January 24, 2020

MELANCONG KE OSAKA : DAY 6 : KOBE - KUL - PEN


Hari terakhir kami di Jepun. Aduh, nanti nak kena balik Malaysia dan bekerja semula. Malas! Tapi terpaksa la, kalau tak kerja nanti tak ada duit nak melancong lagi, huhu. Tekak aku masih sakit tapi aku terpaksa sarapan nasi ayam merah walaupun tak berapa berselera. Kena makan juga sebab nak kurangkan berat beg.


aku tidur hujung tu, kemas je katil, huhu.

Selesai urus diri kami bergerak ke stesen Nishioji untuk kali terakhir. Lebih kurang pukul 10am kami menaiki keretapi dan tiba di Kobe pada pukul 11.15am. Kami bertiga tinggalkan dahulu beg di tempat locker. Kami tukarkan duit kertas kepada syiling di kaunter berdekatan situ.

bye bye Osaka

Destinasi kami di Kobe adalah untuk melawat Masjid Kobe, dan lain-lain lagi. Tapi lain pula jadinya. Disebabkan hujan pada hari tersebut, kami cuma melawati Masjid Kobe dan membeli belah. Destinasi pertama kami di Kobe adalah bergambar dengan tugu robot gergasi Tetsujin. Habis bergambar kami menjengah kawasan tersebut. Syam dan Aidil kemudian terjumpa kedai jual barang terpakai. Nama kedai tesebut ialah Re-use Shop. Aku tak beli apa-apa sebab tiada dalam itinerary pun nak ke sini. Syam dan Aidil masa agak lama untuk membeli barang. Hampir lebih kurang sejam kami di sini. Aku dah penat jalan-jalan dalam kedai tersebut dan duduk di satu kerusi sambil tunggu mereka berdua.

dalam cermin ni pun leh nampak Tetsujin, besar sangat,





Tunggu punya tunggu masih tak selesai. Jadi aku ambil keputusan ke satu kedai yang menjual coklat kapal. Aku nak beli lagi coklat tersebut bawa pulang ke Malaysia. Harga di sini sedikit mahal berbanding di Nara. Tapi aku beli saja sebab sini merupakan destinasi terakhir kami. Aku beli lagi 5 kotak. Kemudian Syam dan Aidil pun kebetulan dah sampai di kedai coklat ni. Kami teruskan perjalan ke Masjid Kobe.


Perjalanan ambil masa 20 minit. Jauh juga. Masa kami dalam perjalan tiba-tiba hujan renyai. Aku tengok telefon bimbit, masih ada 10 minit untuk sampai ke masjid. Aku terus berjalan dan kami sampai di kawasan yang ada banyak kedai muslim. Rasanya dah nak sampai. Masjid Kobe terletak di kawasan yang agak tinggi jadi kami kena berjalan di kawasan yang agak curam. Dalam hujan pula tu.


Akhirnya kami tiba di Masjid Kobe dan bergambar diluar dahulu. Kemudian kami masuk dalam untuk menunaikan solat jamak dan berehat sebentar. Kami disambut oleh penjaga situ. Bukan orang Jepun jika dilihat dari rupa dia. Dia salam kami bertiga. Boleh tahan kuat dia genggam tangan kami. Rasa macam nak patah tapak tangan.

dalam masjid Kobe

tempat ambil wuduk

masjid Kobe dari luar.

Keadaan dalam masjid sangat bersih dan tenang. Tambah-tambah lagi dengan hujan di luar. Paip air sini ada air panas. Apa lagi, aku pun ambil wuduk dengan air panas. Selesai solat jamak kami kembali di stesen keretapi Shin Osaka untuk ke Kansai International Airport.

Menuju ke stesen


Kami tiba di lapangan terbang lebih kurang pukul 4.40petang. Masih banyak masa sebelum waktu penerbangan kami. Jadi kami je kedai 3Coin. Memandangkan aku masih ada lagi sedikit baki duit, aku beli Tote bag. Kemudian kami terus check in luggage di tingkat paling atas. Beberapa jam sebelum berlepas kami pun terus ke gate. Kami tak sempat makan malam pun sebenarnya lagi.

kansai international airport


Jadi aku beli satu kotak coklat kapal di mesin vendor di area menunggu. Harga sedikit mahal iaitu 100yen sekotak. Tapi aku tak kisah, nak isi perut punya pasal. Aku cuma duduk, sebab penat dan sakit tekak. Kemudian dah nampak ramai beratur untuk ke Malaysia. Kami pun beratur siap-siap. Aku ternampak satu keluarga Melayu yang naik sama pesawat dengan kami ke sini. Kami pun cuma senyum-senyum saja bila terpandang mereka.


