January 17, 2020

MELANCONG KE OSAKA : DAY 1 : PEN – KL – KANSAI


Kami bertolak awal pagi ke Penang Airport, lebih kurang pukul 7.20 pagi. Penerbangan kami dari KLIA2 ke Kansai International Airport pula pada pukul 2.30 petang macam tu. Sementara nak tunggu waktu berlepas kami makan dulu di Texas Chicken dan ambil pocket wifi. Kami guna servis Roaming Man untuk data wifi sepanjang di Jepun. Bukan Runningman tau, tapi Roaming Man.

penang airport


Aku pun tak tau apa punca aku sakit perut memulas sementara tunggu flight ke Jepun. Berapa kali aku ulang alik ke tandas. Paling terakhir aku ke tandas semasa dah di kawasan pintu gate. Sebab kalut aku tertinggal jam di tandas, adusss. Jam tu kakak aku beli dekat Jepun juga, kebetulan. Dah masa aku atas kapal terbang baru aku perasan jam tu tak ada. Aku terlupa sebab kalut dan sudah bertahun tak pakai jam tangan.


Nasi dah jadi bubur, hilang jam kat Malaysia jangan harap la nak jumpa balik. Kalau terhilang dekat Jepun boleh la kot jumpa lagi. Dari KLIA2 ke Kansai mengambil masa 6 jam lebih. Aku perasan ada orang Malaysia datang sekeluarga melancong ke Jepun. Aku bernasib baik dapat duduk seat tepi berdekatan tingkap sebelah kanan. Tapi orang yang duduk sebelah tingkap kiri lebih untung sebab pemandangan waktu senja sebelah situ lagi cantik.

menu kegemaran aku


pemandangan senja dari atas pesawat



Kami tiba di Kansai International Airport pada pukul 9.40pm waktu Jepun seperti yang dijadualkan. Masa kami turun ni kami agak rush sebab nak kena tukar Kansai Area pass dan beli ICOCA. ICOCA ada kad macam Touch’nGo. Kad ni luas digunakan di area Kansai. Kad ni bukan setakat guna untuk naik bas, kereta api, tapi boleh juga guna untuk shopping. Aku dah lupa harga deposit kad ni semua sebab dah lama, huhu.


Aku sebenarnya berdebar juga takut tak sempat nak urus semua sebelum sampai ke tempat penginapan sebab masalah bahasa. Kami tempat kami menginap ialah Bighem Maison. Waktu terakhir check-in adalah pukul 10.30pm waktu Jepun. Tapi perjalanan dari Kansai International Airport ke sana ambil masa sejam. Aku ada mintak special request dah dari pemilik Bighem Maison untuk lewat check-in. Tapi takut kalau kami tiba lewat daripada waktu yang dah request tu. Malu nanti nama orang Malaysia tak tepati waktu kat sana.


Habis urus tukar pass semua kami turun ke bawah naik keretapi. Turun saja kami tak tahu nak naik keretapi yang mana. Jadi aku bukak siap-siap Googlemap tunjuk keretapi yang kami nak naik dekat petugas dekat situ. Dia tunjuk keretapi yang sebelah kanan. Kami pun naik saja la walaupun was-was. Dekat Jepun aku cadangkan korang guna la Googlemap kalau nak ke mana-mana. Sangat membantu.

peta tren



Bighem Maison terletak di Izumisano, jadi aku fokus peta dalam keretapi tu. Aku dekat Malaysia pun tak pernah naik LRT atau keretapi jadi aku kena cepat hadam peta dalam bahasa Jepun ni pulak. Nasib baik tak susah nak faham sangat.


Kami kena turun dan tukar stesen dahulu sebelum betul-betul sampai ke Bighem Maison. Tak silap aku , kami turun di stesen Kumatori. Serius sejuk betul masa tengah tunggu keretapi sampai. Aku terus pakai baju winter yang dibeli melalui Lazada. Baju murah tapi sangat tahan sejuk dan basah.

menunggu tren. Sejuk !


