December 24, 2012

Flashback 2012

Sebelum orang lain buat flashback 2012, baik aku yang buat dulu....nanti orang kata aku meniru, hahah~~

Antara kenangan atau perkara yang aku alami dalam tahun nie ialah melancong ke Pulau Pangkor dengan rakan-rakan form 6... nie kali pertama kalau tak silap, aku gi melancong dengan rakan, di tempat yang jauh, dan menggunakan wang yang agak...agak....banyak lerrr....


Aktiviti tahunan bagi rakan-rakan form 6...malam BBQ iaitu sebelum raya..nie kali kedua....tapi agak "mandom" sikit sebab diorang dah makin sebok melayan kerenah awek...kene balik awal bagai....pppffffttttt.....

...sambut raya dengan kengkawan form 6 gak...boleh kata kalau aku balik kampung memang aktiviti dengan kawan form 6 jer...aku takder kawan sekampung...sadis kan? Tahun nie punya raya pun.....macam kurang meriah....tak tahu kat mana tak kena...

OK...kembali ke alam universiti....sem 2 mariiiiii~~~ aktiviti induction ke-2 aku experience...dapat jugak la gi kat pantai, lama tak gi pantai....dan, kumpulan aku kalah, atau dengan kata lain, tak menang apa langsung acara...memalukan....ppfffttt...

Kami dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran...pelencaran.....aku dah lupa....tapi nie buat UiTM Shah Alam...biasa la, bebudak tourism jadi macam penyokong harimau malaya ( bersorak ) ...bersorak untuk VIP..penat giler....dengan sesak lagi, sebab PM datang..heeehhhhh~~~

Kelas kami punya event...dengan tema sejarah Melaka....jadi kami kena la wat itinerary melancong yang menumpukan tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka nie....aku paham, ramai yang tak minat sejarah.....foto nie diambil selepas baru jer lepas naik river cruise....pertama kali naik kot...dan aku rasa tak naik lepas ni...sebab RM20 seorang...huiihhhh~~~

Cuti sem datang lagiiii.... cuti sem kali nie tak leh goyang kaki sangat sebab kami dijemput oleh guru-guru form 6 untuk memberi taklimat/motivasi kepada pelajar form 6 atas dan rendah...kali pertama aku bagi nasihat kat orang lain...aku ni dah la tak pandai, nak bagi nasihat lak...hahahha...lemah bila junior ni tanya pointer STPM...


Sem 3 strikes!!!! Induction ke-3... kali ni berbentuk explore race pulak... aku bukan kumpulan terakhir, nasib baik...hahahha... tapi memang serius penat...siap kena wat report pasal induction ni sebagai bukti kehadiran...unik kan??? 
Malam induction..kali nie aku takyah buat apa-apa persembahan, just layan persembahan junior... best kot, tak yah sakit kepala atau nak rasa nervous sampai berpeluh badan...chillax kat kerusi, jari tekan shutter...heheh


Sem 3 pun kami kena wat event....aper??? ingat student tourism ni keje jalan-jalan je ker??? Proses nak urus event ni sangat la mencabar dan banyak sangat kontroversi yang timbul...tapi yang aku pelik melodi takder pun??? Lega sangat bila dah tamat event nie...

Jalan-jalan kat Dataran Pahlawan...bukan jalan-jalan kosong...kami kene interview sebuah kelab untuk subjek kelab la...takkan untuk subjek biologi lak kan?? Kami amik kelab roller blade nie jer sebab dekat dan pernah pergi dah semasa event yang kami sendiri urus masa sem 2....

Berlakon untuk assignment subjek French..aku suka berlakon, tapi automatik jadi kekok bila rakan-rakan pun keras macam kayu... diorang keras macam kayu, takkan aku nak lebih-lebih lak kan??? video nie aku ada upload dalam youtube..kalau nak tengok pandai-pandai la cari..tak nak kasi link... :P

Dinner ke-2 ...kali nie tema Zaman Kesultanan Melayu Melaka...hurmmm...untuk citer selanjutkan, rujuk dalam entri sebelum nie...
...dan, tamat la sudah koko aku...3 sem berkawad dan main tali kat padang...lepas nie boleh dah berjanggut atau rambut panjang...hahahah...thanks kepada cikgu bomba kami yang sangat sporting...tak pernah marah dan denda kami kot...hehe

.......aktiviti lepas nie, ingat nak snap foto bunga api masa tahun baru.... :)

Terima kasih kerana sudi baca, assalam

8 comments:

  1. bonjour monsieur..comment a les vous? meriahnya 2012 hang..jeleszz

    ReplyDelete
  2. eszyamin> cava bien... hahaha...aku dah x ingat sgt BFR... meriah??? biasa jer... :P

    ReplyDelete
  3. awesome. addicted to read your story.

    ReplyDelete
  4. Cik Nesha> TQ...x pndai sgt story mori nie, sebab tu letak foto supaya tarik perhatian org lain... :P

    ReplyDelete
  5. kan yuna ada cakap setiap gambar ada cerita. hehe!

    ReplyDelete
  6. Cik Nesha> hahaha...ada ke pulak petik ayat Yuna...dia canon...sy Nikon...haha

    ReplyDelete
  7. MawardiYunus > harharhar, awal lorhhh~~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~