Bila pandang di luar, Jepun masih lagi hujan. Rasa tenang dan sedikit risau, takut air turbulence. Kami masuk dalam perut kapal terbang. Aku letak beg kamera di bawah tempat duduk. Aku letak kepala dan lena. Penat. Aku kemudian terjaga semasa pramugara mengedarkan makanan. Dah tak ingat aky pesan makanan apa, haha. Tak sempat nak makan kapal terbang bergegar. Aku makan je, buat tak tahu. Syam tersedar dari tidur. Aidil pula masih nyenyak tidur. Dah habis makan pun kapal terbang masih bergegar kuat dan lama. Pramugara masa ni berhenti mengedar dan menjual makanan. Aidil terjaga dari tidur dan nampak risau. Aku dengan Syam pula yang dah biasa cuma rileks. Masa ni ada pengumuman untuk cuba tenangkan penumpang. Aku rasa penat dan terlena walaupun kapal bergegar, hahah.


Aku terjaga kembali apabila ada pengumuman hampir tiba di KLIA. Alhamdullillah, kami selamat mendarat. Kami bergegas selesaikan pemulangan poket wifi dan tunggu pesawat ke Pulau Pinang. Perjalanan ke Pulau Pinang berjalan lancer sebab cuaca elok. Touch down di Pulau Pinang dan kami pulang ke rumah masing-masing.




Kansai yang hujan

Terima kasih kerana membaca travelog yang panjang lebar ni
Terima kasih kerana sudi baca, assalam

MELANCONG KE OSAKA : DAY 5 : OSAKA CASTLE – TENPOZAN FERRIS WHEELS – HONOLU RAMEN



Hari ke lima dan aku masih bersarapan maggi sebab sakit tekak. Seperti biasa, kami berjalan 15 minit ke stesen Nishioji. Kami tiba di stesen pada pukul 10.10am. Pagi ni kami nak menuju ke Istana Osaka. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Kami tiba di stesen Osakajokoen pada pukul 11.15am.





Turun saja dari keretapi kami kena berjalan pula kira-kira 15 minit sebelum tiba di Istana Osaka. Kami jalan-jalan dengan santai saja. Syam dan Aidil ternampak kedai Starbuck dan berminat untuk beli. Aku pula tak nak beli sebab dengar kata Starbucks Jepun yang ada krim atau susu tidak halal. Tapi kalau yang kopi atau coklat jenis pahit tanpa susu atau krim boleh saja minum. Aku pula tak suka minuman pahit. Daripada nak minum air pahit dan mahal, lagi baik telan ubat sebab macam tak ada beza pun rasanya.



Tapi Syam dan Aidil tetap beli Starbucks dan letak krim. Si Syam siap ejek-ejek aku sebab takut nak beli Starbucks. Di angkat-angkat tinggi cawan besar Starbucks tu depan aku. Lantak dialah berani minum.
Starbuck berdekatan Osaka Castle


dalam Starbucks

tandatangan yang ditinggalkan pelancong



Kami teruskan berjalan ke Istana Osaka. Kena berjalan jauh sikit. Sebelum tiba di istana, kami tiba di kawasan pokok bunga ceri. Bunga dah mula mekar walaupun masih dalam musim sejuk. Sini lebih cantik bunga ceri sebab lebih banyak pokoknya. Aku nak ambil foto, tapi Syam tak berminat dengan dengan pemandangan situ dan terus berjalan ke istana. Jadi aku mintak tolong Aidil ambilkan foto aku berlatar belakangkan pokok bunga ceri.

boleh nampak Istana Osaka dari jauh



bunga ceri ... Cantik!



