December 7, 2017

Melancong ke Perth: Day 1 . Part 1.

Post sebelum:


DAY 1 ( 12 NOVEMBER 2017 ) Part 1.



KENA TAHAN DENGAN IMIGRESEN!!!”



Kami mendarat di Perth International Airport lebih kurang pukul 6am. Kalau di Malaysia waktu ni mungkin masih gelap gelita, tapi Perth dah pun cerah. Kami bergegas ke pintu imigresen. Kelihatan pegawai imigresen Perth sedang meniliti wajah pelancong. Siap angkat tinggi-tinggi passport dan perhati wajah dalam passport sama atau tak dengan yang berdiri depan mereka tu. Aku tengok semua dilepaskan dengan senang saja. Harap-harap giliran kami pun dipermudahkan sajalah.



Sampai giliran kami. Kami dikendalikan oleh pegawai imigresen yang boleh dianggap “mak cik” dah. Macam biasa, dia angkat passport dan panggil kami ikut giliran untuk periksa wajah sama atau tidak dalam passport. Lepas habis periksa, dia tanya tujuan kami datang ke Perth.



“Travel.” Jawab kami ringkas.

“I have heard the same answer so many times already”. Balas mak cik imigresen tu.



Sudah…… Aku dah mula rasa tak sedap hati ni. Kemudian dia sambung tanya pula ubat-ubat yang aku dan kawan bawa. Aku nak keluarkan senarai ubat yang aku dah siap tulis semasa di KLIA2 untuk mudahkan kerja dia. Tapi boleh pula dia tak mahu tengok dan bertegas suruh aku terangkan ubat yang aku bawa. Aku mula rasa geram sikit sebab cara mak cik tu balas boleh kata biadap jugalah. Dia tanya lagi kami nak jalan-jalan di mana, penginapan di mana blaa blaa blaaa…. Lepas tu dia suruh kami pergi ke belakang dulu untuk disoal siasat!



Datang seorang pegawai imigresen perempuan dekat kami. Dia ni peramah berbanding mak cik tadi tu. Dia tanya kami nak jalan-jalan ke mana. Kawan-kawan aku tak hafal pun itinerary perjalanan. Jadi aku terangkan itinerary perjalanan. Dengan kepala aku yang masih mengantuk tak cukup tidur dan tak hafal betul-betul aku dah silap beritahu itinerary. Malas nak terangkan, aku bukak telefon bimbit dan tunjuk itinerari. Ada pula sebahagian bahagian itinerary yang tak diubah macam sepatutnya seperti mana yang kami terangkan kepada pegawai tu, contohnya, tempat penginapan ialah Comfort Inn & Suite Goodearth Perth. Tapi dalam itinerary tu masih lagi tulis 178 Backpackers. Ada juga sebahagian tempat yang kami kata nak pergi hari kedua, tapi dalam itinerary tempat tu kami akan pergi pada hari lain. Pegawai tu pun mula cakap apa yang kami terangkan tak sama dengan apa yang aku tunjuk ni.

Tips kepada yang nak datang ke Perth nanti terutamanya kalau semua kawan-kawan tu lelaki, semua sila hafal itinerary. Jangan harapkan satu kepala saja.



Pegawai tu ambil handphone aku dan arahkan kami duduk dahulu di kerusi bersebelahan dengan bilik soal siasat. Pelancong lelaki dari negara lain walaupun datang seorang atau berdua dengan kawan laki nampak mudah saja dilepaskan tanpa disoal siasat. Tapi kalau dari Malaysia habis kena soal siasat. Satu sebab saja. Sebab adanya warga Malaysia yang datang ke Perth gunakan VISA melancong untuk bekerja di sana. Pelancong lelaki dari Malaysia yang datang bukan dengan keluarga atau kawan perempuan selalu jadi mangsa. Yang datang bersama keluarga atau suami isteri mudah saja dilepaskan.

Ya lah. Tak mungkin mereka tu datang nak petik buah dengan anak-anak sekalikan?



Kawan-kawan aku dah mula merungut sistem imigresen sikit ketat sangat berbanding Korea yang mereka pernah lawati tahun lepas. Aku pula sudah pernah baca dalam blog-blog orang yang melawati Perth terangkan negara ni memang mempunyai sekuriti dan sistem imigresen yang sangat ketat. Jadi aku tak merungut pun, cuma tak sangka jugalah akan mengalami pengalaman disoal siasat!





