DAY
0 ( 11 NOVEMBER 2017 )
PEN - KUL - PEN
Assalam.
5
November 2017. Pulau Pinang mengalami
banjir buruk selepas hujan tanpa henti selama 24 jam. Lebih kurang
seminggu sahaja sebelum tarikh sebelum aku berlepas ke Perth. Jabatan
metereologi umumkan Pulau Pinang akan mengalami hujan susulan. Aku
dah mula risau ni. Bimbang jalan-jalan menuju ke lapangan terbang
Pulau Pinang ditutup dan flight dibatalkan sebab cuaca buruk.
Penang banjir, pandangan dari Komtar. |
Alhamdullillah.
Pada 11 November cuaca agak baik. Hujan renyai-renyai semasa menuju
ke lapangan Pulau Pinang. Pelancongan aku kali ni ditemani 3 rakan
aku. Syam, Ujet dan Sazlee. Ini pertama kali aku melancong ke luar
negara.
Kami
tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih kurang pukul 5pm rasanya.
Jadual flight kami dari Pulau Pinang sepatutnya 6.30pm, tapi telah
delay ke pukul 7.15pm kalau tak silap. Aku dah tak berapa ingat
waktu-waktu penerbangan ni huhu. Perut kami pun dah lapar, flight ke
Perth pula masih lambat. Jadi kami pun makan dulu siap-siap di
McDonald .
Kiri, Ujet. kanan, aku. |
Sazlee |
Berapa
minit lepas makan, kami terus check-in. Penerbangan dari Pulau Pinang
ke KLIA2 walaupun lebih kurang satu jam saja tapi agak tak selesa
disebabkan air turbulence. Kapal terbang asyik kuat bergegar. Aku
harap tak teruk la macam yang aku pernah dengan dalam media social
Facebook dulu tu. Salah satu kapal terbang Air Asia mengalami air
turbulence yang sangat teruk sampai penumpang semua terguling sana
sini, malah ada yang cedera.
Kapal
terbang kadang kala tenang, kemudian bergegar balik. Kawan-kawan aku
ada yang nampak risau, ada yang boleh tidur. Dasyat betul. Kapal
terbang gegar kuat macam tu pun boleh tidur! Perhh! Penumpang lain
pun aku tengok senyap saja. Tepat satu jam. Kami selamat juga
mendarat di KLIA2. Lega rasanya.
Kami
ada beberapa jam sebelum menaiki flight ke Perth pada pukul 12am.
Walaupun baru saja lepas makan McDonald lewat petang tadi, tapi perut
kami berempat dah mula lapar. Kami tahan saja lapar sebab sudah
tempah makanan dalam penerbangan ke Perth.
Aku
isi masa di KLIA2 sementara menunggu penerbangan seterusnya dengan
menulis senarai ubat dan makanan yang kami bawa. Walaupun nanti
pramugara/pramugari akan bagi satu borang declaration tapi ramai
orang yang pernah melawat Perth bagi nasihat supaya tulis juga
senarai barang-barang yang dibawa. Nanti mudah nak tunjuk kepada
pegawai imigresen di sana kalau disoal.
Sedang menulis senarai ubat dan makanan. |
Syam dengan gaya trademark "love" korean style. |
Habis
tulis senarai, aku keluarkan bantal leher dan rehat. Sakit leher tak
hilang lagi semasa naik flight Pulau Pinang tadi. Lebih kurang satu
jam setengah sebelum waktu penerbangan, Sazlee yang baru datang
keluar dari tandas beritahu yang penerbangan kami sudah status “open”
. Kami pun bergegas drop baggage, check-in dan berlari ke pintu gate.
Kemudian aku sampai di pintu yang sangat ditakuti oleh
peminjam-peminjam PTPTN. Masa ni aku masih ada baki tunggakan RM1k+++
. Kalaulah tak lepas pintu ni, memang naya aku.
Aku
pernah baca status seorang ni yang bagi tips untuk masukkan passport
dalam slot mesin dekat pintu imigresen tu sebab macam ramai orang
mengalami masalah nak kesan passport situ. Beratus orang komen dan
ada yang siap tag kawan. Macam susah sangat saja? Aku pun nervous
juga, sebab pertama kali nak masukkan passport dalam mesin tu. Aku
ikut saja arahan yang mesin tu nyatakan. Seminit dua saja dah
selesai. Ehhhh….mudah saja kot, huhuhu…. Tapi passport Syam dan
Ujet tak lepas pula. Terpaksa pergi ke kaunter imigresen dan akhirnya
lepas juga.
Betul
kata orang-orang yang pergi melancong sebelum ni katakan gate
penerbangan KLIA2 terlampau jauh dari tempat check-in. Berpeluh
jugalah badan ni masa sudah sampai dekat gate. Kelihatan sangat ramai
orang Malaysia yang menaiki flight sama untuk bercuti ke Perth. Boleh
kata semua bercuti dengan keluarga, kami berempat saja yang pergi
dengan kawan-kawan.
Sebelum berlepas ke Perth. |
Aku
bercadang untuk tidur lepas makan lewat malam sikit, jadi aku peluk
saja beg hand carry yang penuh dengan alat-alat fotografi. Risau juga
nanti ada penumpang lain sumbat beg dan rosakkan lens dalam beg aku
ni kalau diletakkan dekat tempat atas tu. Makanan kami tiba selepas
hampir satu jam penerbangan berlepas rasanya. Aku beli Nasi Lemak Pak
Nasser. Makanan kegemaran aku dalam banyak-banyak menu Air Asia.
Minuman aku beli air mineral saja. Habis makan, kami diberi borang
declaration. Ada juga sebahagian kotak kosong yang aku silap isi
maklumat sebab tak berapa faham maksud soalan. Lantaklah. Aku dah
migraine ni.
Ujet sedang mengisi borang declaration. |
Aku
tak cukup tidur sepanjang perjalanan hampir 5 jam setengah ke Perth
sebab budak belakang tempat duduk aku ni menangis tak henti-henti
dari mula terbang sehingga mendarat. Stress juga rasanya. Aku dah la
jenis mudah terjaga dari tidur kalau ada sikit cahaya atau bunyi. Ni
pula ada budak nangis kuat-kuat dekat belakang tak henti. Aku cuma
dapat tidur mungkin kurang satu jam.
Beberapa
minit sebelum mendarat, lebih kurang pukul 5am, sudah boleh nampak
matahari. Perth walaupun sama waktu dengan Malaysia namun matahari
terbit lebih awal. Pemandangan langit disebelah kiri sangat cantik!
Langit tanpa awan, berlapis warnanya. Biru, oren, merah, kuning.
Sayang tempat duduk aku betul-betul di tengah pesawat jadi tak boleh
tangkap gambar langit tu dan tunjuk dekat korang.
Semasa
nak mendarat, sekali lagi pesawat bergegar. Bersabar sajalah. Dah
sampai Perth pun!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
….bersambung
entry seterusnya!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen~~~