Aku teruskan naik ke atas selepas tu. Aku naik dengan perlahan sambil menikmati pemandangan. Laju-laju nak ke mana kan? Lagipun aku memang suka perhatikan keadaan sekeliling, bukan jenis melancong ikut “cukup syarat”. Melancong “cukup syarat” ni bagi aku jenis orang yang melawat tempat dalam itinerary, ambil dua tiga foto kemudian terus pergi ke tempat lain. Bagi mereka kira dah cukup jejak kaki situ, ada beberapa foto untuk muat naik di media sosial sekadar nak tunjuk kepada rakan-rakan yang mereka dah jejak ke negara orang.
Setelah hampir 15 minit berjalan kami tiba juga di atas bukit. Makin jelas Istana Osaka di depan kami. Kawasan di sini sangat luas, kalau nak buat apa-apa acara pun boleh. Di sini korang boleh bergambar dengan berpakaian samurai tapi kena bayarlah. Aku tak ingat berapa harga untuk bergambar, tapi agak mahal, jadi aku tak berminat. Kami kemudian bergambar di depan Istana Osaka. Besar betul istana ni. Kelihatan ada juga orang di tingkat paling atas istana tersebut. Aku agak mesti mahal sungguh harga nak masuk dalam.




bergambar di hadapan Istana Osaka


Kami kemudian tertarik dengan segerombolan pelancong yang berdekatan situ. Aku ingin tahu apa yang menarik perhatian orang ramai. Rupa-rupanya ada seorang warga asing membuat pertunjukkan magis. Kadang-kadang dia buat lawak jenaka, tapi orang keliling senyap saja. Maklumlah penonton kebanyakan orang Jepun sendiri, jadi mereka mungkin tak faham jenaka lelaki tersebut. Aku pula nak tergelak bila penonton senyap bila lelaki tu buat jenaka, suasana dia kkrikk krikkk gitu, hahaha. Tapi kadang-kadang penonton ketawa juga bila lelaki tu buat jenaka tanpa dialog macam mr. Bean.

Kucing terbiar yang sihat!


Puas melihat persembahan tersebut dan jalan-jalan di sekitar Istana Osaka kami bercadang teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Tenpozan Ferris Wheels. Lebih kurang puku 1.05pm kami berada di Stesen Osakajokoen untuk ke Stesen Morinomiya. Kami kemudian turun dan naik pula keretapi lain untuk terus ke Stesen Osakako.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami tiba di Stesen Osakako lebih kurang pukul 1.35pm.


Nak ke Tenpozan Ferris Wheels kena berjalan lagi. Melancong di Jepun ni memang banyak berjalan. Boleh hilang berat berapa kilo jugalah kalau ke sini. Kalau malas nak berjalan tu bolehlah sewa basikal atau motor. Tapi kena keluar lebih duitlah. Aku juga bercadang nak beli cenderahati kepada kawan-kawan sekerj. Aku dapat tahu sebelum tiba di Tenpozan Ferris Wheels ada satu kedai kecil tepi jalan menjual cenderahati murah. Kedai tersebut di jaga oleh seorang wanita tua, dah kira macam nenek. Pemilik kedai tu boleh berbahasa Melayu, Cina dan beberapa bahasa lain. Mungkin sebab ramai orang selalu beli dekat dia jadi dia cuba belajar bahasa lain. Baguslah, mudah kami nak berkomunikasi. Kedai dia agak using dan barang-barang pun agak tidak tersusun. Tapi barang dijual masih elok dan baru. Murah pula tu. Cenderahati di tempat tak mungkin boleh dapat semurah macam ni. Jadi aku beli banyak-banyak fridge magnet.

ada jual makanan halal..


kedai souvenir ni memang nampak kurang terurus..tapi harga murah!



Puas membeli kami terus ke Tenpozan. Ada pula reka bina zirafah yang dibuat menggunakan Lego. Kami pun ambil la beberapa foto bersama zirafah tu dan juga Tenpozan Ferris Wheels dari bawah. Entah macam mana kami naik ke tingkat atas bangunan dan ke kaunter untuk menaiki Ferris Wheels. Sebenarnya tiada dalam rancangan kami nak naik Ferris Wheels tu pun. Tapi Aidil macam berminat sungguh nak naik. Aku Ok saja. Syam pula macam tak kisah sangat. Jadi kami bertiga setuju untuk naik sekali. Harga satu tiket adalah 800yen seorang.
Kami perlu beratur sebelum naik. Ada dua barisan. Satu barisan untuk gondola yang lantainya tak boleh lihat pemandangan. Satu lagi barisan untuk gondola yang bawahnya lutsinar. Nampak seperti semua orang beratur di barisan gondola lutsinar. Jadi kami pun tunggu saja hampir 15 minit di barisan lutsinar. Hampir 15 minit berlalu tiba giliran kami naik. Nasib baik kami tak perlu bercampur naik dengan orang lain.

