Hari terakhir kami di Jepun. Aduh, nanti nak kena balik Malaysia dan
bekerja semula. Malas! Tapi terpaksa la, kalau tak kerja nanti tak ada duit nak
melancong lagi, huhu. Tekak aku masih sakit tapi aku terpaksa sarapan nasi ayam
merah walaupun tak berapa berselera. Kena makan juga sebab nak kurangkan berat
beg.
aku tidur hujung tu, kemas je katil, huhu. |
Selesai urus diri kami bergerak ke stesen Nishioji untuk kali
terakhir. Lebih kurang pukul 10am kami menaiki keretapi dan tiba di Kobe pada
pukul 11.15am. Kami bertiga tinggalkan dahulu beg di tempat locker. Kami
tukarkan duit kertas kepada syiling di kaunter berdekatan situ.
bye bye Osaka |
Destinasi kami di Kobe adalah untuk melawat Masjid Kobe, dan
lain-lain lagi. Tapi lain pula jadinya. Disebabkan hujan pada hari tersebut,
kami cuma melawati Masjid Kobe dan membeli belah. Destinasi pertama kami di
Kobe adalah bergambar dengan tugu robot gergasi Tetsujin. Habis bergambar kami
menjengah kawasan tersebut. Syam dan Aidil kemudian terjumpa kedai jual barang
terpakai. Nama kedai tesebut ialah Re-use Shop. Aku tak beli apa-apa sebab
tiada dalam itinerary pun nak ke sini. Syam dan Aidil masa agak lama untuk
membeli barang. Hampir lebih kurang sejam kami di sini. Aku dah penat
jalan-jalan dalam kedai tersebut dan duduk di satu kerusi sambil tunggu mereka
berdua.
dalam cermin ni pun leh nampak Tetsujin, besar sangat, |
Tunggu punya tunggu masih tak selesai. Jadi aku ambil keputusan ke
satu kedai yang menjual coklat kapal. Aku nak beli lagi coklat tersebut bawa
pulang ke Malaysia. Harga di sini sedikit mahal berbanding di Nara. Tapi aku
beli saja sebab sini merupakan destinasi terakhir kami. Aku beli lagi 5 kotak. Kemudian
Syam dan Aidil pun kebetulan dah sampai di kedai coklat ni. Kami teruskan
perjalan ke Masjid Kobe.
Perjalanan ambil masa 20 minit. Jauh juga. Masa kami dalam perjalan
tiba-tiba hujan renyai. Aku tengok telefon bimbit, masih ada 10 minit untuk
sampai ke masjid. Aku terus berjalan dan kami sampai di kawasan yang ada banyak
kedai muslim. Rasanya dah nak sampai. Masjid Kobe terletak di kawasan yang agak
tinggi jadi kami kena berjalan di kawasan yang agak curam. Dalam hujan pula tu.
Akhirnya kami tiba di Masjid Kobe dan bergambar diluar dahulu.
Kemudian kami masuk dalam untuk menunaikan solat jamak dan berehat sebentar.
Kami disambut oleh penjaga situ. Bukan orang Jepun jika dilihat dari rupa dia.
Dia salam kami bertiga. Boleh tahan kuat dia genggam tangan kami. Rasa macam
nak patah tapak tangan.
dalam masjid Kobe |
tempat ambil wuduk |
masjid Kobe dari luar. |
Keadaan dalam masjid sangat bersih dan tenang. Tambah-tambah lagi
dengan hujan di luar. Paip air sini ada air panas. Apa lagi, aku pun ambil
wuduk dengan air panas. Selesai solat jamak kami kembali di stesen keretapi
Shin Osaka untuk ke Kansai International Airport.
Menuju ke stesen |
Kami tiba di lapangan terbang lebih kurang pukul 4.40petang. Masih
banyak masa sebelum waktu penerbangan kami. Jadi kami je kedai 3Coin.
Memandangkan aku masih ada lagi sedikit baki duit, aku beli Tote bag. Kemudian
kami terus check in luggage di tingkat paling atas. Beberapa jam sebelum
berlepas kami pun terus ke gate. Kami tak sempat makan malam pun sebenarnya
lagi.
kansai international airport |
Jadi aku beli satu kotak coklat kapal di mesin vendor di area
menunggu. Harga sedikit mahal iaitu 100yen sekotak. Tapi aku tak kisah, nak isi
perut punya pasal. Aku cuma duduk, sebab penat dan sakit tekak. Kemudian dah
nampak ramai beratur untuk ke Malaysia. Kami pun beratur siap-siap. Aku
ternampak satu keluarga Melayu yang naik sama pesawat dengan kami ke sini. Kami
pun cuma senyum-senyum saja bila terpandang mereka.
Bila pandang di luar, Jepun masih lagi hujan. Rasa tenang dan
sedikit risau, takut air turbulence. Kami masuk dalam perut kapal terbang. Aku
letak beg kamera di bawah tempat duduk. Aku letak kepala dan lena. Penat. Aku
kemudian terjaga semasa pramugara mengedarkan makanan. Dah tak ingat aky pesan
makanan apa, haha. Tak sempat nak makan kapal terbang bergegar. Aku makan je,
buat tak tahu. Syam tersedar dari tidur. Aidil pula masih nyenyak tidur. Dah
habis makan pun kapal terbang masih bergegar kuat dan lama. Pramugara masa ni
berhenti mengedar dan menjual makanan. Aidil terjaga dari tidur dan nampak
risau. Aku dengan Syam pula yang dah biasa cuma rileks. Masa ni ada pengumuman
untuk cuba tenangkan penumpang. Aku rasa penat dan terlena walaupun kapal
bergegar, hahah.
Aku terjaga kembali apabila ada pengumuman hampir tiba di KLIA.
Alhamdullillah, kami selamat mendarat. Kami bergegas selesaikan pemulangan
poket wifi dan tunggu pesawat ke Pulau Pinang. Perjalanan ke Pulau Pinang
berjalan lancer sebab cuaca elok. Touch down di Pulau Pinang dan kami pulang ke
rumah masing-masing.
Kansai yang hujan |
сайн уу намайг гэдэг.
ReplyDeleteтанай вэбсайт маш сайн байна. Би найзууддаа санал болгож байна