December 23, 2017

Melancong ke Perth : Day 2. Part 1

Post sebelum:



CAVERSHAM WILDLIFE PARK – MARGARET CHOCOLAT FACTORY



Aku agak teruja untuk hari kedua sebab kami akan pergi ke Caversham Wildlife Park. Di Perth ada zoo juga tapi ramai orang yang cadangkan lawat Caversham sebab kita boleh sentuh haiwan-haiwan di sana. Antara haiwan yang popular semestinya kanggaru dan beruang koala.



Pagi ni kami bersarapan spaghetti Bolognese. Masak ringkas saja, tak ada daging, sekadar spaghetti dan kuah. Tukang masak selalunya Syam. Aku sekadar pembantu, hehe. Usai sarapan, kami urus diri dan bertolak ke Caversham Wildlife Park dalam pukul 9am. Perjalanan dari Adelaide ke Caversham makan masa lebih kurang 20 minit. Macam biasa, aku penunjuk arah dan Sazlee nampak dah mula biasa dengan cara memandu di Perth. 



sarapan





Mudah saja nak cari Caversham. Taip saja nama penuh Caversham Wildlife Park dalam GoogleMaps kemudian dah boleh jumpa route ke sana. Dengar cerita ada orang cari Caversham tapi sesat bila guna Waze, sebab tu aku lebih suka guna GoogleMaps. Hampir beberapa minit kami ternampak pagar Whiteman Park, maksudnya dah sampai destinasi. Sebelum sampai Caversham korang kena lepas tembok kecil yang tertulis Whiteman Park. Caversham berada dalam sana. Jalan menuju ke Caversham selepas tembok Whiteman Park tadi agak berliku liku.



Kiri kanan penuh dengan pokok-pokok cantik. Syam kemudian cakap dia nampak kanggaru di sebelah kanan. Cuaca sangat baik jadi kami bercadang cari lokasi menarik sikit untuk ambil foto tepi jalan. Kami kemudian berada di laluan yang sedikit luas. Sazlee hentikan kereta di tepi dan kami keluar dari kereta untuk ambil foto. Puas ambil foto kami teruskan perjalanan ke Caversham.



dalam Whiteman Park


menuju Caversham Wildlife Park





Tak sampai 10 minit kami dah sampai ke Caversham. Parking di Caversham adalah percuma. Cuaca terik tapi angin masih dingin jadi aku tinggalkan saja sweater aku dalam kereta. Kelihatan ramai orang Malaysia di sini. Sebelum masuk ke dalam kami bergambar dahulu betul-betul hadapan bangunan Caversham. Kemudian baru kami menuju ke kaunter. Aku buka whatsapp sebab Aries hantar baucer Caversham melalui media social tersebut. Baucer kami berbentuk elektronik. Semasa kami masih di Malaysia, harga masuk $28. Sekarang dah naik sehingga $29. Nasib baik kami beli baucer dari Aries, iaitu sebanyak $26. Jimat $3.

dah naik harga.





Staff perempuan yang menjaga kaunter sangat peramah. Dia bagi kami peta dan senarai aktiviti di sana. Dia mencadangkan kami pergi lihat pergi menontotn dahulu Farm Show memandangkan aktiviti tu dah hampir nak bermula. Bila masuk tu kita ada nampak notis berbahasa Melayu penuh yang menerangkan pasal Caversham ada sediakan tandas berpaip air khas untuk pelancong Muslim serta ada menjual makanan halal. Ni mesti sebab ramai sangat pelancong dari Malaysia huhuhu.



notis dalam bahasa melayu


Sepanjang kami berjalan menuju ke Farm Show, kiri kanan jalan penuh dengan burung-burung dalam sangkar dah juga haiwan lain. Kemudian kami sampai di laluan yang bersebelahan dengan kawasan kanggaru. Boleh nampak banyak kanggaru lompat sana sini dan pelancong sedang memberi makan haiwan tersebut. Mula dah tak sabar nak main dengan kanggaru, tapi kami letakkan aktiviti tersebut paling akhir sebab tiada had masa. Boleh main dengan kanggaru sampai penat.





