Hari ke lima dan aku masih bersarapan maggi sebab sakit tekak. Seperti
biasa, kami berjalan 15 minit ke stesen Nishioji. Kami tiba di stesen pada
pukul 10.10am. Pagi ni kami nak menuju ke Istana Osaka. Perjalanan mengambil
masa lebih kurang sejam. Kami tiba di stesen Osakajokoen pada pukul 11.15am.
Turun saja dari keretapi kami kena berjalan pula kira-kira 15 minit
sebelum tiba di Istana Osaka. Kami jalan-jalan dengan santai saja. Syam dan
Aidil ternampak kedai Starbuck dan berminat untuk beli. Aku pula tak nak beli
sebab dengar kata Starbucks Jepun yang ada krim atau susu tidak halal. Tapi
kalau yang kopi atau coklat jenis pahit tanpa susu atau krim boleh saja minum.
Aku pula tak suka minuman pahit. Daripada nak minum air pahit dan mahal, lagi
baik telan ubat sebab macam tak ada beza pun rasanya.
Tapi Syam dan Aidil tetap beli Starbucks dan letak krim. Si Syam
siap ejek-ejek aku sebab takut nak beli Starbucks. Di angkat-angkat tinggi
cawan besar Starbucks tu depan aku. Lantak dialah berani minum.
|
Starbuck berdekatan Osaka Castle |
|
dalam Starbucks |
|
tandatangan yang ditinggalkan pelancong |
Kami teruskan berjalan ke Istana Osaka. Kena berjalan jauh sikit. Sebelum
tiba di istana, kami tiba di kawasan pokok bunga ceri. Bunga dah mula mekar
walaupun masih dalam musim sejuk. Sini lebih cantik bunga ceri sebab lebih
banyak pokoknya. Aku nak ambil foto, tapi Syam tak berminat dengan dengan
pemandangan situ dan terus berjalan ke istana. Jadi aku mintak tolong Aidil
ambilkan foto aku berlatar belakangkan pokok bunga ceri.
|
boleh nampak Istana Osaka dari jauh |
|
bunga ceri ... Cantik! |
Aku teruskan naik ke atas selepas tu. Aku naik dengan perlahan
sambil menikmati pemandangan. Laju-laju nak ke mana kan? Lagipun aku memang
suka perhatikan keadaan sekeliling, bukan jenis melancong ikut “cukup syarat”.
Melancong “cukup syarat” ni bagi aku jenis orang yang melawat tempat dalam
itinerary, ambil dua tiga foto kemudian terus pergi ke tempat lain. Bagi mereka
kira dah cukup jejak kaki situ, ada beberapa foto untuk muat naik di media sosial
sekadar nak tunjuk kepada rakan-rakan yang mereka dah jejak ke negara orang.
Setelah hampir 15 minit berjalan kami tiba juga di atas bukit. Makin
jelas Istana Osaka di depan kami. Kawasan di sini sangat luas, kalau nak buat
apa-apa acara pun boleh. Di sini korang boleh bergambar dengan berpakaian
samurai tapi kena bayarlah. Aku tak ingat berapa harga untuk bergambar, tapi
agak mahal, jadi aku tak berminat. Kami kemudian bergambar di depan Istana
Osaka. Besar betul istana ni. Kelihatan ada juga orang di tingkat paling atas
istana tersebut. Aku agak mesti mahal sungguh harga nak masuk dalam.
|
bergambar di hadapan Istana Osaka |
Kami kemudian tertarik dengan segerombolan pelancong yang berdekatan
situ. Aku ingin tahu apa yang menarik perhatian orang ramai. Rupa-rupanya ada
seorang warga asing membuat pertunjukkan magis. Kadang-kadang dia buat lawak
jenaka, tapi orang keliling senyap saja. Maklumlah penonton kebanyakan orang
Jepun sendiri, jadi mereka mungkin tak faham jenaka lelaki tersebut. Aku pula
nak tergelak bila penonton senyap bila lelaki tu buat jenaka, suasana dia
kkrikk krikkk gitu, hahaha. Tapi kadang-kadang penonton ketawa juga bila lelaki
tu buat jenaka tanpa dialog macam mr. Bean.
