February 2, 2012

Wajib ke shopping ramai-ramai???

Glam

Apabila ajak jer pergi shopping mesti ada yang terloncat-loncat riang seronok....
terutamanya bagi kaum perempuan, betul tak??? Kaum laki selalu pergi shopping kalau perlu jer, ini fakta betul, hehehe....

Tapi kebanyakan orang kalau nak pergi shopping mesti beramai-ramai....
Kalau niat bershopping ramai-ramai atas alasan keselamatan, masih boleh diterima akal...selain itu?????

Aku faham sesetengah orang memang akan berasa bosan kalau shopping sorang-sorang.....
Tapi menjadi satu kehairanan kalau ada kawan yang merajuk bila tak diajak bershoopping....mula la mencebik mulut tu....ingat orang suka sangat dengan mimik muka camtu??? hahhaa....
Bila ada orang yang buat macam tu, aku pun hairan la...perlu ke setiap kali bershopping mesti berteman???

Bagi aku sebagai seorang yang suka shopping sorang-sorang memang tak faham...
Pada pendapat aku la, shopping sorang-sorang lebih mudah sebab tak terikat dengan kerenah teman...
Contohnya, kita kena ikut diorang ke mana diorang nak pergi....
Selain tu, kelebihan shopping sorang-sorangt, korang boleh lihat dan tengok barang-barang yang diminati selama mana yang boleh, takder teman yang mendesak kita pergi tempat lain.....itu yang aku suka shopping sorang-sorang.....

Aku rasa nak pergi bershopping tu ikut suka hati la nak berteman atau tak....
yang penting tak payah nak buat muka masam bila tak diajak kawan.....
Buruk sangat tau perangai tu.....hahahaha

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

5 comments:

  1. tumpang lalu, blogwalking kat sini.. oo.. suka amik gambar gak ae.. samelah.. btw jemput singgah ke blog Zam :)

    ReplyDelete
  2. Singgah, hehe usai membaca pandangan saudara tentang membeli-belah secara seorang ataupun secara kumpulan. Bagi saya, saya gemar untuk berjalan atau membeli-belah seorang atas beberapa faktor afdal seperti tidak terikat dengan masa. Selain itu, saya juga bebas untuk bergerak dan tidak perlu menunggu orang lain. Namun apabila keluar berlibur bersama teman, saya tidak pula menghadapi sebarang masalah. Malah saya gemar meminta pendapat rakan-rakan tentang pemilihan sesuatu corak atau warna bagi produk yang ingin saya beli. Kedua-dua ada pro dan kontra. Mungkin bagi sesiapa yang merajuk itu, mereka jenis yang suka mendapat perhatian, manja dan tidak suka berseorangan. Semua terserah kepada diri sendiri. :) Just deal with it okay. Just a small feedback for this entry.

    ReplyDelete
  3. Zamani> Yup...suka fotografi...thanks BW sini...

    ReplyDelete
  4. Zaki Muhammad> Wahhh...panjang lebar komen yer...hahha...yg bagus, kita sependapat!!! hehehe

    ReplyDelete
  5. sangat setuju. tak suka sangat nak g shopping ramai-ramai ni. sekali sekala ok lagi. prefer to do shopping alone. depends juga pada item yg nak dibeli

    yg mudah buat list beli barang ikut list.makan kejap. lepas tu balik. senang!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~