Kami dipanggil ikut giliran untuk masuk ke dalam bilik soal siasat. Sambil tunggu giliran aku, seorang pegawai imigresen lelaki ni datang dekat aku. Dia minta tolong unlock skrin handphone aku. Ya, handphone aku digeledah oleh pegawai imigresen. Mereka akan periksa semua kandungan social media aku. Aku tak takut pun sebab memang kami bercadang nak melancong, bukan petik buah. Aku pun sangat berharap dia buka perbualan whatsapp aku dengan Aries car Rental sebab semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris. Boleh jadi cukup bukti yang kami sudah sewa kereta beberapa hari di sana. Tapi entahlah. Pegawai tu boleh pula buka perbualan Messenger aku dengan rakan yang tak ada kaitan langsung pasal melancong ke Perth. Siap suruh aku alih Bahasa apa yang diperbualkan tu. Sadis, huhuhu……



Masa lami tunggu di luar, dua orang lelaki tua juga ditahan untuk disoal siasat. Dari perbualan mereka berdua, dengar seperti mereka berbahasa Melayu. Orang Malaysia juga la kot rasanya. Ada geng! Tapi kami tak bertegur sapa pun dengan mereka sebab fokus dengan masalah kami sendiri ni.



Nama aku dipanggil ke bilik soal siasat. Aku bawa siap fail yang ada flight tiket pulang ke Malaysia nanti sebagai persediaan kalau pegawai imigresen tersebut tanya kalau ada apa-apa bukti. Masuk saja dalam bilik tu, aku diarahkan duduk depan kamera. Pegawai tu ambil satu foto. Dah macam banduan pula rasanya. Kemudian diarahnya aku letak empat jari atas satu mesin pengimpas cap jari. Empat jari kanan, lepas tu empat jari kiri pula. Akhir sekali kedua dua ibu jari. Aku ingat dia akan tanya apa-apa. Tapi dia arah aku keluar dari bilik. Handphone aku pula dipulangkan kembali oleh pegawai lelaki tadi. Kawan aku yang terakhir diambil cop jari, kemudian kami semua dibenarkan pergi. Alhamdullillah!



Kami berjalan cepat menuju ke tangga. Elok-elok nak turun, seorang mak cik bertudung tahan kami pula. Islam rasanya, tapi yang pasti bukan Melayu. Dia minta borang declaration. Mak cik tu perhati sekejap borang tu dan nyatakan produk Brahim’s ada daging. Kami tak tanda pun yang kami bawa daging. Syam cakap produk Brahim’s tu kuah saja, tak ada isi apa pun. Memang betul. Tapi mak cik tu cakap kalau tak tanda nanti boleh kena denda. Beratus dollar kalau denda tau. Jadi korang yang nak pergi Australia ni kalau tak pasti produk yang korang bawa tu ada daging atau tak lebih tandakan saja. Dia nasihatkan kami tanda saja walaupun tak berapa pasti. Kami iyakan saja.



Kami terus turun ambil luggage. Lepas ambil luggage, sampai giliran untuk periksa pula makanan yang kami bawa ni. Harap-harap la tak ada masalah dah dekat bahagian ni. Aku pernah baca, ada orang dari Malaysia yang makanan diorang diperiksa oleh pegawai yang bawa anjing sekali. Beg diorang dihidu oleh anjing. Sampai dekat kaunter tu, aku bawa keluar semua makanan yang dibawa. Kemudian aku bagi sekali senarai makanan yang dah siap tulis. Tulis guna tangan jer. Dia tengok sekejap saja. Pegawai lelaki tu kemudian tanya cukup ke semua makanan ni. Kami semua 4 orang lelaki, tapi bawak sikit saja makanan. Kami jawab saja cukup kot. Dia kemudian senyum dan gelak cakap “ Just in case yah? “. Dia pun lepaskan kami. Nasib baik kami kali ni diperiksa oleh pegawai yang tak tegas dan peramah.



Lepasi saja pintu bahagian periksa makanan di hadapan tu dah sampai di kedai-kedai jual simcard. Kami beratur untuk beli simcard Optus. Ramai orang cadangkan Optus kalau dah sampai di Perth ni. Memang ramai orang Malaysia beratur beli Optus. Kami berempat beli simcard Optus. Seorang $10 saja untuk unlimited call dan data 500mb untuk sehari. $10 tu valid sampai 5 hari. Maksudnya data internet untuk 5 hari adalah 2.5gb. Sehari 500mb tu kira banyak kot. Kami cuma buka telefon, petugas tu akan tolong letak simcard dan setting semua. Dah siap setting kami terus keluar dari situ dan save nombor Optus kami masing-masing. Mudah nak telefon kalau ada apa-apa.






simcard Optus

Wefie dulu selepas keluar dari Airport hehe....

