mula menekan punat shutter DLSR. Tak lupa juga merakam video pemandangan indah tersebut. Aku kemudian disajikan pula dengan pemandangan perumahan tradisional Jepun dikelilingi hutan yang dedaun sedikit berwarna jingga.


Kami tiba ti Stesen Kanazawa dalam pukul 12.25pm. Aku kena tukar kertas A4 untuk tempah bas ke Shirakawago dalam bentuk tiket. Ramai orang dekat stesen ni. Kami bergambar dahulu kemudian baru aku menuju ke kaunter pertanyaan untuk tanya di mana aku boleh dapatkan tiket bas ke Shirakawago. Pekerja di kaunter tersebut tunjuk arah kaunter beli tiket bas. Kami bergegas ke kaunter tersebut. Selesai ambil tiket bas aku tak tahu nak tinggal luggage di mana. Bas kami akan bertolak pada pukul 1.10pm dan tiba di Shirakawago pada pukul 2.35pm. Masih ada masa lebih kurang 30 minit sebelum bas kami tiba.


Aku tak mahu buat keputusan sendiri. Jadi aku tanya Syam dan Aidil nak tinggal luggage dekat tempat penginapan atau tidak. Mereka berdua diam saja dan tiada reaksi. Aku pening dah. Kalau ikutkan GoogleMap perjalanan ke tempat penginapan kami ambil masa 12 minit kalau berjalan kaki. Selalunya memang waktu perjalanan tu tepat. Jadi kalau nak balik ke stesen sini akan ambil masa 24 minit. Aku kira sempat sampai sebelum bas kami tiba.

di stesen kanazawa

stesen Kanazawa dari jauh


Aku tanya lagi sekali pada mereka berdua ni nak ke tidak ke tempat penginapan. Kali ni mereka setuju tapi macam acuh tak acuh je. Aku malas fikir banyak jadi terus gerak saja. 12 minit tu rasa macam sekejap saja. Tapi bila berjalan dengan tarik luggage tu memang rasa lama sungguh. Kami menginap di Kulton Apartment pada hari kedua. Apartment ni semuanya jenis layan diri. Tiada kaunter check-in apa pun.


jalan ke penginapan
Aku sudah bayar duit penginapan sebelum ke Jepun. Aku diberi nombor kod untuk dapatkan kunci yang ditinggalkan di luar apartmen. Buka saja pintu kami tinggalkan luggage dan terus bergerak kembali ke stesen Kanazawa. Kami terlewat di stesen lebih kurang 2 minit sahaja. Kami terlewat sebab banyak lampu isyarat semasa nak perjalanan ke apartment dan kembali ke sini. Aku tak nampak bas pun di stesen tersebut. Aku rasa kami dah terlepas bas ni sebab Jepun ni sangat tepati waktu.


Tapi sebahagian diri aku macam tak mahu percaya juga sebab tak mungkinlah bas tu tinggalkan kami yang terlewat 2 minit saja? Pemandu bas tak cuba tunggu sekurang-kurangnya 5 minit lewat ke kalau semua penumpang dalam senarai tak tiba lagi? Kemudian ada bas tiba, tapi bukan ke Shirakawago.


Aku rasa memang tak tertinggal bas kami ni. Beberapa minit kemudian ada bas tiba untuk ke Shirakawago. Aku tak rasa kami boleh naik bas tersebut walaupun seat mungkin tak penuh. Aidil cuba juga tanya kepada pegawai yang di luar bas sambil tunjuk tiket kami. Pegawai tersebut tunjuk arah kaunter tiket dalam bahasa Jepun. Aku agak dia suruh tempah tiket baru. Sah, kami tertinggal bas dan kena tempah tiket baru.


Aku bergerak ke kaunter tersebut dengan rasa rimas sebab kena berurusan dengan staf wanita di kaunter tersebut yang kurang mesra. Aku tak ingat macam mana aku fahamkan staf tersebut yang kami tertinggal bas dan perlukan bas seterusnya. Dia cakap dalam bahasa Jepun dan sikit-sikit Inggeris. Dia beritahu bas seterusnya pukul 2.30pm dan ada masa lebih kurang 30 minit saja berjalan-jalan si sana sebab bas pulang ke sini dalam pukul 4.25pm.


Aku faham dan kata tak kisah. Tapi aku tak tahu apa yang staf tu tak faham yang aku sebenarnya setuju untuk dapatkan bas seterusnya. Dia senyap sekejap dengan muka stres pandang aku. Dia beritahu lagi sekali tentang ada 30 minit di sana sambil mengeluh. Aku cakap “Ok…Mondai Arimasen” yang bermaksud "tiada masalah". Nasib baik dia faham kali ni. Tapi betul kata orang, sebenarnya bukan semua orang Jepun ni mesra seperti yang diceritakan. Contohnya staf yang jaga kaunter tiket ni, dari kali pertama aku ambil tiket dan kali kedua memanjang muka masam.


