November 17, 2011

Tips tarik followers untuk newbies...


Yaaaa...saya bukanlah blogger femes emes pon, tapi saya nak bagitau la jugak tips yang dapat tarik followers masuk blog kita nih....
Antara sebab aku nak terangkan tips ni kerana aku ada nampak beberapa rakan aku dan blogger newbies yang nak followers tapi tak tau caranya...

Malah ada yang kata tak kisah takder followers, asalkan dapat tulis apa yang tersingkap dalam hati ke dalam blog lalu mengecapi kepuasan hati...walalala, ayat bukan main puitis lagi padahal gerenti ada salah tatabahasa....huhu

Tapi bukankah kalau ada lebih banyak followers bermakna lebih seronok lah mood kita nak berblogging...terutamanya apabila entry kita mendapat respon daripada followers lain, mesti best kan???

Domo going to Pahang

Tip 1 : Mestilah berani promote blog korang dalam mana-mana group blogger kat FB tu....
Korang mesti ada FB punyer kan?? Apa salahnya selain dok post status tu, like la group blogger kat FB pastu post link....mana nak tau ada bloggers lain yang tertarik dengan tajuk entry korang???Kalau dia berasa minat dengan isi kandungan blog korang, tak mustahil dia akan follow korang.....dan sila buang sifat malu korang bila nak promote blog korang....
Saya perasan ada newbies yang suka bagi alasan segan nak promote sebab blog tak femes dan tak best...camna nak femes kalau tak promote?? dan mana korang tau blog korang tak best????

Tip 2: Rajin rajin lah blogwalking kat blog lain.....sambil-sambil blogwalking tu bagilah komen dekat entry tu kalau rajin....maybe bloggers tu akan lawat kembali blog korang dan follow???? Kalau malas sangat nak bagi komen dekat bawah entry tu, bagi jer lah komen dekat shoutbox diorang...kebanyakan bloggers letak shoutbox kat blog.....

Tip 3: Selitkan kebolehan anda dalam entry...maksud aku, selain daripada dok menaip entry jer, apa salahnya letak la apa-apa karya anda dalam blog...contohnya, macam aku selalu letak foto atau lukisan, tunjuk la kebolehan dan minat kita yang lain, mana tau boleh dapat jumpa bloggers yang sama minat??? Yang mana suka jiwang-jiwang tu boleh la post puisi ker??? Tips jaga kesihatan???? Tutorial???? Anything yang korang pakar, just share with other bloggers....

Tip 4: Join la mana-mana GA atau Contest....jangan pulak segan nak join sebab rasa blog korang tak popular, blog korang popular atau tak, memang takder kaitan langsung dengan join contest laaa..... sebaliknya, kalau korang join la dapat tarik followers, terutamanya kalau korang menang, hahahaha.....Sebab apa??? bila korang join contest atau GA, blogger yang anjurkan benda tu akan selalu letak backlink korang...jadi, bloggers lain maybe akan klik backlink korang, secara tak langsung korang akan dapat followers(kalau bloggers tu minat dengan blog korang..)...
Sekiranya korang menang, lagi besarlah peluang nak dapat followers, sebab mesti blogger lain nak lawat blog si pemenang untuk tau "kehebatan" korang sampai boleh menang, betul tak??? Contohnya macam ...hehe...bagi contoh aku la senang sikit, bukan nak belagak atau apa...takder makna nak belagak, follower tak cecah 500 lagi pun....OK, dulu aku ada join Contest raya oleh abang Eqbalzack, dan menang tempat pertama, daripada kemenangan tu ramai bloggers yang lawat dan follow blog aku(diorang pikir la, budak hingusan mana la yang menang ni???)....faham dah kan????

Ok...setakat 4 tips ni jer yang dapat aku share...sebab aku sendiri pun tak tau sangat cara lain, hahahah...harap korang yang newbies macam aku gak la dapt guna tips ni....(aku ni separa newbies kot, hahaha)....


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

5 comments:

  1. FazMelati > Most welcome.....tips drpd blogger picisan jer...huhuh

    ReplyDelete
  2. ♥yaya budak suka embun♥ > Thanks..berdasarkan pengalaman sendiri..huahuahuaaaa...

    ReplyDelete
  3. macam perli aku jerk. .hahahahahaharommmmmm !!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~