dah nampak kanggaru

Ujet tak melepaskan peluang ambil foto kanggaru


Wallaby...spesis kanggaru tapi kecik sikit


Kami terus berjalan dan ternampak satu bangsal. Rasanya situlah Farm Show. Kami merupakan orang terawal datang situ dan kemudian diikuti dengan pelancong lain dari Malaysia. Dalam beberapa minit saja lepas kami tiba, tempat tu dah mula penuh. Boleh kata 70 peratus penonton pada sesi itu adalah warga Malaysia. Farm show ada beberapa sesi. Kami datang yang sesi pukul 10am. Akitiviti ni dikendalikan oleh seorang lelaki dan dibantu oleh seorang perempuan. Staff perempuan tu masuk dengan menunggang kuda. Kuda tu sekadar saja-saja, bukan untuk persembahan pun. Aktiviti pertama adalah menunjukkan bagaiman mereka menghalau kambing biri biri masuk ke dalam kandang. Kambing biri-biri dikejar oleh seekor anjing diberi nama Rocky kalau tak silap. Lagi sekor nama Billy kot? Aku dah lupa sebab sibuk nak tangkap foto. 




dalam Farm Show


Aktiviti diteruskan dengan petugas lelaki tu menunjukkan bagaimana dia menghayun pusing satu baldi yang penuh dengan air. Baldi tu sama saja macam baldi yang orang kampung di Malaysia guna untuk ambil air dari telaga. Lepas petuga lelaki tu habis tunjuk demonstrasi dia panggil seorang penonton untuk mencuba aksi tersebut. Penonton tu berjaya buat aksi tersebut tanpa tumpahkan air atas badan dia. Kalau tumpah mesti malu habis.



kecik2 dulu aku suka juga main pusing2 baldi ada air camni.

Tiba masa untuk pertunjukkan “membogelkan” kambing biri-biri. Petugas lelaki tu bawa seekor biri dan dibaringkan atas lantai. Kambing tu duduk senyap saja, mungkin sebab dah biasa. Badan lelaki tersebut ditampung dengan satu alat khas supaya dia tak sakit pinggang kot? Dari tebal berbulu kambing tu sampai bogel licin dicukur oleh petugas tersebut. Lepas bercukur, badan kambing tersebut akan disapu sedikit jika ada luka-luka. Memang boleh nampak ada darah sikit.



Staff sedang tunjuk demonstrasi cukur bulu kambing


Seterusnya petugas lelaki tersebut keluarkan satu alat yang kita biasa nampak orang sarkas gunakan untuk ajar haiwan. Pedati kot rasanya nama benda tu. Dia tunjukkan bagaimana objek tu boleh keluarkan bunyi yang sangat kuat. Macam bunyi mercun pun dah ada. Masa dia libas dan “letupkan” pedati tu sebahagian kanak-kanak dah mula menangis. Terkejut agaknya. Macam biasa, dia akan panggil penonton untuk mencuba. Aku buat-buat sibuk ambil foto kerana tak mahu dipanggil. Setelah beberapa kali dia pujuk penonton untuk mencuba, namun akhirnya gagal. Tak ada siapa yang berani mencuba. Jadi dia teruskan pula dengan memanggil 4 orang kanak-kanak ke bawah untuk menyertai “pertandingan” menyuap anak kambing minum susu. Tak ada hadiah pun untuk pemenang, hehe.

Takda sapa nak turun cuba libas benda ni, huhuhu
Anak kambing ni tengah kunyah kad dekat rantai tu




bulu biri-biri



Tamat semua aktitivi, kami dibenarkan turun bawah dan mendekati kambing biri biri atau memerah susu lembu. Geli la aku nak perah susu lembu, haha. Lagipun ramai sangat orang berkumpul dekat lembu tu untuk tunggu giliran perah susu. Jadi aku cuma ambil beberapa gambar dan keluar. Kawan-kawan lagi awal keluar tinggalkan aku seorang di sana. Kami kemudian teruskan untuk pergi melihat wombat. Dalam perjalanan menuju sana, kami lalu dalam sebuah bangsal yang ada banyak haiwan antaranya llama, alpaka, hamster, dan ayam berbulu tebal. Tengah aku seronok ambil foto haiwan ni aku dah kena tinggal dengan kawan. Nasib la aku seorang saja yang minat fotografi ni.

hamster



ayam apa tak tahu. Gebu betoi.