Jam baru pukul 1.00pm. Ada satu jam setengah sebelum bas tiba. Jadi kami bertiga jalan-jalan di dalam pusat membeli belah yang betul-betul terletak bersebelahan dengan Stesen Bas Kanazawa. Tiada apa yang menarik dalam pusat beli belah ni. Mungkin sebab aku bukan kaki membeli belah. Kali ni kami tunggu awal di luar stesen, bimbang kalau terlepas lagi sekali bas. Kami tunggu di luar hampir 20 minit sebelum bas tiba. Walaupun cuaca matahari terik tapi suhu sangatlah sejuk. Aku letak selalu tangan dalam baju sejuk. Kalau tidak, jari rasa kebas. Kali ni kami berjaya naik bas. Bas sangat kosong. Hanya kami betiga dan beberapa lagi orang penumpang lain sahaja.

kami tunggu bas di sini



tunggu bas dalam kesejukan


Syam tidur saja sepanjang perjalanan. Aku nak tidur juga tapi sebab pemandangan ke sana cantik jadi aku bantutkan saja niat. Aku dapat lihat lebih banyak bukit bersalji dengan lebih dekat kali ni apabila semakin hampir ke destinasi. Kami tiba di Shirakawago pada pukul 2.50pm. Sebab ada masa 30 minit saja jadi kami bergegas turun dan terus ke kawasan perumahan tradisional situ. Tiada rezeki, cuaca terik dan salji pun tinggal sikit sahaja dan nampak kotor. Ingatkan boleh dapat main salji tebal. Walaupun salji dah kurang tapi kawasan sini cantik. Aku dan Aidil cuba terjumpa kawasan yang masih ada salji. Syam pula entah mana membawa diri. Aku dan Aidil ambil foto dan cepat bergerak ke kawasan lain pula. Shirakawago sederhana luas, tapi dengan waktu 30 minit sahaja memang tak mungkin kami boleh lawat seluruh kawasan tersebut.

pemandangan menuju ke Shirakawago

rumah-rumah tradisional di Shirakawago

salji yang dah cair


Kami hanya sekejap di situ dan bergerak ke stesen bas. Kalau kami tertinggal bas ni memang nahaslah sebab ia adalah bas terakhir. Tak pasal merempat kami si Shirakawago dalam kesejukan. Kami tiba awal 5 minit. Lega rasanya bas belum bergerak. Tak tunggu lama, kami terus naik bas bila pemandu bas tengah periksa senarai nama penumpang. Bas pulang ke Stesen Kanazawa kali ni agak ramai pula penumpang. Aku dan Syam duduk seat paling hadapan. Terbaik, boleh lihat pemandangan dengan lebih jelas. Aidil pula tak pasti duduk di mana.  


Pemandangan waktu pulang lebih cantik matahari sedang terbenam. Cahaya matahari terpancar ke arah bukit bersalji. Cantik. Jam pukul 5.30pm tapi matahari dah senja. Waktu pulang terasa lebih pantas berlalu. Tiada restoran halal yang berdekatan kawasan stesen Kanazawa. Jadi kami singgah ke 7E selepas turun dari bas. Aku perasan Jepun ni sangat mudah jumpa mesin vendor, 7E dan Family Mart. Lalu di mana-mana saja akan terjumpa tiga benda ni.

jalan yang penuh salji semasa pulang


Kami periksa dahulu makanan apa yang halal dimakan di 7E melalui Halal Japan dalam Facebook. Aku cuma beli air teh lemon jenama Lipton. Syam beli yogurt dan beberapa makanan lain. Habis saja beli makanan apa yang patut kami bergerak ke tempat penginapan. Kami berehat dan uruskan diri.


Kulton Apartment ni kecil sahaja tapi lengkap dengan semua alat perkakas. Cuma yang masalah sedikit adalah bilik air yang sempit dan tidak boleh dikunci dari dalam. Malah, pintu bilik air tersebut agak lut cahaya. Siapa yang berada diluar boleh nampak badan orang di dalam bilik air. Aduh. Seperti biasa, aku suka berendam dalam tab mandi selepas menempuh suhu sejuk diluar. Lagipun di Malaysia aku tinggal di kampung, tiada tab mandi. Kalau musim hujan, terpaksa mandi air sejuk beku waktu pagi dan malam.


Makan malam aku hari kedua di Jepun hanya berbekalkan nasi Kembara Meal. Aku cuba menu Kembara Meal Ayam Masak Tomato. Sedap. Mungkin juga sebab aku lapar sangat sebab kami tak sempat makan tengahari.  Usai makan, urus diri, kami rehat dan menonton televisyen. Rancangan semua dalam bahasa Jepun. Termasuk pilihan menu televisyen pun dalam bahasa Jepun. Aidil berhenti menukar siaran televisyen apabila anime Jepun terkenal Detective Conan terpapar di skrin.


bilik mandi yang kecil

tandas pun kecil

nasi kembara meal yang dah dipanaskan
lemon tea Jepun yang rasa macam sedikit ubat

Aku pula sibuk fotostat passport untuk ditinggalkan di situ. Mengikut polisi Jepun, kami sebagai pelancong kena tinggalkan salinan passport. Aku menggunakan mesin printer yang berada atas mesin peti ais. Sudah ada lengkap arahan cara membuat salinan passport menggunakan printer tersebut. Mudah saja. Aku lipat dan letakkan dalam kotak sebelah pintu masuk. Jam pukul 9.30pm, aku ingat nak tidur awal tapi Syam mengajak keluar jalan-jalan. Aidil masa tu dah keluar pergi ke mana entah. Syam beriya nak keluar. Aku fikir bosan pula kalau duduk seorang di bilik sambil layan rancangan yang aku tak faham. Jadi aku ikut saja keluar sekali.


Kami keluar bersiar-siar. Suasana malam di sini agak sunyi, aman seperti di kampung. Kami menuju ke stesen Kanazawa, ambil foto malam di sana. Kemudian aku dan Syam pergi semula ke 7E yang kami singgah petang tadi. Aku tak beli apa-apa. Kami duduk sebentar diluar 7E sambil udara segar. Sejuk. Sangat sejuk! Tangan rasa kebas seperti digigit semut. Syam membuat panggilan video kepada kawan di Malaysia. Kemudian, kami ambil keputusan pulang semula ke apartment dan tidur.


stesen Kanazawa pada wakrtu malam

haaa ada sampah

BERSAMBUNG…..











Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~