Hari ketiga di Jepun. Kami bangun urus diri. Kami bertolak semula ke
stesen Kanazawa dan menaiki keretapi Thunderbird ke Osaka. Perjalan mengambil
masa 2 jam setengah. Hari ketiga ni sangat malang bagi aku. Ketika tiba di
stesen Kyoto kami bergegas keluar dan aku tertinggal kamera DSLR di seat. Aku
cuma perasan semasa kami hendak simpan barang di dalam locker.
sarapan aku |
menuju ke stesen kanazawa ke osaka |
Aku lari semula ke laluan keretapi yang kami turun dengan berharap
sempat masuk dalam dan ambil. Tapi malangnya keretapi dan bergerak.
Aku yakin boleh jumpa semula kamera aku sebab ramai pelancong kata
barang yang hilang di jepun selalu dapat semula. Sistem Lost and Found Jepun
selalu dipuji. Tapi aku masih rasa sedih sebab aku tak pasti boleh dapat pada
hari tersebut juga. Bila fikir aku tak dapat nak ambil foto dengan kamera
memang rasa sedih.
Habis simpan beg di dalam luggage kami turun ke bawah cari kaunter
yang kami boleh tanya berkaitan barang hilang. Kami diberi satu kertas peta
kaunter Lost and Found oleh staf di kaunter. Semasa kami tengah pening kepala nak
fahamkan peta tersebut datang seorang lelaki Jepun rasanya cuba bantu kami. Dia
bertutur dalam bahasa Inggeris yang ada pelat Jepun. Aku rasa dia cuba bantu
sambil nak tingkatkan kebolehan berbahasa Inggeris juga.
Kami ucapkan terima kasih. Tapi kami ambil keputusan menghubungi
pejabat Lost and Found menggunakan telefon Aidil sebab dia beli simkad Jepun.
Syam bantu tolong bercakap sambil aku bagi maklumat yang diperlukan. Lama juga
yang ditanya oleh staf dalam talian. Kami bagi semua maklumat termasuk alamat
tempat penginapan kami, Sakura Guesthouse. Tiba-tiba talian terputus. Rasanya
kredit habis.
Aku rasa tak patut cuba uruskan hal kamera hingga selesai dan baru
bergerak ke destinasi. Lagipun kami dan terlewat beberapa minit daripada jadual
itinerari. Jadi ajak teruskan saja dahulu ke Fushimi Inari dan bertawakal
kamera aku boleh dijumpai nanti. Jadi hari ketiga ni kurang foto. Aku pinjam
DSLR Canon Aidil dan gunakan telefon pintar untuk ambil foto pada hari
tersebut. Terasa kosong pulak otak, sebab aku datang Jepun nak ambil foto
cantik banyak-banyak.
Hari tersebut gelap diiringi hujan renyai-renyai. Kami tiba di
Fushimi Inari pada pukul 12.17pm. Fushimi Inari ni terkenal dengan tiang-tiang
besar berwarna jingga yang panjang tersusun cantik menuju atas bukit. Aku
dapati banyak patung batu musang. Teringat aku kepada anime terkenal Naruto.
laluan popular di Fusihimi Inari taisha |
Aku ingatkan boleh dapat gambar bersendiri di situ tanpa ada
kehadiran pelancong lain tapi sangat susah. Kami tidak cuba teruskan perjalanan
sampai ke hujung laluan tiang tersebut sebab masih ada rancangan ke destinasi
lain. Waktu telah pukul 1.00pm dan kami bercadang untuk gerak ke Biwako Valley
pula.
Perjalanan ke Biwako Valley dari Stesen Inari lebih kurang 2 jam.
Kami harap kali dapat la kami main salji. Aku pula harap ada salji turun di
sana. Hujan renyai masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Semasa
dalam keretapi menuju ke Biwako Valley aku keliru dengan tunjuk arah aplikasi
Travel Japan. Aplikasi tersebut tunjuk seperti kami perlu turun di satu stesen
dan pada masa yang sama tunjuk yang seperti perlu tunggu saja dalam keretapi.