Llama


Kami menunggu di luar kawasan pertunjukkan Wombat and Friends. Ramai orang berpusu-pusu berkumpul di luar tak sabar untuk masuk. Tepat pukul 11am pintu dibuka dan pelancong menuju masuk ke dalam. Sebelum masuk, korang kena cuci tangan sanitizer yang disediakan dahulu sebelum menyentuh haiwan di dalam. Luas rupanya dalam ni, dan agak cantik design-nya.





Ni namanya Betong

Tasmania

Kalau nak bergambar dengan wombat kena beratur ikut giliran. Dah macam artis wombat ni. Panjang juga beratur. Sampai giliran kami dah. Akan ada seorang petugas akan tolong ambilkan foto kita. Bagi saja kamera dan dia akan tolong ambilkan. Kita hanya dibenarkan sentuh lembut bahagian kaki wombat. Alahai, tak seronoknya. Tapi mungkin ada sebabnya, jadi ikut sajalah arahan.






Kemudian kami bergambar pula dengan ular. Tak pasti ular jenis apa. Semasa kami menunggu giliran dalam barisan, sepasang pelancong dari Malaysia minta tolong Syam untuk ambil foto mereka berdua. Kami pula bahagi dua untuk bergambar. Kalau pergi ambil foto 4 orang sekali, siapa nak tolong ambil gambar kami? Sini tak ada petugas lain untuk tolong minta ambil gambar. Jadi Syam dengan Sazlee dan aku bersama Ujet. Aku selalunya beranggap ular ni berlendir dan berbau. Jadi rasa geli saja nak pegang. Tapi bila fikir boleh guna sanitizer yang wangi dekat luar tu kalau tangan busuk, jadi aku gagahkan saja pegang ular. Ujet nak pegang bahagian ular tu yang paling dekat dengan kepala, jadi aku kena pegang bahagian hampir dengan ekor. Lega sikit. Klau ular tu nak patuk, Ujet la yang kena, hahaha. Bila petugas perempuan letakkan ular atas tangan baru aku tahu tak ada la jijik sangat mana pun ular ni. Berlendir pun tak. Cuma memang badan ular tu kenyal dan lembik sikit.






first time pegang ular




cute Possum




 Habis bergambar dengan ular, aku ambil sedikit masa melihat haiwan-haiwan lain lalu terus ke bahagian melihat beruang koala. Dekat sini pun kita beratur untuk bergambar dengan si koala. Barisan sangat panjang walaupun ada 4 koala yang ada untuk bergambar. Sekali lagi kami kena cuci tangan dengan sanitizer. Kita cuma dibenarkan untuk menyentuh koala dengan bahagian belakang tangan dan dilarang untuk sentuh daun pokok yang jadi makanan koala tu. Kalau kita sentuh, koala tak akan makan dah daun tu.








Selepas melihat beruang koala, tibalah aktiviti terakhir di Caversham iaitu suap makan kanggaru! Tiada had untuk bermain dengan kanggaru. Tapi disebabkan kami pergi lihat kanggaru tu semasa sudah masuk tengahari jadi kanggaru situ sudah kenyang. Kebanyakan sudah baring dan tidur kekenyangan. Bila hulurkan makanan pun ada yang dah tak layan dan buat tak tahu. Makanan kanggaru disediakan percuma, jadi kita boleh ambil banyak-banyak dan main lempar-lempar. Ok, melawak saja. Jangan main lempar yer, tak baik membazir.