|
Kucing terbiar yang sihat! |
Puas melihat persembahan tersebut dan jalan-jalan di sekitar Istana
Osaka kami bercadang teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Tenpozan Ferris
Wheels. Lebih kurang puku 1.05pm kami berada di Stesen Osakajokoen untuk ke
Stesen Morinomiya. Kami kemudian turun dan naik pula keretapi lain untuk terus
ke Stesen Osakako.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami tiba di
Stesen Osakako lebih kurang pukul 1.35pm.
Nak ke Tenpozan Ferris Wheels kena berjalan lagi. Melancong di Jepun
ni memang banyak berjalan. Boleh hilang berat berapa kilo jugalah kalau ke
sini. Kalau malas nak berjalan tu bolehlah sewa basikal atau motor. Tapi kena
keluar lebih duitlah. Aku juga bercadang nak beli cenderahati kepada
kawan-kawan sekerj. Aku dapat tahu sebelum tiba di Tenpozan Ferris Wheels ada
satu kedai kecil tepi jalan menjual cenderahati murah. Kedai tersebut di jaga
oleh seorang wanita tua, dah kira macam nenek. Pemilik kedai tu boleh berbahasa
Melayu, Cina dan beberapa bahasa lain. Mungkin sebab ramai orang selalu beli
dekat dia jadi dia cuba belajar bahasa lain. Baguslah, mudah kami nak
berkomunikasi. Kedai dia agak using dan barang-barang pun agak tidak tersusun.
Tapi barang dijual masih elok dan baru. Murah pula tu. Cenderahati di tempat
tak mungkin boleh dapat semurah macam ni. Jadi aku beli banyak-banyak fridge
magnet.
|
ada jual makanan halal.. |
|
kedai souvenir ni memang nampak kurang terurus..tapi harga murah! |
Puas membeli kami terus ke Tenpozan. Ada pula reka bina zirafah yang
dibuat menggunakan Lego. Kami pun ambil la beberapa foto bersama zirafah tu dan
juga Tenpozan Ferris Wheels dari bawah. Entah macam mana kami naik ke tingkat
atas bangunan dan ke kaunter untuk menaiki Ferris Wheels. Sebenarnya tiada
dalam rancangan kami nak naik Ferris Wheels tu pun. Tapi Aidil macam berminat
sungguh nak naik. Aku Ok saja. Syam pula macam tak kisah sangat. Jadi kami
bertiga setuju untuk naik sekali. Harga satu tiket adalah 800yen seorang.
Kami perlu beratur sebelum naik. Ada dua barisan. Satu barisan untuk
gondola yang lantainya tak boleh lihat pemandangan. Satu lagi barisan untuk
gondola yang bawahnya lutsinar. Nampak seperti semua orang beratur di barisan
gondola lutsinar. Jadi kami pun tunggu saja hampir 15 minit di barisan
lutsinar. Hampir 15 minit berlalu tiba giliran kami naik. Nasib baik kami tak
perlu bercampur naik dengan orang lain.
|
tenpozan ferris wheels |
|
panjangnya bulu mata |
Sebelum ni aku pernah naik ferris wheel di Melaka. Tapi Tenpozan
ferris wheel ni sangat besar dan rasa sangat berbeza dengan di Melaka. Rasa
sedikit gayat ada bila gondola tu berhenti betul-betul di paras paling tinggi.
Tambahan gondola kami jenis lutsinar jadi boleh nampak apa di bawah.