tenpozan ferris wheels


panjangnya bulu mata


Sebelum ni aku pernah naik ferris wheel di Melaka. Tapi Tenpozan ferris wheel ni sangat besar dan rasa sangat berbeza dengan di Melaka. Rasa sedikit gayat ada bila gondola tu berhenti betul-betul di paras paling tinggi. Tambahan gondola kami jenis lutsinar jadi boleh nampak apa di bawah. Pemandangan kiri kanan sangat cantik. Lagi cantik kalau naik semasa matahari terbenam atau malam. Tapi kami ada lagi lokasi lain untuk singgah jadi terpaksa datang sini awal. Kami berada di atas ferris wheel lebih kurang 10 minit.

Aidil beli tiket


tengah tunggu giliran




Bagi aku tak rugi kalau korang datang belanja duit naik Tenpozan Ferris Wheels. Selesai melihat pemandangan dari atas kami teruskan ke lokasi seterusnya. Semasa turun dan lalu di dalam bangunan membeli belah lelangit mulut aku pedih. Aku dah agak hidung aku berdarah dan darah dah beku. Aku kalut cari tandas. Syam dan Aidil pun turut ikut saja ke tandas lepaskan hajat. Aku pula ke singki dan tengok kiri kanan dahulu. Tak kelihatan siapa dan aku ludah darah beku tersebut. Pekat dan hitan darah beku. Ni bukan kali pertama. Dulu masa pergi ke Perth pun hidung aku berdarah beku. Sebab dah terbiasa jadi aku tak panik pun. Nanti balik Malaysia dah tak terdedah udara dingin baiklah hidung ni.



pemandangan dari atas Tenpozan Ferris Wheels



Kami kembali berjalan ke stesen Morinomiya. Elok-elok kami imbas kad Icoca ada beberapa orang pelancong dari Thailand mendekati kami ingin meminjam wifi. Mesti mereka dah cuba cari wifi percuma, dan bila kami tiba situ mereka perasan ada wifi baru dijumpai dalam telefon mereka. Aku risau juga takut kalau mereka ada niat lain. Curi duit ke, peras ugut ke. Seorang daripada mereka kemudian telefon seseorang. Aidil pula masa ni tengah sibuk cari mesin untuk topup kad icoca. Selesai telefon, mereka ucapkan terima kasih dan kami pun teruskan ke landasan keretapi. Selamat tak ada apa-apa berlaku.



Aidil ajak kami ke Hard Rock Cafe. Sebenarnya tak ada dalam itinerary pun nak ke sini. Kami tiba di Hard Rock Café pada pukul 3.40pm. Aku tak berminat dengan jenama Hard Rock Café ni, jadi aku cuma ambil beberapa foto di dalam dan kemudian tunggu di luar menikmati pemandangan bandar. Kiri kanan pesat dengan bangunan tapi tenang dan aman, tak bising. Tunggu hampir 15 minit Syam dan Aidil masih di dalam. Aku singgah sebentar di 7E di seberang jalan. Tiada apa yang menarik jadi aku jalan kembali ke Hard Rock Café dan duduk di luar. Hampir 40 minit juga la Syam dan Aidil membeli belah.



pemandangan luar berdekatan Hard Rock Cafe

pemandangan semasa mencari kedai ramen


Perut dah mula lapar. Kami bercadang untuk makan di Honolu Ramen. Kena berjalan hampir 20 minit juga la dari Hard Rock Café. Kami berjalan berpandukan GoogleMap saja. Kedai ramen ni berada di kawasan lorong yang sunyi. Ah, boleh kata semua kawasan bandar sini sunyi. Sesuai untuk siapa yang suka suasana aman dan tenang macam aku ni. Kami tiba akhirnya di Honolu Ramen. Mula-mula aku was-was, betul ke ni kedai ramen yang dikatakan popular tu?