Kanggaru sini semua jinak-jinak belaka. Seronok sentuh badan kanggaru, bulu ia gebu lembut macam karpet mahal. Kena hati-hati juga bila berjalan sebab kawasan ni penuh dengan najis kanggaru. Tapi walaupun penuh dengan sisa kumbahan haiwan tersebut, kawasan ni tak berbau. Mungkin sebab kawasannya terbuka dan sentiasa terdedah dengan matahari. Malangnya, entah bila aku dah pun terpijak tahi kanggaru. Apa lagi, aku pun seret-seret kasut atas rumput dan tanah. Walabi juga ada dalam kawasan ni. Walabi ni spesis kanggaru juga, cuma sedikit kecil.



Masa ni takut lagi nak sentuh. Lepas suap makan baru berani sentuh betul2 haha
Tak perlu bayar untuk ambil makanan ni untuk bagi kanggaru
Nak makan pun dah malas bangun Kanggaru ni






banyak kanggaru albino dekat sini

Best pegang.. lembut bulu kanggaru

burung apa tak tau, ada dekat belakang kawasan kanggaru

banyak najis kanggaru. boleh nampak yang hitam-hitam tu haha


pelancong dari Malaysia yang kakak bertudung dan abang pakai baju hitam tu.

Seekor wallaby yang tengah berehat. Dia wat tak kisah ja dengan aku.


Kami habis bermain dengan kanggaru lebih kurang pukul 12.30pm. Lebih kurang hampir 3 jam juga kami di dalam Caversham Wildlife Park. Lokasi kami seterusnya adalah Margaret River Chocolate Factory iaitu empat penjualan pelbagai jenis coklat dan korang boleh lihat bagaimana mereka proses coklat. Perjalanan dari Caversham ke Margaret River Chocolate ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Parking sini juga percuma. Jimat duit lagi! Bila masuk dalam kedai coklat tu benda pertama cari tester coklat. Korang boleh ambil coklat tester tu sebanyak mana yang korang nak tapi dilarang bungkus sahaja. Selain tu korang kena ambil menggunakan sudu yang ada dalam mangkuk besar tu. Aku baca ramai orng Malaysia makan saja coklat tester ni dan InsyaAllah halal. Tapi coklat lain kemungkinan tak halal sebab ada kandungan alkohol. Jadi kalau nak beli coklat lebih baik tanya dahulu petugas situ.





dark chocolate

white chocolate

free testing. Kena guna sudu untuk cedok.


aiskrim. Mahal giler.


Sebelum keluar ambil sikit. Tapi cepat cair bila biar atas tangan.


Aku dan Syam beli coklat yang sama jenis yang tester. Sekotak $4.90. Aku beli dark chocolate dan Syam beli yang coklat susu. Sebelum keluar dari situ, aku ambil satu genggam lagi coklat tester, hehehe. Coklat ni mudah cair bila letak atas tangan, jadi kalau letak atas tangan baik telan cepat-cepat.



Perut dah mula lapar. Jadi kami bercadangkan makan di Charcoal Chicken yang dijamin halal. Ramai pelancong dari Malaysia sarankan untuk makan di sini dan harus cuba menu lamb ribs. Katanya lamb ribs sini sangat sedap. Parking sini pun percuma juga, terbaiklah! Waktu operasi adalah bermula pukul 10.30am hingga 9pm dari Isnin sampai Sabtu. Ahad cuti. Saya dengan Syam kongsi lamb ribs, manakala Ujet dengan Sazlee kongsi menu ayam. Portion makanan sangat banyak sebab tu kami kongsi dua. Walaupun dah bahagi dua pun masih kenyang giler. Lamb ribs dia sangat lembut dan manis. Tak ada bau hanyir langsung! Memang sedap tip top! Korang harus datang sini kalau dah sampai Perth.



charcoal chicken
Waktu operasi



pelbagai jenis salad

lembut dan manis Lamb Ribs ni. Sangat recommended!

mana-mana ada saja orang Malaysia, hehe


sampai licin aku makan. Sedap!



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.bersambung entry seterusnya.

Terima kasih kerana sudi baca, assalam