Pukul berapa tak pasti kami naik keretapi. Ruang kosong, tak ramai penumpang masa kami naik. Kami tiba di stesen Higashi-Sano dalam pukul 11.20pm. Kena berjalan dalam beberapa minit untuk sampai ke tempat penginapan. Jalan sangat sunyi walaupun pesat dengan pembangunan. Tengah kami berjalan tu ada kereta datang dari belakang, laju pulak tu. Siapa kata orang Jepun semua bawa kereta dengan penuh berhemah? Haha. Dah la kawasan tu jalan bukan luas mana pun.


Googlemap menunjukkan aku dah sampai di Bighem Maison. Tapi kami tak nampak pula dekat mana, sebab kawasan situ gelap betul. Lampu banyak yang tak dinyalakan. Jimat elektrik betul Jepun ni. Kami pusing-pusing dekat area situ dan akhirnya jumpa tempat penginapan pertama kami. Nak cari saja pun cukup mencabar.


Kami tekan loceng dan berharap pemilik belum tidur. Nervous. Alhamdullillah pintu dibuka dan kami disambut oleh pemilik penginapan wanita. Pemilik penginapan kami ni fasih berbahasa Inggeris. Lega. Tak susah la kami nak berkomunikasi. Dia menerangkan kawasan situ aman, kereta boleh tinggal di luar tanpa kunci pintu. Kereta tak akan dicuri. Memang kami perasan banyak kereta mahal-mahal dibiarkan di luar macam tu saja. Kebanyakan rumah situ tak ada pun pagar macam di Malaysia. Tambah dia, kami boleh check-out sendiri esoknya sebab pintu rumah pun tak pernah dikunci.


Selain kami, ada sepasang pelancong dari US kalau tak silap sudah tidur yang duduk di bilik sebelah kami menurut pemilik. Bilik kami di tingkat atas. Kena naik tangga kayu yang sangat curam. Seram juga nak naik dengan angkut beg luggage yang berat. Takut jatuh terguling saja. Penginapan kami ni berbentuk rumah tradisional Jepun. Tidur menggunakan futon saja, tiada katil,  tapi lengkap dengan alat-alat seperti microwave, pemanas air, pengering rambut, alat pemanas, dan peti ais mini.


Kami bayar duit penginapan secara tunai. Aku lupa berapa jumlah dalam unit Yen, tapi kalau ditukar kepada MYR adalah berjumlah RM247. Habis penerangan oleh pemilik kami pun urus diri. Aku ad abaca di Facebook page Backpackers dan Road To Japan, ramai yang kata masa musim sejuk jangan mandi bersabun dan air panas nanti kulit gatal-gatal. Aku pula rasa macam tak bersih kalau mandi tanpa sabun, jadi aku dengan degil masih mandi dengan sabun dari Malaysia yang dah diletak dalam botol kecil.

bilik kami






Sebab sejuk aku mandi juga dengan air panas. Dah la aku ni ada psoriasis yang kalau boleh kena elak mandi air panas. Tak pedulikan saja sebab sejuk sangat ni. Alhamdullillah, tak ada rasa gatal-gatal apa sangat pun? Usai mandi aku pun masuk bilik nak tidur. Si Aidil masa ni tak pasti keluar pergi mana, dia tiada dalam rumah. Dah la sejuk tahap giler!


Syam yang dari awal tiba ke Jepun asyik kata Jepun tak sejuk macam di Korea pula dah mula hidupkan alat pemanas. Gagal lelapkan mata sebab aku minum air kopi semasa di dalam Air Asia. Ni semua gara-gara salah Syam pergi pesan air kopi. Terpaksalah aku minum juga sebab kopi tu bukan ada penutup. Kalau tiba-tiba ada air turbulence tak pasal melecur kena simbah dengan air kopi hangat.

cuba hangatkan badan





Aku cuba akses internet percuma di Bighem Maison. Internet sangatlah laju. Video Youtube boleh dimainkan dengan kualiti 720P tanpa tersekat. Jam dah lepas pukul 1 pagi waktu Jepun dan aku masih tak tidur. Sejuk dan penangan kopi Air Asia punya angkara…..

Bersambung.....




Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~