Aku tanyakan Syam dan dia pun macam tak pasti. Keretapi kemudian berhenti pada
stesen yang ditunjuk dalam aplikasi Travel Japan.
Kami turun saja. Stesen tersebut di tengah-tengah kawasan lapang. Di
hujung sikit kelihatan bandar. Aku cuba buka aplikasi tersebut dan ternyata
kami tersalah turun. Kami terpaksa tunggu keretapi seterusnya tiba dalam 15
minit. Keadaan di stesen tersebut sangat sunyi. Tiada orang lain melainkan kami
bertiga. Hujan masih renyai-renyai dan suhu sangat rendah. Terasa sejuk sangat.
Baru petang, kalau malam mesti lagi sejuk. Terasa lega bila keretapi dah tiba.
Tanpa membuang masa, kami terus naik keretapi dan teruskan perjalan ke Biwako
Valley.
Kami tiba di Shiga lebih kurang pukul 3.10pm. Stesen sini pun sunyi
saja. Aku was-was, takut tersalah turun lagi. Kali ni kalau tersalah turun
memang terpaksa lupakan terus niat nak main salji. Stesen tersebut lengang,
tiada orang langsung. Kaunter penjaga yang selalunya kami perlu tunjuk pas
Kansai kelihatan tutup. Cuma laluan kad Icoca beroperasi. Namun tiada penghalag
besi untuk laluan kaunter pelancong luar jadi kami lalu saja di situ tanpa guna
kad Icoca. Kami memang menaiki keretapi yang percuma kalau ada kas pass Kansai
jadi kenapa nak gunakan pula kad Icoca.
Keluar saja dari stesen tersebut kami ternampak stesen bas di
sebelah kanan pintu. Kami perhatikan papan tanda dan berasa lega bila tahu kami
turun di stesen yang betul kali ni. Kami juga bernasib baik kerana masih ada
lagi satu bas terakhir yang akan tiba dalam 30 minit. Tapi 30 minit tersebut
agak menyeksakan juga sebab cuaca sangat sejuk. Aku pergi ke tandas dengan
Aidil sementara Syam menunggu di luar. Baru saja aku buka pintu nak masuk
tandas ternampak pulak najis atas lantai. Siapa kata tandas di Jepun semua
bersih?
Kebetulan masa kami melawat ke Jepun ada pula berita tentang flu
yang merebak yang buatkan aku bertambah paranoid nak masuk dalam tandas. Aku
tunggu Aidil keluar dari tandas sebelah dan masuk kemudian. Malang lagi tandas
ni tiada sabun. Aku cuba buka pili air di singki dengan bahagian belakang jari
aku. Teruk sangat dah paranoid aku ni haha. Lagipun sebenarnya masa ni aku dah
terasa sikit sakit tekak. Aku tak pasti sebab cuaca sejuk atau aku memang dah
terjangkit kena flu.
Selesai urusan di tandas aku keluar dan tunggu bas dalam kesejukan
semula. Bas tiba pada pukul 3.30pm. Kami masuk di dalam cepat-cepat, tak tahan
sejuk. Sebelum bertolak, pemandu bas tersebut terangkan waktu bas terakhir yang
akan bertolak dari Biwako Valley ke stesen tersebut kembali. Perjalanan ke
Biwako Valley mengambil masa lebih kurang 15 minit. Aku sedikit kecewa sebab
salji tidak turun pada hari tersebut. Bukan rezeki la nampaknya. Tapi tak
apalah, asalkan di atas sana nanti pasti ada salji juga.
Kami turun bas pada pukul 3.48pm dan terus ke kaunter. Tiket pergi
balik berharga 2500yen. Ketika tiba sini barulah nampak ramai pelancong lain.
Perjalanan dari bawah ke atas bukit mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan
menggunakan kereta kabel. Keadaan agak berkabus jadi tak berapa jelas
pemandangan ke atas bukit. Turun saja dari kereta kabel terdapat kaunter untuk
menyewa alat bermain salji sperti ski, baju sejuk dan lain-lain.
bas ke atas bukit |
di atas kereta kabel |
putih salji! |
Kami tak bercadang nak bermain ski sebab ingin jimat bajet dan masa.