Tapi bila tengok di dalam ada satu pasangan yang mana si perempuan bertudung. Maksudnya pelancong beragama Islam. Bila tengok di papan iklan dan pintu ada tanda Halal. Kami berada di luar sekejap sambil fikir nak pesan menu apa. Walaupun kedai ni kecil daripada kedai di Malaysia tapi ianya bersih dan canggih. Nak pesan makanan kena masukkan duit di dalam mesin. Aku pesan Fried Chicken Ramen berharga 1080yen. Lepas masukkan duit, mesin tu akan keluarkan resit. Resit tersebut kemudian diberikan kepada tukang masak.
Kedai ni juga pernah dilawati oleh pelakon Emma Maembong.Ada autograf dia atas rak. Artis dari seberang pun ada, cuma kami tak kenal artis tersebut. 

depan kedai ramen Honolu


antara menu di sini

mesin layan diri

kena bagi kertas ni untuk tempah makan


mesin layan diri tersebut

Emma Maembong dan artis dari seberang ada datang sini



Kami bertiga duduk di bahagian tengah kedai. Kami cuma senyum-senyum saja dengan pasangan tersebut sebab tak pasti orang Indo atau Malaysia. Sementara kami menunggu tu, dua perempuan yang mungkin sebaya kami datang. Dengar mereka berbahasa Melayu jadi Syam dan Aidil bersembang dengan mereka. Mereka berdua memang dari Malaysia juga. Katanya, mereka datang dari Tokyo dan melancong 9 hari kalau tak silap. Lagi lama daripada kami.


Hampir 15 minit menunggu, ramen kami sedia dihidang. Kami bertiga berhenti sembang dan makan. Sangat sedap! Kuahnya pekat dan ramen dia rasa segar. Paling sedap ayam gorengnya yang lembut di dalam, serta rasa rempahnya kuat dalam isi. Aku sangat syorkan sesiapa yang datang Osaka, silalah datang makan ramen sini.

sedap!






Habis makan, kami bergerak ke Shinsaibashi Street lagi sekali. Tiada dalam itinerary pun. Tapi pergi lagi sekali sebab Syam dan Aidil nak membeli belah. Aku ikut sajalah. Perjalanan lebih kurang 15 minit dari kedai Ramen Honolu. Tengah-tengah berjalan tu aku terjumpa satu mesin air yang ada jual air coklat Ven Houtan. Air coklat ni ramai orang Malaysia suka beli ketika di Jepun. Katanya sedap. Jadi kami bertiga memang memburu air ni sejak awal datang ke Jepun. Aku biarkan Syam dan Aidil beli dulu. Elok-elok bila giliran aku nak beli, air tu dah habis. Ahhhh…. aku yang jumpa tapi diorang yang dapat beli. Susah sebenarnya nak jumpa air ni. Jadi kami teruskan berjalan ke Shinsaibashi. Syam tak sudah perli-perli aku sebab tak dapat beli air coklat tu.






Syam dan Aidil ke sini kembali sebab nak beli kasut dan jam. Mulanya ke kedai kasut dahulu. Aku cuma duduk perhati orang sekeliling sambil tunggu mereka berdua beli kasut. Dah habis beli kasut, gerak pula ke kedai jam Tokia. Kebetulan sebelah kedai Tokia tu ada Family Mart. Lama sangat menunggu mereka berdua, aku masuk dalam Family Mart cuba nasib kalau ada jual air coklat Van Houten. Fuh, rezeki! Ada jual air coklat Van Houten yang lebih besar kat sini. Aku beli 3 kotak. Nak minum sini sikit dan bawa balik dua kotak ke Malaysia.

Jumpa yang lebih besar.



Habis beli aku keluar dan mereka berdua masih tak sudah tengok-tengok jam. Berapa minit lepas tu baru mereka beli dan tamatlah sesi membeli belah. Kami bergegas ke stesen keretapi, tak mahu terlepas keretapi terkakhir yang boleh guna Kansai pass seperti hari sebelumnya. Rugi nanti kena guna banyak duit kad Icoca pula.



Hari ni kami bernasib baik tak terlepas keretapi. Seperti biasa tiba saja di stesen Nishioji, kena berjalan hampir 15 minit dan baru tiba di tempat penginapan kami. Tekak aku masih sakit. Esok adalah hari terakhir kami di Jepun. Rasa cepat betul masa berlalu. Destinasi kami seterusnya ialah Kobe.





Terima kasih kerana sudi baca, assalam