Pemandangan kiri kanan sangat cantik. Lagi cantik kalau naik semasa matahari
terbenam atau malam. Tapi kami ada lagi lokasi lain untuk singgah jadi terpaksa
datang sini awal. Kami berada di atas ferris wheel lebih kurang 10 minit.
|
Aidil beli tiket |
|
tengah tunggu giliran |
Bagi aku tak rugi kalau korang datang belanja duit naik Tenpozan
Ferris Wheels. Selesai melihat pemandangan dari atas kami teruskan ke lokasi
seterusnya. Semasa turun dan lalu di dalam bangunan membeli belah lelangit
mulut aku pedih. Aku dah agak hidung aku berdarah dan darah dah beku. Aku kalut
cari tandas. Syam dan Aidil pun turut ikut saja ke tandas lepaskan hajat. Aku
pula ke singki dan tengok kiri kanan dahulu. Tak kelihatan siapa dan aku ludah
darah beku tersebut. Pekat dan hitan darah beku. Ni bukan kali pertama. Dulu
masa pergi ke Perth pun hidung aku berdarah beku. Sebab dah terbiasa jadi aku
tak panik pun. Nanti balik Malaysia dah tak terdedah udara dingin baiklah
hidung ni.
|
pemandangan dari atas Tenpozan Ferris Wheels |
Kami kembali berjalan ke stesen Morinomiya. Elok-elok kami imbas kad
Icoca ada beberapa orang pelancong dari Thailand mendekati kami ingin meminjam
wifi. Mesti mereka dah cuba cari wifi percuma, dan bila kami tiba situ mereka
perasan ada wifi baru dijumpai dalam telefon mereka. Aku risau juga takut kalau
mereka ada niat lain. Curi duit ke, peras ugut ke. Seorang daripada mereka
kemudian telefon seseorang. Aidil pula masa ni tengah sibuk cari mesin untuk
topup kad icoca. Selesai telefon, mereka ucapkan terima kasih dan kami pun
teruskan ke landasan keretapi. Selamat tak ada apa-apa berlaku.
Aidil ajak kami ke Hard Rock Cafe. Sebenarnya tak ada dalam
itinerary pun nak ke sini. Kami tiba di Hard Rock Café pada pukul 3.40pm. Aku
tak berminat dengan jenama Hard Rock Café ni, jadi aku cuma ambil beberapa foto
di dalam dan kemudian tunggu di luar menikmati pemandangan bandar. Kiri kanan
pesat dengan bangunan tapi tenang dan aman, tak bising. Tunggu hampir 15 minit
Syam dan Aidil masih di dalam. Aku singgah sebentar di 7E di seberang jalan.
Tiada apa yang menarik jadi aku jalan kembali ke Hard Rock Café dan duduk di
luar. Hampir 40 minit juga la Syam dan Aidil membeli belah.
|
pemandangan luar berdekatan Hard Rock Cafe |
|
pemandangan semasa mencari kedai ramen |
Perut dah mula lapar. Kami bercadang untuk makan di Honolu Ramen.
Kena berjalan hampir 20 minit juga la dari Hard Rock Café. Kami berjalan
berpandukan GoogleMap saja. Kedai ramen ni berada di kawasan lorong yang sunyi.
Ah, boleh kata semua kawasan bandar sini sunyi. Sesuai untuk siapa yang suka
suasana aman dan tenang macam aku ni. Kami tiba akhirnya di Honolu Ramen.
Mula-mula aku was-was, betul ke ni kedai ramen yang dikatakan popular tu?
Tapi bila tengok di dalam ada satu pasangan yang mana si perempuan
bertudung. Maksudnya pelancong beragama Islam. Bila tengok di papan iklan dan
pintu ada tanda Halal. Kami berada di luar sekejap sambil fikir nak pesan menu
apa. Walaupun kedai ni kecil daripada kedai di Malaysia tapi ianya bersih dan
canggih. Nak pesan makanan kena masukkan duit di dalam mesin. Aku pesan Fried
Chicken Ramen berharga 1080yen. Lepas masukkan duit, mesin tu akan keluarkan
resit. Resit tersebut kemudian diberikan kepada tukang masak.