Kami bertiga berjalan menuju ke kawasan bersalji. Turun-turun tangga terpampang
pemandangan tanah yang putih dipenuhi salji. Udara nyaman dan dingin. Akhirnya
dapat juga bermain salji. Selama ni hanya lihat di kaca televisyen atau media
social. Kelihatan seperti semua pelancong datang bermain ski kecuali kami.
Bila dah dapat sentuh salji ni haruslah cuba bentukkan sebesar saiz
bola ping pong dan baling kepada kawan. Perang salji lah, apa lagi. Kami
berjalan lebih atas dan pemandangan lebih putih. Langit dan tanah seperti
bercantum. Cantik. Syam membuat rakaman video live melalui aplikasi Instagram.
Aidil sibuk selfie. Aku pula merakam video pemandangan keliling.
Aku cuba perhatikan juga kalau ada orang Malaysia yang kebetulan
datang sini pada masa tu. Tapi macam tiada saja. Kami bertiga saja yang sibuk
main salji sambil merakam video. Pelancong lain semuanya giat bermain ski. Kami
bercadang berada sini sehingga 15 minit sebelum kawasan ini ditutup.
Puas bermain salji, kami menuju ke kembali ke kereta kabel untuk
pulang. Kereta kabel waktu pulang sangat sesak berbanding ketika ingin naik ke
atas. Kami perlu kembali ke Stesen Kyoto dan mencari pejabat Lost n Found untuk
bertanya tentang kamera aku. Ketika tiba di Stesen Kyoto waktu sudah gelap. Aku
buka aplikasi GoogleMap dan mengambil masa 15 minit untuk ke pejabat Lost n
Found. Kedudukannya agak tersorok di lorong belakang bangunan.
Aku masuk ke dalam dan tunjukkan maklumat kamera aku. Aku dah tulis
siap dalam telefon maklumat seperti nama keretapi, waktu, dan jenama kamera. Staf
tersebut seperti tidak bertutur langsung bahasa Inggeris namun dia seolah-olah
faham dengan maklumat yang aku tunjuk. Aku terdengar dia sebut “kamera” tapi
jenama Canon. Padahal kamera aku jenama Nikon. Banyak kali juga aku dengar dia
sebut Canon. Aku fikir tak akan la kebetulan pula ada orang lain hilang kamera
juga masa tersebut. Aku sangat berharap mereka salah tengok jenama kamera.
Aku risau juga mereka tidak tersalah lihat sebab kamera DSLR
sentiasa ada logo dan nama yang jelas terpampang di atas badannya. Jauh beza
sangat perkataan Canon dan Nikon. Habis berbual di telefon, staf tersebut
menulis sesuatu di atas kertas nota dan bagi kepada aku. Staf tersebut
terangkan kamera aku berada di Lost n Found Stesen Osaka. Aku lega bercampur
dan risau kalau kamera yang mereka jumpa betul-betul jenama Canon. Takut mereka
tersalah bagi kamera orang kepada aku.
Kami teruskan perjalanan ke Sakura Guesthouse. Perjalanan agak jauh,
mengambil masa hampir 40 minit kalau berjalan kaki. Penat betul berjalan selama
40 minit sambil menarik beg roda besar. Sakura Guesthouse terletak di
tengah-tengah kawasan perumahan. Tiba saja di Sakura Guesthouse, kami terus
buat bayaran secara tunai. Pemilik guesthouse juga memberi nota kertas kuning
berkaitan kamera aku. Wah, sangat efisyen cara Lost n Found Jepun ni. Kagum
kejap. Kami terus naik atas ke bilik.
Kami akan berada di Guesthouse ini sehingga hari terakhir di Jepun.
Bilik kami lengkap dengan semua alat, kecuali tiada alat pemanas. Jadi semasa
nak tidur aku terpaksa pakai tiga lapis baju untuk tahan sejuk, tambah selimut.
Aku pakai juga stoking winter yang dibeli di DIY. Aku tidur dan harap esoknya
dapat kembali kamera.
BERSAMBUNG……
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen~~~