Menuju ke zon L

Wefie pula di zon L


Pukul 7.20am kami sudah keluar dari Perth International Airport dan menuju ke tempat pick up. Kami keluar melalu pintu T1. Staff Aries Car Rental ada whatsapp hari tu suruh aku telefon dia tepat pukul 7.30am. Kami tunggu di tempat tunggu zon L . Aries Car Rental boleh pick up kami dari zon M atau L. Sebelah-sebelah saja pun zon L dan M. L paling dekat. Aku telefon Aries dan perkenalkan diri. Dia tanya aku mohon sewa kereta tu bawah Encik Azlee ke? Aku cakap aku tak tahu sebab dalam whatsapp tak pernah pulak dia bagitau nama. Aku pun letak nama “Aries Car Rental” saja dalam whatsapp. Kemudian dia kata dah jumpa nama aku. Lega. Mula-mula aku cakap Bahasa Inggeris walaupun dah pernah baca dalam blog yang staff Aries ni boleh saja berbahasa melayu. Aku cakap dalam bahasa inggeris sebab masa whatsapp mereka balas penuh inggeris. Mana nak tahu kalau yang jaga kereta sewa kami ni dikendali oleh staff Australia yang tak tahu bahasa Melayu. Tapi awal-awal lagi dia terus berbahasa Melayu. Baguslah, nak tergeliat lidah ni cakap bahasa inggeris. Staff Aries minta suruh tunggu dalam beberapa minit untuk dia ambil kami di zon L.

Aku tengah hubungi Aries masa ni.


Dekorasi pokok di luar Airport



Luar airport. Sunyi saja.

Tak pasti menara apa depan tu.

Sedang menunggu Aries tiba.


Lebih kurang 10 minit staff Aries sampai di zon L. Aku tak tanya pula nama dia. Kami cepat-cepat letakkan bagasi dalam bonet kereta. Kami tak sembang banyak pun dengan staff tu semasa dalam kereta. Tak tahu nak mulakan dengan topik apa, jadi perjalanan ke pejabat Aries Car Rental agak sedikit janggal. Setibanya di pejabat sewa kereta tersebut, ada juga satu keluarga dari Malaysia di situ. Kami tak sembang pun sebab mereka nampak sibuk saja. Sazlee akan jadi pemandu utama kami di Perth nanti jadi kami kena gunakan kad debit dia untuk urusan sewa kereta. Buat pengetahuan korang semua yang nak sewa kereta dengan Aries, kad bank yang digunakan dalam online booking haruslah pemilik pemandu utama.



Lesen Malaysia boleh guna pakai di Perth dan tempat pemandu juga di sebelah kanan sama macam dengan negara kita. Semasa dalam pejabat Aries tu, staff menerangkan tips memandu di Perth sikit-sikit. Dia juga ada tanya lokasi-lokasi yang akan kami lawat. Jadi staff Aries tawarkan boucer untuk masuk ke Caversham Wildlife Park. Harga masuk yang asal $30. Tapi dengan boucer ni, kami cuma bayar $26. Jimat $4. Terbaik! Kami juga tambah insurans dengan bayaran tunai. Risau sebab ada baca banyak kes kereta pelancong kena pecah cermin di Perth jadi kami pun setuju tambah insurans $36 untuk 4 hari. Bond untuk Aries sepatutnya $400. Banyak tu! Tapi sebab kami dah tambah insurans $36 tu jadi dia cuma ambik bond sebanyak $100. Jimat lagi! Habis urusan di dalam, kami pun keluar dan staff Aries tunjuk dahulu kesan-kesan calar yang sedia ada pada kereta sewa kami. Dia beritahu boleh ambil foto kesan calar tu. Yer lah. Kena ambil foto supaya bukti yang kesan calar tu memang dah sedia ada, bukan kami yang bagi calar. Sudah ambil foto semua, kami pun mulakan perjalanan. Jom!
Kereta sewa kami.



Ambil foto kesan calar.
Kesan calar di bumper.

 .......................bersambung di post seterusnya....












Terima kasih kerana sudi baca, assalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen~~~