Kedai ni juga pernah dilawati oleh pelakon Emma Maembong.Ada autograf
dia atas rak. Artis dari seberang pun ada, cuma kami tak kenal artis
tersebut.
|
depan kedai ramen Honolu |
|
antara menu di sini |
|
mesin layan diri |
|
kena bagi kertas ni untuk tempah makan |
|
mesin layan diri tersebut |
|
Emma Maembong dan artis dari seberang ada datang sini |
Kami bertiga duduk di bahagian tengah kedai. Kami cuma senyum-senyum
saja dengan pasangan tersebut sebab tak pasti orang Indo atau Malaysia.
Sementara kami menunggu tu, dua perempuan yang mungkin sebaya kami datang.
Dengar mereka berbahasa Melayu jadi Syam dan Aidil bersembang dengan mereka.
Mereka berdua memang dari Malaysia juga. Katanya, mereka datang dari Tokyo dan
melancong 9 hari kalau tak silap. Lagi lama daripada kami.
Hampir 15 minit menunggu, ramen kami sedia dihidang. Kami bertiga
berhenti sembang dan makan. Sangat sedap! Kuahnya pekat dan ramen dia rasa
segar. Paling sedap ayam gorengnya yang lembut di dalam, serta rasa rempahnya
kuat dalam isi. Aku sangat syorkan sesiapa yang datang Osaka, silalah datang
makan ramen sini.
|
sedap! |
Habis makan, kami bergerak ke Shinsaibashi Street lagi sekali. Tiada
dalam itinerary pun. Tapi pergi lagi sekali sebab Syam dan Aidil nak membeli
belah. Aku ikut sajalah. Perjalanan lebih kurang 15 minit dari kedai Ramen
Honolu. Tengah-tengah berjalan tu aku terjumpa satu mesin air yang ada jual air
coklat Ven Houtan. Air coklat ni ramai orang Malaysia suka beli ketika di
Jepun. Katanya sedap. Jadi kami bertiga memang memburu air ni sejak awal datang
ke Jepun. Aku biarkan Syam dan Aidil beli dulu. Elok-elok bila giliran aku nak
beli, air tu dah habis. Ahhhh…. aku yang jumpa tapi diorang yang dapat beli.
Susah sebenarnya nak jumpa air ni. Jadi kami teruskan berjalan ke Shinsaibashi.
Syam tak sudah perli-perli aku sebab tak dapat beli air coklat tu.
Syam dan Aidil ke sini kembali sebab nak beli kasut dan jam. Mulanya
ke kedai kasut dahulu. Aku cuma duduk perhati orang sekeliling sambil tunggu
mereka berdua beli kasut. Dah habis beli kasut, gerak pula ke kedai jam Tokia.
Kebetulan sebelah kedai Tokia tu ada Family Mart. Lama sangat menunggu mereka
berdua, aku masuk dalam Family Mart cuba nasib kalau ada jual air coklat Van
Houten. Fuh, rezeki! Ada jual air coklat Van Houten yang lebih besar kat sini.
Aku beli 3 kotak. Nak minum sini sikit dan bawa balik dua kotak ke Malaysia.
|
Jumpa yang lebih besar. |
Habis beli aku keluar dan mereka berdua masih tak sudah
tengok-tengok jam. Berapa minit lepas tu baru mereka beli dan tamatlah sesi
membeli belah. Kami bergegas ke stesen keretapi, tak mahu terlepas keretapi
terkakhir yang boleh guna Kansai pass seperti hari sebelumnya. Rugi nanti kena
guna banyak duit kad Icoca pula.
Hari ni kami bernasib baik tak terlepas keretapi. Seperti biasa tiba
saja di stesen Nishioji, kena berjalan hampir 15 minit dan baru tiba di tempat
penginapan kami. Tekak aku masih sakit. Esok adalah hari terakhir kami di
Jepun. Rasa cepat betul masa berlalu. Destinasi kami seterusnya ialah Kobe.
Terima kasih kerana sudi baca, assalam